Jangan Pandang Belakang

3.5K 121 24
                                    

"Bon, si vous le trouvez, vous parlez en francais d'accord?"

Kami saling berpandangan. Bukan tak faham. Menjadahnye kalau jumpa hantu kat sini, kena cakap french pula?

Kami seramai 11 orang antara pelajar yang dikira bernasib lebih sikit dari orang lain.Di hantar terus ke Perancis untuk belajar french sebelum bertebaran di bumi wine untuk melanjutkan pelajar dalam bidang masing-masing. Maka, kami berada di sebuah bandar yang terletak jauh nun 600km dari kota Paris untuk belajar french selama setahun.

Bila merantau jauh, tak sah kalau tak membawa perangai dan budaya, termasuk kepercayaan kami mengenai kejadian paranormal walaupun ini adalah negara atheis.

Episode paranormal kami bermula apabila ada diantara kami gian nak tengok cerita hantu. Setelah mendownload di internet mereka membuka jemputan untuk ke bilik Din untuk dijadikan wayang sementara. Setiap antara kami menyewa studio yang besar cukup untuk seekor lembu memusingkan badannya 360 darjah dan melangkah dua tapak ke depan untuk setiap darjah. Hanya bilik Din sahaja yang mampu memuatkan kami semua.

Cerita pilihan mereka, Jangan Pandang Belakang. Mereka juga mengajak aku menonton. Aku menolak. Kan aku takut nak tengok cerita seram? Maka berlalulah malam yang mana mereka menonton secara beramai-ramai.

Beberapa hari lepas itu, aku perasan yang ramai antara kami yang menjadi pendiam. Aku ingatkan kerana masalah nak menyebut dan belajar french yang serba membelitkan saraf otak. Rupanya ada sesuatu yang berlaku selepas mereka menonton movie tersebut

Aku menyedarinya apabila Mie selalu tidur di bilik Jawa yang berada di hujung wing lain. Mulanya logika otak aku kata, mereka mungkin mahu menunjukkan yang mereka gay kerana di bumi orang putih ini, semuanya halal-halal belaka. Rupanya tak, Mie selepas malam movie, berubah menjadi penakut.

Sebab?

Dia kena ketindihan semasa tidur sejurus credit Jangan Pandang Belakang mula rolling. Aku terangkan benda tu normal dan mengambil contoh dari cerita rumah sewa ayah. Dia meningkah tak percaya dan membuka satu lagi rahsia. Bahkan semua yang menonton cerita hantu tersebut juga mengalami ketindihan. Kalau tak kena tindih, akan mimpi seram malam tersebut.

Aik? Takkan hantu-hantu nusantara sanggup terbang 14 jam dari Malaysia semata-mata nak sakat kitorang? Ini mungkin mengarut tapi, alam diorang takde kawalan immigresen di sempadan?

Karutan atau tak. Setelah kejadian ketindihan beramai-ramai, kejadian kelibat pula mula menghantui. Ramai yang kata ternampak di balik tingkap, di koridor tangga, di lif dan sebagainya. Tapi bagi aku lebih seram apabila aku kena pow minyak masak atau telur oleh jiran-jiran separa gila yang tinggal di bangunan yang sama. Atau terserempak dengan muntah orang mabuk di lif atau bauan hancing ditepi dinding lif.

Jauh sekali keadaan realiti dan dalam movie omputih. Seram bukan?

Tapi masih ramai yang sangat skeptikal dengan reaksi aku, lagi-lagi Mie. Dia siap kata, nanti kena macam Chief baru tahu. Terbuka lagi cerita yang lain yang berlaku di kala aura seram masih lagi menghantui roma tengkuk dan bulu ketiak.

Dikatakan yang Chief ternampak bayangan perempuan di kaca tingkap. Bukan di luar, tapi dalam kaca itu sendiri. Wajah perempuan caucasian berbaju eropah lama. Sebagaimana yang anda tahu, kaca lutsinar di bawah pencahayaan yang sesuai dan sudut, kita mampu melihat sedikit balikkan imej kita. Itu yang normal. Yang abnormal bila ada extra imej di cermin tapi tak disebelah kita. Kalau berlaku, sila menjerit sampai terkeluar anak tekak bagi yang tak kuat semangat. Yang kuat semangat, boleh minta nombor ekor.

Cerita penampakan kami diutarakan pada salah seorang dari prof langunge kami yang kami kira sangat fanatik dengan paranormal. Oh, paranormal omputih masih aku kira level rendah. Mungkin aku akan ceritakan lain kali.

Langsung dia nasihat kami, kalau terjumpa hantu, cakap french memandangkan kami sedang pulun belajar french sebelum masuk ke Uni masing-masing. Nasihatnya bagai manifestasi yang mengatakan hantu-hantu juga berpuak dan hidup kenegaraan. Jadi aku kira hantu-hantu yang datang main tindih -tindih tu dan masuk dalam mimpi aku adalah PATI. PATI sementara mungkin. Sebabnya selepas beberapa minggu kes penampakan dalam bilik Chief, Mie berasa berani untuk tidur dalam studionya kembali. Bahkan kes kelibat juga hilang sebegitu.

Eh, aku terlepas cakap. Ya, aku juga mengalami mimpi seram di malam ketindahan beramai-ramai. Cuma aku segan nak cerita apa yang aku mimpikan itu.

Aku mimpi aku wrestling dengan pontianak kat laman depan rumah nenek aku. Ni bukan wrestling pra-senggama, ini wrestling bebetul. Siap aku buat choke slam dan lontaran judo.

Aku ceritakan pada ibu setelah sekian lama. Dia serta-merta mengujarkan pernyataan,

"Kau tau tanah umah nenek tu ada cerita mistik?"

Eh?

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now