#19

4.6K 153 40
                                    

"Kenapa Madi?"

Aku tersentak dari lamunan. Soalan Humaira aku jawab dengan kejanggalan.

"Kenapa apa?"

"Kenapa awak berubah?"

"Aku.. aku tak tau.."

"Kalau inilah bayaran yang saya dapat untuk mencintai, menunggu awak selama ni, saya terima dengan hati yang terbuka.."

Aku masih mendiamkan diri. Cerita Humaira masih berlegar di dalam kepala.

Aku dah buat salah.

Terlalu banyak.

"Maira.."

"Hantar saya balik, Madi. Esok saya balik semula JB."

Humaira bangun dari bangku.

Aku tarik tangannya.

"Maira.."

"Dah la Madi. Sebelum saya telan penumbuk pula, biarlah saya balik. Saya masuk universiti lain. Kan itu yang awak nak?"

Humaira berkata-kata tanpa memandang aku.

Betullah, dia dah terluka.

Aku pun terluka sebenarnya.

Tapi luka aku tak sedalam luka dia.

"Maira.. aku sayang kau."

"Sayang?"

Humaira menoleh. Senyuman sinis terukir di bibir. Tak lupa juga lebam di bibirnya yang menghiasi penjuru bibir itu menambah rasa serba salah dalam diri.

"Ni, semua kerana sayang ke Madi?"

Jari telunjuknya di hala ke arah lebam itu.

Aku memandang dengan rasa serba salah.

Aku lepaskan tangan dia, dan aku meraba rambut aku dan kembali terduduk.

Apa aku dah buat?

Apa kau dah buat, Madi?

"Aku tak sengaja, Maira.."

Aku dah tak tertahan airmata. Aku lepaskan juga. Ya, aku marah. Tapi aku dah buat dia turut sama rasa apa itu terluka.

Aku tak pemaaf.

Aku pilih untuk berdendam.

Dan dendam itu memakan diri.

"Madi, ingatlah satu benda, jangan lebih marah dari sayang, kalau awak betul sayang. Tapi, awak dah melebihi perasaan marah awak tu dari sayang awak sendiri."

Kata-kata Humaira betul-betul ibarat garam. Yang ditabur tepat di atas luka.

Pedih, dan padu.

"Maira.. janganlah balik. Aku tak sengaja. Aku minta maaf. Aku memang tunggu kau. Tapi bila penantian tu terlalu lama, ia jadi penyeksaan. Penantian tu menyakitkan."

Aku cuba menangkan diri aku.

"Sekarang saya dah di sini, dah seminggu saya dekat sini, apa yang awak masih nantikan? Apa yang saya dapat dalam penantian, road to Kuantan, cross hundreds miles, just a slap?"

Sekali lagi, sindiran tepat itu keluar dari bibir dia.

"Maira.."

Aku menarik lagi tangannya.

"Awak, hantar saya balik. Saya nak kemas beg baju. Esok saya balik. Saya akan penuhi apa yang awak nak. Dulu, saya tak penuhi permintaan awak yang minta saya tidak memutuskan hubungan ni, hari ni, saya tunaikan apa awak nak. Saya akan balik."

Humaira merentap tangannya dan berpeluk tubuh.

"Saya nak balik, tolong, hormat keputusan saya."

"Takde peluang untuk saya ke?"

"Takde, Madi. Awak dah bebas."

Humaira memimikkan tangannya gaya burung. Menyindir aku yang masih berdiri di situ.

Kaku.

Aku akur. Aku dah terlambat.

Aku seluk poket seluar, aku capai kunci kereta.

Aku berjalan mendahului dia.

*****

"Again, I'm sorry for all the bad things that I've done.."

Mata aku memandang tepat matanya yang berkaca.

Begitu juga aku.

"Madi, saya pun minta maaf, sebelum saya betul-betul pergi, cakaplah apa awak nak cakap. Lepaskan. Peluang terakhir."

"I love you Humaira."

Mata Humaira terbuntang.

"I beg your pardon?"

"No... aku, aku, sayang kau Humaira. Kau tahu aku susah nak sayang orang. Bila aku kata, aku sayang, bumi terbalik semula pun aku masih sayang."

Humaira menghela nafas yang panjang.

Aku cuba menyambung penjelasan, tapi tangannya diangkat di depan muka aku.

"Say no words, Madi."

"Tapi kau cakap aku boleh cakap apa aku nak.."

"Say no words."

Aku kecewa. Inilah dia Humaira yang aku kenal. Sekejap cakap lain, lepas tu berubah pula ayat dia.

Aku diam.

"Madi.."

"Aku.."

Jari telunjuknya diletak tepat di bibir aku.

"Say no words."

Bibir aku dicium.

Lama juga ciuman itu bertautan.

Dua lidah berlaga menjadi satu.

Gigitan bibirku menemui rentak dengan bibirnya.

Ciuman penuh ghairah kali pertama buat aku.

Ini pertama kali.

Kemudian ciuman itu dilepaskan.

"Maira..?"

"I love you too."

Humaira keluar dari kereta. Pintu ditutup cermat.

"Bye, Madi."

Aku masih tergamam.

Tersentak dengan tindakannya.

Sama seperti beberapa tahun lepas ketika sesat di dalam hutan.

Aku masih tergantung di antara dua keadaan.

Pertama, ciuman itu untuk apa?

Kedua, kenapa aku dicium?

DiaWhere stories live. Discover now