-Sinopsis-

132 3 0
                                    

Sharifah Syahira Liyana binti Datuk Muhammad Saiful seorang gadis yang cantik dan merupakan seorang fashion designer dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh ahli perniagaan yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di Melbourne , Syed Hakimi Hazwan . Syed Hakimi Hazwan , wajahnya yang tampan menjadikan dirinya kegilaan ramai gadis . Akibat limpahan kemewahan meletakkan keangkuhan dan egonya di peratusan yang paling tinggi . Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika itu telah mula ada getaran buat Sya .

"Salahkah diriku ini mencari sedikit kebahagiaan seperti orang lain? Mengapa Sya tak pernah dapat merasainya? Ya , benar diriku dikelilingi oleh harta ... Tetapi , bukan itu noktah kebahagiaan yang aku cari selama ini ."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan hidup mereka . Tetapi kerana terlalu ego dan angkuh , begitu hinanya Sya diperlukan oleh suaminya sendiri .

"Saya menyara hidup ini sendiri. Menjadi balu sebelum waktunya dan anak-anak saya menjadi anak yatim sebelum waktunya. Mengandung selama sembilan bulan tanpa seorang lelaki yang bergelar suami di sisi."

Kerana kuasa cinta dan jodoh yang kuat, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mereka kembali bersatu atas keinsafan Syed Hakimi. Di saat ingin menyulam cinta dan menyemai benih kasih antara Sya dan Kimi, bahtera perkahwinan mereka diuji sekali lagi dengan kemunculan Melissa, sepupu kepada Syed Hakimi yang menikam duri tajam dalam kehidupan seharian Sya dan suaminya. Melissa yang hatinya dimandikan dengan rasa bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Sya yang dianggap telah merampas Kimi yang kononnya dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di mahligai cinta Syed Hakimi hanya Sharifah Syahira Liyana yang bertakhta .

"You dengar sini Kimi, dendam I tak berakhir kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you dan isteri you musnah... Sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan senang-senang lepaskan you. You tetap akan jadi milik I, selamanya Kimi."

Kerana keegoan seorang lelaki yang memuncak, Syed Hakimi telah melakukan kekhilafan yang merugikan dirinya dan menyebabkan dirinya hampir-hampir kehilangan cinta teragungnya.

"Sya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Sya. Pandanglah ke belakang sayang walaupun cuma untuk seketika."

Sya akhirnya menjadi seorang pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kali kedua tetapi kali ini kelukaanya lebih dalam hingga meraut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang diberi nama Sharifah Syahira Liyana binti Datuk Muhammad Saiful.

Cinta, kasih telah menjadikan Sya, gadis yang pendiam, seorang yang kuat dan tabah, berani, tegas walaupun hatinya penuh cinta dan sayang.

"Perjalan Hidup, untuk meniti jambatan yang dipenuhi dengan onak dan duri. Bila sampai masanya, disaat aku tidak mampu bertahan lagi, aku akan pergi."

Cinta telah mengubah Syed Hakimi Hazwan yang ego dan angkuh kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Sayang, berdirinya abang dihadapan sayang, abang berjanji akan duduk dihati sayang sampai ke saat akhir hidup abang. Abang janji. Abang sayang Sya."

"Biarkan Ia Berlalu"Where stories live. Discover now