BAB 12

536 22 0
                                    


Nurul Akira segera menuruni anak tangga. Beberapa buah buku di bawa bersama. Langkahnya terus ke arah meja makan. Kelihatan Akira Yamada sedang menunggunya.

"okey. Kita mulakan sekarang. Ini buku contoh karangan. Fahamkan format dan cara penulisan. Ini pula buku peribahasa. Hafal sekurang -kurangnya sepuluh peribahasa termasuk maknanya. Ini akan membantu untuk kau dapat markah lebih dalam karangan. Fahamkan. Pastikan kalau kau masukkan peribahasa kena dengan ayatnya.

"Ini pula buku komsas. Ini novelnya. Baca novelnya, fahamkan dan hafal jalan cerita. Ini pula buku komsas lagi satu, dalam ni ada puisi - puisi melayu, cerpen dan drama. Cerpen dan drama kau boleh baca sendiri. Ini buku teks ringkasan komsas, buku ni mudah untuk kau sebab ini ringkasan dari novel dan buku komsas ni.  Ini pula buku soalan past year untuk kertas satu. Ini pula untuk kertas dua. Kau boleh buat latihan berdasarkan soalan - soalan ni. Kita akan berhenti belajar untuk makan malam dan sambung balik. Nak tak nak kau akan terseksa hari ni. Wakari masuka? (faham?)" Panjang lebar Nurul Akira menerangkan satu per satu.

"Wakari mashita!(saya faham!)" Akira Yamada menundukkan sedikit kepalanya.

twit! twit! Telefon bimbit Nurul Akira berbunyi tanda notification dari Line.

Nurul Akira membukanya. Bibirnya mengukir senyuman. Jari jemari Nurul Akira rancak menari atas screen telefon bimbitnya. Tanpa dia sedari mata Akira Yamada curi - curi pandang Nurul Akira. Nurul Akira meletak kembali telefon bimbitnya.

Baru sahaja dia letak, sekali lagi telefonnya berbunyi.

"dare? (siapa?)" akhirnya Akira Yamada membuka mulut setelah membiarkan Nurul Akira yang hanyut dalam dunianya sendiri beberapa minit yang lalu tanpa memperdulikan Akira Yamada di hadapannya.

"dare mo. (tiada siapa)" Nurul Akira meletakkan kembali telefon bimbitnya.

"dare mo? uso. (tiada siapa? tipu.)"

"up to you. I don't ask you to believe on me. Dahlah, sambung balik." Nurul Akira mencapai buku soalan past year.

Akira Yamada kurang puas hati dengan jawapan Nurul Akira tetapi dia hanya memendamkan saja.

"jangan termenung lagi. mulakan cepat!" gertak Nurul Akira.

Dengan segera Akira Yamada membuka salah satu buku dan di bacanya. Apa yang dia tidak faham segera dia rujuk kepada Nurul Akira.

Pembelajaran mereka di teruskan sehingga jam 6 petang.

"Sudahlah tu, tutup buku dulu. Ni mama nak hidangkan makan malam ni. Kamu pun tolonglah, dik." Tegur Sofia yang baru usai masak bersama Puan Yamada.

"baiklah." dengan segra Nurul Akira mengemas buku - bukunya.

"kenapa tekun semacam ni?" Adam tegur sebaik saja menuruni anak tangga.

"trial nak dekat. and you know what. Akira ni pun akan di nilai. Nak tak nak dia kena belajar dengan kuat." jelas Nurul Akira.

"oh." itu saja jawapan Adam

Nurul Akira memanjat anak tangga ke bilik. Dia mahu mengecas telefon bimbitnya.

twit! twit! twit! Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia menuju ke arah bilik sambil tangannya rancak menari di atas skrin telefon bimbitnya.


********

Fuyuki Sato membaringkan badannya. Penat rasanya hari ni. Setelah habis kelas, dia ke gelanggang tenis. Hari ini dia terpaksa mengajar pelajar yang baharu memandangkan Takehito, ketua pasukan ada kerja lain yang perlu dilakukan.

twit! twit! twit! notificationnya masuk.

Dia tersenyum sendiri. Dia senang bersahabat dengan Nurul Akira. Meskipun perhubungan mereka hanya di Line dan Facebook tetapi itu tidak menghalang hubungan persahabatan mereka. Ada saja karenah Nurul Akira yang mencuit hatinya. Dia menyimpan hasrat untuk ke Malaysia dan berjumpa Nurul Akira.

"dare?(siapa?)" Naoki, adik Fuyuki yang tiba - tiba muncul di hadapan pintu biliknya.

"dare mo!(tiada siapa!)" bantalnya di baling ke arah Naoki.

Naoki menyapu - nyapu badannya yang terkena balingan abangnya.

"hurry! get a shower. Otherwise mom will get angry." berbeza dengan keluarga Jepun yang lain, keluarga ini mengamalkan pertuturan bahasa inggeris di rumah memandangkan ibunya berasal dari United Kingdom.

"hai!" dengan keadaan malas Fuyuki Sato mencapai tuala mandi.

Naoki segera meninggalka abangnya.

Pintu biliknya ditutup sebelum dia ke arah bilik air miliknya.



Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now