BAB 2
KEDEBUKK !!! ... Dahlia tergolek jatuh daripada katilnya yang serba empuk itu. Dahlia mengeluh kesakitan "aduh sakitnya badan aku.. macam mana boleh terjatuh nih.. aduhhhh... "
Iman Murni iaitu kawan rapat Dahlia dari kecil lagi yang sedang berada di ruang tamu tergesa-gesa lari menuju ke bilik kawannya apabila terdengar bunyi sesuatu yang amat kuat. Lalu Iman membuka pintu bilik kawannya itu,Dahlia.
Iman tergamam melihat Dahlia.
"YA ALLAH, budak nih.. dah kenapa nih ?? Kau mimpi terbang ke ape beb? dari ruang tamu aku dengar bunyi something terjatuh ... kau rupanya yang tergolek jatuh katil .. hahahaaa so funny laa Lia , tengok ke anak gajah yang jatuh .. rupa-rupanya ibu gajah yang terbang tak lepas .. haihh Lia Lia ...... sakit ke tuu ?? Dah bangun cepat mandi tinggal beberapa jam lagi flight kita ke Kuala Lumpur ... nanti terlepas tak boleh nak balik ke tanah airku yang tercinta itu ... " bebel Iman kepada Lia sambil ketawa akan kawannya itu lalu terus menutup kembali pintu yang dibuka olehnya tadi .
"Ishh dia nih bebel pulak pagi-pagi nih ... bukan nak tolong aku pun mengata kat aku pulak tuu ... " marah Lia keseorangan lalu bangun dan terus mencapai kain tuala yang disidai disebelah katilnya dan terus menuju ke bilik air sambil berjalan dengan terjinjit-jinjit .
Dalam masa 45 minit di dalam teksi yang mereka sewakan akhirnya sampai juga di lapangan terbang di United Kingdom. Dahlia dan Iman mengambil troli untuk meletakkan bagasi mereka di atas troli tersebut.
"Eah jom breakfast dulu Lia... flight kita lambat lagi nih sempat lagi nak pegi makan... " ajak Iman kepada kawannya Lia.
"Yekee lambat lagi? yang tadi kat kondominium kau suruh aku cepat bagai.. nanti terlepas flight laa ape laa.. aku punya la kalut mandi.. kalau aku tau flight kita lambat lagi dah lama aku tengok favourite drama aku tau takk ... duduk lama-lama kat sini nak buat apa? Boring la Iman .... hmm memandangkan kau tipu aku, kau yang kena belanja aku boleh? " bebel Dahlia.
"Alaaa dia nih kecoh laa hahah..kat sini if datang awal boleh la aku husya cute boy tuu..hehee"
balas Iman sambil tersenyum.
"Amboi amboi kau nih macam tuu pun ada ... nanti jumpa cute boy kau tu selfie laa banyak-banyak... sebab kita tak datang sini dah tau .. kita dah habis buat master " kata Dahlia.
Lalu mereka berdua menuju ke Cafe Brown.
"Hi! Good morning Miss, can I take your order now??? .. " tanya pekerja yang bernama Max itu kepada Dahlia dan Iman.
"Hi, good morning too, I would like to order a set of honey bread and a cup of cappuccino", balas Dahlia kepada pekerja itu.
"Alright and how about you, Miss?? ", tanya pekerja itu kepada Iman.
Iman hanya termenung sambil memerhati wajah pekerja tersebut. Dahlia menendang kaki kanannya Iman.
"Auwww sakit laa Lia... ohh sorry, I would like to order a same thing like my friend's order, thank you ".
"Alright Miss ", pekerja itu terus ke dapur sambil tersengih melihat gelagat costumernya itu.
"Maconya si jejaka Max aku tuu ", puji Iman sambil senyum berkhayalan.
"Hak elehhhh berkhayalan pulak budak nih, kenyang macam tu laa jawapnya... ", tergelak Dahlia melihat gelagat kawannya itu.
"Cepat laaa Iman dah lewat nih.. nanti flight kita fly macam tu aje... kau la nih selfie banyak sangat dengan Max kau tuu ",.bebel Dahlia.