Cuti musim panas adalah cuti yang bermakna bagi aku kerana pada cuti musim panas dapat juga aku bercuti bersama keluargaku di kampung atau kemana sahaja. Tapi yang aku jangka pasti akan kekampung halaman.
Indah sungguh bila bangun pagi apabila tiada siapa yang mengejutkan aku dari tidur. Malahan dapat meneruskan mimpi aku yang indah seperti dapat bertemu dengan jejaka tampan dan mencintai aku. Tiba-tiba...
"Shin Hye, bangun mandi... omma sudah siapkan baju kamu dan simpankan baju kamu untuk pulang ke kampung..." . Seraya ibu Shin Hye mengoncangkan badan Shin Hye supaya bangun dari tidurnya. Shin Hye terpisat-pisat bangun dari tidurnya lalu mencapai tuala yang tersangkut di almari bajunya.
"Omma, kenapa kita harus pulang ke kampung. Saya tak mahu balik kampung, saya nak bercuti ke tempat lain. Appa, tak mahu balik kampung" dengus Shin Hye sambil memeluk tubuh setelah dapat tahu dia harus balik kampung. Ibunya merengus kemarahan kepada Shin Hye " yaa, Shin Hye, kenapa dengan kamu ni. Bukankah kamu yang mahu sangat bercuti. Kamu tahu tak, kamu ni terlampau manja dan sudah besar. Atuk kamu sakit masuk hospital kita harus ke kampung menjenguk atuk kamu. Sudah jangan banyak tanya kamu tidur dan buat apa yang patut yang kamu suka di belakang sana.". Tegur ibunya kepada anaknya. Shin Hye hanya mendiamkan diri dan membelek-belek skirt yang di hadiahkan oleh ayahnya minggu lepas.
Setelah sampai ke halaman kampung. Ayah dan ibu Shin Hye menyuruhnya pergi ke Hospital untuk menjenguk keadaan kesihatan datuknya itu. "Wad bilik datuk no 35 tingkat 4 yaa Shin Hye, kasi buah tangan ini kepada datuk kamu dan kata kepadanya omma dan appa petang baru datang kerana mahu kemas rumah". Pesan ibunya pada Shin Hye untuk disampaikan kepada datuknya. Bergegas Shin Hye dapatkan buah tangan dan mengayuh basikal ke hoapital datuk.
Shin Hye membuka pintu wad bilik datuk serta berlari kearah datuknya dan memeluk erat tubuh datuknya. "Atukkk...wah lama sungguh tidak peluk atuk. Atuk sihatkah?" Shin Hye.memeluk dan menepuk-nepuk badan atuknya yang terbaring di atas katil tersebut. Tanpa sedar Shin Hye telah salah masuk kedalam wad. Kerana dia hanya ingat akan 35 sahaja dan disebabkan itu, Shin Hye telah menceroboh wad orang lain.
Terpisat-pisat lelaki itu bangun setelah melihat gadis berambut.panjang dan bewarna perang memeluk tubuhnya dengan erat.
"Hye, siapa atuk kamu haa.. dan bila masa pula saya kahwin dengan nenek awak.. haishhhh!" Shin Hye memandang wajah lelaki tersebut lalu menampar pipi lelaki itu 'PANG!!!!!!'
"Si... si... si... siapa awak?" Shin Hye terduduk di kerusi yang tersedia ada di bilik wad itu. Lelaki itu mengusap-usap pipinya setelah ditampar oleh Shin Hye
"Yaaaaa, kenapa dengan awak ni. Sudah dikejutkan lalu ditampar. Awak nak apa sebenarnya?". Tempik lelaki tersebut sambil menjeling kemarahan kepada Shin Hye."Aigoo, saya mintak maaf. Saya minta maaf. Bianeiiyo!" Shin Hye tertunduk malu dan kesal akan perbuatannya sendiri yang menggangu pesakit tersebut.
"Tidak mengapa, saya juga mahu minta maaf sebab marah awak. Baiklah, nama saya Lee Hong Gi dan bukan datuk awak". Hong Gi menghulur tangannya kearah Shin Hye untuk berjabat tangan.
"Saya, Park Shin Hye. Saya minta maaf untuk sekali lagi, saya ingin mencari datuk saya namanya Lee Kwang Soo saya lupa wad dia no berapa yang saya ingat tingkat 4 dan nombornya 35." Shin Hye keluar dari bilik tersebut dan melihat pintu bilik tersebut nombor berapa. Setelah melihat nombor pintu bilik tersebut Shin Hye tertunduk malu dan segera meninggalkan bilik tanpa memandang kearah Hong Gi. Hong Gi melihat ada sebuah buku dan buah tangan yang tertinggal dikatil tersebut. Hong Gi mengambil buku tersebut lalu membaca dengan teliti tanpa sedar Hong Gi tersenyum sendirian melihat lukisan bunga matahari yang dilukis oleh gadis tersebut.
YOU ARE READING
Serpihan Bunga Musim Panas
De Todo~nurjuliaelyana Sinopsis Shin Hye pada awalnya tidak mahu balik ke kampung bercuti di sana. Tapi Omma Shin Hye telah memaksanya bercuti di sana. Shin Hye terpaksa akur dengan permintaan Ommanya. Lee Hong Gi yang menghidap penyakit cancer tahap 2 it...