BAB 9

157 5 0
                                    

"Wani!"
Kepalaku tertoleh kekiri bila terdengar jeritan separuh kuat itu. Automatik jari telunjuk menekan bibir mengisyaratkan senyap pada Yuni. Kemudian mata meliar kearah meja meja perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak itu. Nasib baik tak kuat lagi. Kalau tak, memang semua penghuni perpustakaan yang sedang khusyuk menelaah pelajaran akan pandang kami punya! Ish..

"Kau ni Yuni! Aduh nasib baiklah aku sayang kau. Kalau tak, memang dah kena cubit dah. Kenapa kau duk jerit nama aku dalam perpustakaan ni? Kan ramai orang tu! Kalau dia orang dengar macam mana? Dah terganggu." Muncung bibir aku menutur kata. Dalam masa yang sama, lengan Yuni aku paut. Kaki dihayun menghampiri kaunter pinjaman buku. Buku buku yang aku perlukan untuk menyiapkan assignment Madam Aina dah dapat.

"Alah, aku dari tadi duk cari kau. Penat tahu tawaf satu Universiti. Kau pun, aku call dah berjuta kali. Berasap tangan aku dail number kau. Kalau taknak angkat call, campak je handphone tu dalam sungai. Biar buaya makan. Handphone canggih canggih, tapi taknak angkat call." Bebel Yuni. Eh banyak pulak makcik ni membebel.

"Aku dalam perpustakaanlah makcik. Memanglah kena silent." Sambil sambil tu tangan capai juga iphone dari dalam bag. Nak tengok betul ke si Yuni ni call aku berjuta kali. Mak aih, 45 missed call dan 72 whatsapp dari Yuni. Tu belum tengok lagi notifications lain. Fuh. Rasa serba salah pula.

"Maaf ya? Tak apa, lepas ni aku belanja kau teh tarik kat tempat biasa. Boleh? Hehe."

Yuni tersenyum. Haa, senang je nak pujuk dia ni. Tak boleh lama lama masam muka. Nanti mesti ada salah seorang yang ketawa dulu. Merajuk pun tak boleh lama. Memang akan cari juga satu sama lain. Indahnya ukhuwah! Setelah berjaya menamatkan peperiksaan SPM tahun lepas, berbekalkan 11 A yang aku perolehi, aku melanjutkan pelajaranku di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Medical course. Yuni, antara sahabat terapat aku di sini. Senang berkawan dengan dia. Anak kelahiran Johor ini sangat pandai mengambil hati orang yang melihatnya. Ilmu agama penuh didada. Sentiasa ada saat jatuh bangun aku sepanjang tiga tahun aku berjihad disini. Sentiasa support aku saat aku jatuh disebabkan manusia yang tak henti henti condemn tudung labuh dan jubah yang tak pernah lekang tersarung ini. Yuni cakap tak apa. Ini adalah pakaian untuk orang yang excited nak masuk syurga. Tak pernah lekang dengan senyuman, dan sangat menjaga adabnya. Yuni banyak mengajar aku. Setiap kali memandang dia, aku teringat pada Zu dan Ain.

Setelah keputusan SPM diumumkan, kami bertiga membawa haluan masing masing. Berpecah terus. Zu melanjutkan pelajarannya di Australia, engineering. Ain pula ke Jordan. Hanya aku yang selesa memilih untuk melanjutkan pelajaran ditanah tumpah darahku ini. Tak dapat dinafikan, aku sangat rindu pada mereka. Masing masing sibuk, aku faham mereka tak ada masa untuk kembali contact aku seperti dulu. Tak apa, doa selalu aku titipkan buat mereka.

Lagi satu, aku dah ada dua anak buah! Yang pertama, Iqram Raqifi dan sekarang berumur hampir 2 tahun. Abang Iq dan Kak Dena menimang cahaya mata mereka yang kedua pada bulan lepas. It's a boy again! Tertunailah hasrat Abang. Dia yang beria ia nakkan ramai anak lelaki. Katanya nak 11 orang. Biar boleh buat satu team bola sepak. Tepuk dahi jelah Kak Dena bila dengar. Izwan Raqib. Sedapkan nama anak anak Abang Iq dengan Kak Dena? Comel pun comel sangat. Tak puas gentel waktu jumpa dia buat kali pertama. Muka mix abang dan kakak. Brown eyes. Putih melepak macam cina. Yalah, muka Kak Dena macam cina kan. Kak Dena berpantang di Malaysia atas saranan umi. Iqram dihantar balik sama. Umi kata, boleh umi dan umi Kak Dena tengok tengokkan dia, Iqram dan Izwan. Sedih juga abang untuk berpisah dengan isteri dan anaknya. Tapi abang terpaksa akur demi mereka. Dan abang akan balik sekurang kurangnya dua bulan sekali untuk menjenguk mereka. Itupun kalau tak ada peperiksaan dan group presentation yang perlu dia dahulukan di Mesir.

Suka tengok semua orang bahagia. Aku pun tumpang bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Satu hari nanti, aku pasti akan mencari kebahagiaan aku sendiri. Insha Allah.

El NaurahWhere stories live. Discover now