7

10.8K 394 3
                                    

Eddie menjemput Eliya pulang dari sekolah pada tengah hari itu.

"Liya..Eddie dah tengok tarikh yang sesuai untuk kita nikah..dan tarikh itu adalah bulan depan..Liya setuju
tak?.."

"hah..bulan depan..erm..Eliya okay je..bulan depan pun cuti sekolah..tapi..."

"tapi ape?.."

"Liya tak nak bagitau semua orang kat sekolah..Liya harap Eddie faham.."

Eddie hanya memandang Eliya dari ekor mata.

"ikut keselesaan Liya la.."

Eddie membawa Eliya dan Puan Marina serta Puan Naimah menuju ke sebuah butik pengantin selepas Eliya menyalin pakaiannya di rumah sebentar tadi.

"Selamat datang ke butik kami.."ujar seorang gadis berbangsa cina.

Untuk majlis perkahwinan Eliya mereka akan menggunakan gaun pengantin moden kerana Eliya tidak mahu memakai pakaian tradisional iaitu kebaya kerana katanya ia sudah selalu dipakai oleh kebanyakkan orang.Eddie membelek tuksedo yang sesuai dengannya.

"Eddie cuba tengok tuksedo yang ni..cantik la..cube Eddie try..Liya nak tengok.."ujar Eliya menunjukkan sepasang tuksedo berwarna biru gelap kepada Eddie.Eddie tersenyum lalu mengambil tuksedo tersebut dari tangan Eliya.Tangan mereka bersentuhan namun cepat-cepat Eliya mengalihkan tangannya lalu beredar dari ruangan itu.Eddie hanya tersenyum melihat tindakkan bakal isterinya itu. 'nasib kau la Eddie dapat isteri yang muda gila macam Eliya
tu..'hati Eddie berkata-kata.

Puan Naimah dan Puan Marina hanya pura-pura tidak perasan akan telatah kedua-dua anak mereka itu.Eliya membelek-belek gaun yang terdapat di butik itu lalu tertarik dengan sehelai gaun berwarna biru putih yang amat cantik dan tidak terlalu terdedah.Dia mencuba gaun tersebut.Eddie dan Eliya keluar dari bilik persalinan serentak secara kebetulan.Eddie melihat kearah Eliya tanpa berkelip kerana terpegun dengan kecantikan Eliya sungguh dia tidak sangka bahawa gadis yang comel dan petah berkata-kata pada suatu masa dahulu telah menjadi seorang gadis yang penuh dengan daya tarikan seperti di hadapan matanya kini.Puan Naimah berdehem.Eddie segera memandang kearah lain.

"tak elok kalau pandang bakal isteri lama-lama sebelum nikah.."usik Puan Naimah.Eliya sudah tidak keruan kerana malu ditegur begitu.Bukan dia tidak biasa dengan Eddie dan Puan Naimah namun selepas berpisah dengan Eddie selama 3 tahun telah membuatnya menjadi agak kekok berdepan dengan lelaki itu.

"eh..ummie ni..mana ada..Eddie tengok gaun Liya je..takut-takut tak sesuai..ye la..Liya kan sederhana tinggi je..takut gaun tu labuh sangat.."usik Eddie.Eliya sudah memuncungkan mulutnya.

"hah..tengok tu dah jadi itik dah.."usik Eddie lagi.Eliya mengangkat gaunnya sedikit lalu berjalan laju kearah Eddie lalu mencubit lelaki itu.Eddie mengaduh kesakitan.

"padan muka..siapa suruh kacau orang.."Eddie mengusap lengannya lalu terfikir untuk mengenakan Eliya.

"aduh..Liya..lengan Eddie sakit la..rasa macam berdarah..cuba tengok ni.."Eddie kelihatan berada dalam keadaan yang amat kesakitan.

"hah..berdarah ke..mari sini biar Liya tengok..sorry la Eddie..Liya tak sengaja.."ujar Liya wajahnya kelihatan amat risau.Puan Marina cuba untuk menyembunyikan senyumannya begitu juga dengan Puan Naimah.Eliya memang terkenal dari dulu pantang mendengar perkataan darah pasti akan risau.Eddie menunjukkan lengannya yang merah akibat dicubit kepada Eliya.

"alaa..sorry la abang..Liya tak sengaja.."ujar Elya yang hampir menitiskan air mata.Akhirnya Eddie tergelak lalu menepuk lembut bahu Eliya.

"Eddie gurau je la..Liya ni cepat sangat emosional tau..nanti macam mana nak jadi ibu pada anak-anak Eddie ni..kalau asyik-asyik nak nangis.."usik Eddie lagi.Eliya sudah malu yang teramat,dia terus bangun lalu masuk ke bilik persalinan untuk menyalin pakaian.

"kamu ni Eddie suka sangat mengacau si Liya tu..kesian Ummie tengok dia tau.."Puan Marina hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat bakal menantunya itu.

Eliya mengusap dadanya. 'hisy..kenapa dengan aku ni..berdebar semacam..macam nak buat presentation pulak..padahal Cuma tersentuh Eddie je..jangan-jangan aku dah...hisy..mengarut je kau ni Eliya..mungkin kau Cuma tak biasa dengan dia sebab dah lama tak jumpa..' hati Eliya bermonolog sendirian.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now