Pejam celik..pejam celik..hari yang merupakan hari penyatuan antara dua insan itu akhirnya tiba jua.Eliya hanya duduk diam apabila juru andam menyiapkannya sebentar lagi dia akan di nikahkan bersama Eddie.Perkahwinan mereka akan diadakan disebuah hotel bertaraf tiga bintang.Walaupun Eliya baru berusia 16 tahun namun segala perbelanjaan perkahwinan mereka ditanggung oleh ibubapa mereka dan duit hasil pekerjaan sampingan Eddie ketika belajar di Amerika.Eliya berasa agak gementar mengenangkan apa yang bakal terjadi sebentar nanti.Beberapa minit kemudian Eliya telah siap berpakaian gaun putih dan selendang menutupi sedikit rambutnya.Gaya Eliya kelihatan amat anggun dan cantik.Bagi sesiapa yang tidak mengetahui umur sebenar Eliya pasti mereka akan menganggap Eliya merupakan pelajar di universiti."Liya..dah siap belum.."tanya Puan Marina menghentikan lamunan Eliya.
"erm..dah..mommy.."
Puan Naimah menuju kearah Eliya lalu mencium pipi Eliya penuh kasih sayang.
"Eliya Nampak anggun sangat..beruntung Eddie dapat isteri macam Eliya..jom sayang kita bertolak pergi masjid sekarang.."
"jom.."
Eliya masuk ke perut kereta yang sudah dihias indah dengan perasaan yang penuh debaran.Sudah beberapa hari dia dilarang bertemu Eddie kerana kata orang tua-tua tidak elok pengantin perempuan berjumpa pengantin lelaki sebelum hari pernikahan.Atuk Samad tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka berdua kerana keadaannya kian hari kian bertambah teruk dan kini dia dirawat di unit rawatan rapi.Agak sukar untuk mereka meneruskan majlis ini memandangkan keadaan atuk Samad yang sudah kritikal itu tetapi atuk Samad mendesak agar mereka meneruskan rancangan perkahwinan mereka itu secepat mungkin.
Setibanya di masjid kelihatan beberapa buah keluarga terdiri dari rakan-rakan Eddie dan sedara-mara mereka sedang menunggu di ruangan masjid.Beberapa mata memandang kearah Eliya sambil tersenyum-senyum.Ada juga beberapa orang berdehem-dehem apabila Eliya duduk di ruangan khas untuk pengantin.Eddie memandang kearah Eliya lalu senyum.Eliya faham makna senyuman itu.Eddie cuba untuk menenangkan Eliya.
"baiklah..boleh kita mulakan sekarang?.."tanya tok kadi yang bakal menikahkan mereka.Encik Farid dan Encik Harun mengangguk diikuti dengan beberapa orang saksi lain.
"Aku nikahkan dikau..Eddie Ryqarl bin Farid dengan Eliya Rihanna binti Harun dengan mas kahwinnya RM 80.00 tunai.."
Dengan sekali lafaz Eddie sah menjadi suami Eliya.Eliya menitiskan air mata kesyukuran. 'akhirnya Eliya..kau telah diikat dengan Eddie dengan ikatan perkahwinan..hwaiting Eliya!'hati Eliya berkata-kata sendirian.Eddie menyarungkan cincin mas putih bertakhtakan berlian bebentuk hati ke jari manis Eliya diikuti dengan Eliya yang menyarungkan cincin yang agak seiras dengannya ke jari manis Eddie.Eliya menyalami Eddie dan mencium tangan lelaki itu.Eddie tersenyum gembira lalu mencium dahi Eliya.Mereka berdua kelihatan amat padan dan sungguh comel memandangkan masing-masing amat muda.
Selepas tamat majlis masing-masing hadir ke rumah atuk Samad untuk majlis kesyukuran manakala majlis bersanding akan diadakan keesokkan harinya di hotel.Pada malam itu,Eliya memakai kebaya berwarna lavender sepadan dengan baju melayu Eddie.Para tetamu yang hadir pada malam itu hanya rakan-rakan karib ibubapa mereka dan Eddie.Rakan Eliya yang hadir ke majlis itu hanyalah Rabiatul.Eliya duduk di biliknya selepas bersiap.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.
"masuk.."
"Liya..dah siap belum?"tanya Eddie.Eliya kelihatan agak tidak tentu arah apabila Eddie memandangnya tajam.Eddie cuba menyembunyikan senyumannya.
"hah..erk..d..d..dah.."
Eddie menutup pintu bilik lalu duduk di sebelah Eliya lalu menghadap gadis itu.
"Liya..mulai hari ni..Liya dah sah jadi isteri Eddie jadi..Eddie nak Liya panggil Eddie abang..okay sayang?"
"erk..okay..Ed..eh..abang.."
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡