11

10.1K 332 6
                                    

Eliya tersedar dari tidur saat perutnya mula berkeroncong.. Mana tidaknya ,sewaktu majlis persandingan mereka tadi Eliya hanya makan sedikit kerana mereka menjadi tumpuan pada hari itu menyebabkan dia kurang selesa untuk makan.Perlahan-lahan dia membuka mata namun terasa berat,dia cuba untuk bangun.Tiba-tiba dia terasa sesuatu di pinggangnya,segera Eliya membuka mata.Dia terkejut kerana tangan Eddie sedang melingkari pinggangnya kemas.Perlahan dia menolak tangan tersebut ke tepi namun lingkaran tersebut makin kuat.Eliya tahu Eddie sengaja mengenakannya.Dia memandang ke arah Eddie dan kelihatan Eddie sedang tersenyum sambil matanya masih terpejam.
"abang..lepas la..Liya lapar ni..nak bangun siap..kita pergi makan ya?"

"erm.."Eddie bersuara namun tiada sebarang perubahan dalam kedudukan mereka.

"cepatla abang..macam mana Liya nak bangun kalau abang letak tangan macam ni.."

"satu syarat.."

"apa?"tanya Eliya.Eddie tersenyum nakal lalu menunjuk ke bibirnya.Eliya membulatkan mata serta merta pipinya merah. 'aduh..abang ni..boleh buat Liya sakit jantung tau dengan kerenah abang ni..'

"abang!..tak nak la..ngada-ngada betul..tadi kan dah.."

"tadi dah apa?"makin galak Eddie mengusik Eliya.Eliya sudah mengigit lidah. 'macam mana boleh terlanjur cakap ni..kan dah malu..Liya..Liya'hati Eliya bermonolog.

"cepat buat keputusan kalau tak abang tak nak lepaskan..hah..cepat..masa berjalan.."ujar Eddie dalam senyuman.

Eliya memegang perutnya. 'aduh..dah lapar sangat ni..nampaknya terpaksa la..dah darurat ni'.Perlahan Eliya mendekatkan wajahnya ke wajah Eddie.Apabila hidung mereka mula berlaga kedengaran bunyi telefon bimbit Eliya berbunyi.Eliya segera membetulkan kedudukannya.Dia memandang Eddie dengan wajah simpati.Perlahan Eddie melepaskan rangkulannya.Eliya melompat menuju ke arah meja solek yang menempatkan telefon bimbitnya.Wajahnya berubah saat terlihat nama pemanggil. Eddie seperti sudah dapat mengagak gerangan si pemanggil.Eliya segera menjawab panggilan lalu berjalan menuju ke balkoni bilik tersebut.

"Hello.."

"Anna..kenapa tak balas text Ril..call pun tak jawab..risau Ril tau..Anna ok?"

"erm..ok..Ril tengah buat apa?"

"Ril tengah rindukan Anna la..dah masuk 4 hari kita cuti dan sepanjang tu juga Ril tak jumpa Anna mestilah rindu..rindu yang teramat sangat.."

"Anna pun.."

"kenapa suara Anna macam lemah je?"

"tak ada apa lah..Anna rasa kurang sihat je sikit.."bohong Eliya.Sebenarnya dia sedang cuba mengawal sebak di dada.

Eddie duduk di sebuah kerusi yang terletak di bilik bersebelahan dengan pintu balkoni.Dia mendengar dengan jelas perbualan isterinya dengan Zafril.Dia mengenggam penumbuknya saat terrdengar suara Eliya yang seperti hendak menangis.

"Anna nak Ril teman Anna pergi klinik?..Ril boleh temankan kalau Anna nak.."

"eh..tak apa la..susah-susahkan Ril je..Anna okay..nanti Anna pergi dengan abang sepupu Anna.."

"erm..ye la..tapi ingat pesan Ril..jangan rapat sangat dengan abang sepupu Anna tu..Ril tak berapa suka la.."

"insyallah.." balas Anna pendek perlahan air matanya mengalir.Eddie yang melihat Eliya dari sebalik langsir sudah panas hati. 'Liya..kenapa?..kenapa Liya mesti menangis sebab lelaki lain..Liya masih belum nampak ke betapa abang cintakan Liya..'Eddie bermonolog sendirian sambil memegang dadanya.Hatinya berasa sungguh pedih.Sudah lama dia tidak merasa seperti ini kali terakhir adalah sewaktu dia terpaksa berpisah dengan Eliya 3 tahun lepas..adakah dia sudah merasa perasaan ini sejak dari saat itu ?..Dia juga tidak pasti.

"okay la,Ril..mak Anna dah panggil ni..got to go.."

"okay..love you sayang.."

"me too..bye"balas Eliya sebelum mematikan talian.Eliya duduk di lantai sambil menyandar ke dinding balkoni.Dia menangis semahunya.Sungguh pedih rasanya untuk dia cuba tidak mencintai Zafril.Ah..kenapa begitu susah untuknya melupakan Zafril kekasihnya sejak 2 tahun lepas.Eddie yang duduk di bilik juga duduk menyandar di dinding bilik tersebut.Hanya dinding yang memisahkan kedudukan mereka berdua.Eliya berasa sungguh terseksa begitu juga Eddie namun jauh sekali Eddie memikirkan untuk melepaskan Eliya.Kenapa mereka harus menjalani hubungan dengan hati yang sungguh pedih begini.Eddie mendengar esakkan Eliya yang berada di balkoni.Perlahan air mata lelaki Eddie juga turut mengalir. 'Liya..hati abang sakit..pedih..abang tak boleh dengar Liya nangis macam ni..andai abang dapat cabut perasaan sedih itu dari hati Liya pasti abang dah buat..'.Tiba-tiba telefon Eddie berbunyi.Eddie menjawab selepas melihat nama pemanggil.

"Hello..ye papa.."kedengaran Encik Harun memberitahunya tetang sesuatu di hujung talian.

"apa?!"peluh sudah memercik di dahi Eddie telefon bimbitnya juga terjatuh ke lantai.Ketika itu Eliya masuk ke dalam bilik.Dia juga terkejut melihat muka Eddie yang sudah pucat.

"abang..abang kenapa ni?"tanya Eliya panik.

"atuk..atuk.."ucap Eddie lemah.

"kenapa dengan atuk?"

"atuk dah nazak..dan atuk nak jumpa kita berdua.."ujar Eddie.Eliya yang sedang berdiri terduduk di lantai.Air matanya menitis laju.Bahunya juga sudah terhenjut-henjut dalam esakkan.Eddie mengangkat Eliya lalu memeluk gadis itu.Eliya menangis dalam dakapan Eddie.

Eddie dan Eliya berlari menuju ke wad icu yang menempatkan atuk Samad.Mereka berdua dibenarkan masuk selepas mendapat kebenaran dari doktor.Atuk Samad sudah kelihatan amat lemah apabila Eddie dan Eliya masuk ke wad tersebut.Eliya menangis lagi.Atuk Samad membuka matanya perlahan.

"Liya..Eddie..selamat pengantin baru.."ucap atuk Samad yang sesekali sesak nafas.

"Liya..Eddie..masa atuk dah sampai..atuk nak Eddie janji dengan atuk..Eddie akan jaga Liya sampai akhir hayat Eddie..dan Liya..janji akan jadi isteri yang baik untuk Eddie.."ucap atuk Samad tersekat-sekat.Eliya memegang tangan kanan atuk Samad manakala Eddie memegang tangan kiri milik atuknya itu.

"Eddie janji.."

"Liya pun.."

"kamu mesti cinta satu sama lain..kerana kamu dah ditakdirkan bersama.."atuk Samad menyatukan tangan mereka berdua.Mulut atuk Samad mula terkumat kamit namun hanya nama 'ALLAH' sahaja yang didengari oleh Eliya sebelum mesin jantung sudah menunjukkan garis lurus menandakan atuk Samad sudah kembali ke rahmatullah.Eliya menutup mulutnya dan air mata sudah mengalir laju.Eddie memeluk bahu Eliya.Beberapa orang juru rawat datang dan memeriksa nadi atuk Samad sebelum menutup jenazah atuk Samad menggunakan selimut.Mereka membuka segala wayar yang terpasang di badan atuk Samad.Eddie membawa Eliya keluar dari wad tersebut.Ibubapa mereka sudah terduduk lemah di ruangan menunggu yang tersedia di luar wad tersebut.Eliya masih menangis.Eddie hanya menjadi penenang Eliya.Eddie sudah dapat menerima segala yang telah terjadi pada atuk Samad kerana dia tahu itu adalah terbaik buat atuk Samad yang sudah hampir sebulan terlantar di wad icu itu.

Jenazah atuk Samad selamat di kebumikan sejurus selepas isyak.Eliya dan Eddie terpaksa pulang ke hotel malam itu kerana telah membuat tempahan.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now