14

9.3K 308 4
                                    

Keesokkan harinya Eddie dan Eliya telah bertolak ke lapangan terbang LCCT tepat jam 10 pagi kerana mereka akan menaiki penerbangan ke Pulau Langkawi pada pukul 12.30 tengah hari.Mujur Eliya telah mengemas beg miliknya dan Eddie malam tadi.Mereka telah ddihantar oleh Encik Farid ke lapangan terbang.Puan Marina ,Puan Naimah dan Encik Haru sibuk menguruskan kenduri tahlil arwah atuk Samad.Pada mulanya Eliya dan Eddie ingin menangguhkan bulan madu mereka namun mereka ditegah oleh ibubapa mereka.Kata mereka bulan madu mereka berdua harus diteruskan kerana mereka tahu Eliya pasti akan lebih sedih jika pulang ke rumah yang menyimpan pelbagai memori bersama atuk Samad.Eliya duduk di kerusi berdekatan dengan balai perlepasan.Eddie telah meminta izin untuk ke tandas sejurus selepas mereka check-in sebentar tadi.Sedang sibuk Eliya bermain dengan permainan telefon tiba-tiba bahunya dicuit.Eliya memandang kearah kirinya.Jantungnya berhenti berdegup saat matanya terpandang satu wajah yang sedang tersenyum kepadanya. 'Oh My Gosh!!!..macam mana dia boleh ada kat sini..habis aku kali ni..'hati Eliya berkata-kata sendirian.
"eh..Z..Za..Zafril..a..ap..apa awak buat kat sini?.."tanya Eliya kepada Zafril yang mempunyai wajah yang tidak kurang kacaknya dengan kulitnya yang putih serta badannya yang lebih tinggi sedikit dari Eliya.Zafril tersenyum lalu menunjuk kearah kakaknya yang sedang berbual dengan seseorang. 'Eh..tu kan..Eddie..dia tengah berborak dengan siapa tu?'hati Eliya mula tertanya-tanya saat terpandang Eddie sedang berbual dan sekali-sekala tergelak dengan seorang wanita yang berkulit cerah dengan rambutnya yang diikat ekor kuda.Gadis itu sungguh cantik dengan kaca mata hitam yang dipakainya. 'itu model ke apa?..cantik macam bidadari..kalah aku..'hati Eliya berkata-kata sambil mulutnya terlopong.Zafril yang memerhati Eliya hanya tersenyum lalu menarik tangan Eliya sambil merapati Eddie dan gadis tadi.Eliya tidak sempat menarik tangannya dari disentuh oleh Zafril.Zafril dan Eliya berdiri disebelah Eddie dan gadis tersebut dengan tangan yang masih bertautan.Riak wajah Eddie berubah saat terlihat tangan Eliya yang kemas bertautan dengan tangan Zafril.Eliya yang terpandang renungan tajam Eddie segera menarik tangannya.
"sis..ni Eliya Raihanna awek Zack..hehe..Anna ni kakak Ril..Maria Hanna.."
"Eliya.."ujar Eliya sambil bersalaman dengan wanita yang bernama Maria Hanna sebentar tadi.Gadis itu membuka cermin mata hitamnya dan terserlahlah kecantikkan dan keindahan pandangan mata yang berwarna Hazel itu.Eliya juga terpegun dengan kecantikkan gadis itu.
"oohh..call me Maria.."
"Eliya..Eddie ni kawan akak masa di Amerika dulu..lama juga kami berkawan..sejak awal Eddie dan akak sampai disana.."
"oh.."balas Eliya pendek.Maria hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipinya. 'mak ai..aku pun tergoda..muka dah macam Shin Min Ah..diorang berdua ni memang lahir kat korea ke?..muka dua-dua cantik dan hensem..sorang Shin Min Ah..sorang Kim Bum..memang cair aku kat sini..'hati Eliya berkata-kata.Tanpa Eliya sedari dia sudah berangan sendirian.Eddie tersenyum memerhati namun belum sempat dia menyedarkan Eliya,Zafril sudah mencuit hidung Eliya sambil tergelak.
"Anna..berangan je tau..hisy.."ujar Zafril sambil tersenyum kearah Eliya.Eliya hanya tersenyum.Eddie pula sebaliknya.Jika bolehlah telinga berasap maka bukan asap sahaja yang keluar bahkan sudah meletup kepala Eddie dek kerana terlalu cemburu bercampur marah.
"no..Eliya..Maria was my girlfriend when we were study abroad.."ujar Eddie dengan hati yang penuh cemburu.Eliya mengangkat kening lalu mengangguk.Wajah Eliya seperti biasa.Kosong.Tiada cemburu mahupun buruk sangka. 'aik..Liya ni besi ke..tak cemburu langsung pun..ok..fine..tak cemburu ya..abang ke plan seterusnya..'hati Eddie berkata-kata.
"kak Maria dengan Zafril ni nak pergi mana?"tanya Eliya berminat.
"akak dengan Zafril nak bercuti di Langkawi..kami berdua je sebab my mum dengan dad pergi outstation..dah boyfriend Eliya ni bosan..akak plan la nak bercuti kat Langkawi..Eliya dengan Eddie pula?"tanya Maria sambil tersenyum manis.Belum sempat Eddie menjawab Eliya sudah memotong.
"eh..sama la..waaa..Ril nampaknya cuti ni kita sama-sama lagi la ya?.."ujar Eliya teruja seperti terlupa tujuan utama mereka di sana.Eddie memandang Eliya dengan wajah yang meminta simpati namun Eliya tidak mengendahkannya.
"akak naik flight pukul berapa?..flight number?.."
"akak naik pukul 12.30..flight A735..Eliya pula?"tanya Maria sambil tersenyum.Eliya baru perasan Maria murah dengan senyuman.Patutlah Zafril juga begitu.Murah dengan senyuman yang boleh mencairkan hati wanita.Eliya kembali menatap tiket kapal terbang yang berada di tangannya.Dia tersenyum lalu mendongak sambil memandang Zafril dan Maria.
"yes!!..flight kita sama!.."ujar Eliya teruja.Eddie di sebelah mereka bertiga mengerutkan wajahnya dengan riak sedih. 'Liya..kenapa dengan Liya ni..abang yang kahwin dengan Liya tapi kenapa abang dipinggirkan..Liya..abang nak privasi..tolong la..'hati Eddie bermonolog.Kedengaran pengumuman menandakan semua penumpang flight A735 untuk masuk ke balai perlepasan.Eliya memandang kearah Eddie. 'yes..akhirnya Liya faham kehendak aku..'hati Eddie sudah berbunga-bunga.Eddie melemparkan senyuman paling manis.
"abang..bawakkan beg Liya ya..Liya nak jalan dengan kak Maria..Ril..tolong abang Anna ye.."ujar Eliya kepada Zafril dan Eddie tetapi sengaja dimasamkan mukanya kearah Eddie manakala pada Zafril bukan main lagi manisnya.Boleh kena kencing manis sesiapa yang melihat.Eddie tersenyum bengang kearah Eliya.Eliya hanya mencebik sebelum menarik tangan Maria dan berjalan di hadapan.Eddie seperti mahu menangis.Zafril yang terpandang Eddie segera ketawa lalu menepuk bahu Eddie perlahan.
"sabarlah bang..Anna memang macam tu..selalu buli orang..kat sekolah pun Zack selalu kena angkat beg sekola dia..tapi sayang punya pasal..Zack ikutkan je.."ujar Zafril dalam senyuman.Eddie tersenyum tawar lalu mengangguk perlahan.Eliya pusing ke belakang.
"tunggu apa lagi..cepat la.."ujar Eliya lalu memandang kearah Maria.Mereka berdua kemudian tergelak bersama sebelum kembali berjalan ke hadapan. 'mummy!!!..ummie!!!..tolong Eddie..Liya kejam...dia buli Eddie!!..'hati Eddie sudah menjerit.Walaupun dia hanya mengangkat beg tangan Eliya namun dia tetap bengang dengan sikap Eliya yang berubah 360 darjah itu. 'apa kena la dengan bini aku ni..tiba-tiba je berubah..kena sampuk hantu airport ke?..seram aku nak bayangkan..'hati Eddie kembali berkata-kata.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now