16

9.1K 331 6
                                    

Mata Eddie semakin lama bagai ada sesuatu benda yang berat yang membuat matanya semakin lama semakin tertutup akhirnya Eddie terlena sementara menunggu Eliya.Baru dia hendak terlelap tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi segera dia duduk dalam kedudukan 90 darjah.Dia meraup wajahnya lalu bangun menuju ke meja solek dan menjawab panggilan tersebut.
"hello..abang kat bilik nombor berapa biar Eliya cari sendiri.."ujar Eliya sejurus Eddie menjawab panggilan tersebut.
"erm..kaki sayang tak sakit ke nak jalan ke sini.."soal Eddie yang sedang mengantuk yang teramat.
"tak apa..Zafril kana da..nanti dia hantarlah Liya pergi sana.."jawab Eliya lembut.Bukan dia tidak tahu Eddie sedang kepenatan.Mendengarkan suara lelaki itu pun dia tahu Eddie baru bangun tidur.Mata Eddie segar semacam apabila terdengar nama Zafril dari hujung talian.Terus hilang mengantuknya.
"Ehh..tak payah..Liya tunggu kat lobby..biar abang datang bawak Liya datang sini.."balas Eddie sebelum mematikan talian dan keluar dari pintu chalet mereka.

Eddie berjalan pantas menuju ke lobby.Dia terlihat Zafril sedang berbual mesra dengan Eliya.Langkahnya makin laju selaju api cemburunya yang semakin lama semakin marak.Eddie menghampiri Eliya lalu mencuit bahu gadis itu.Zafril dan Eliya kedua-dua memandang kearah Eddie.
"jom..abang papah Liya pergi chalet..Liya mesti penat kan?.."ujar Eddie lembut tanpa memandang kearah Zafril yang cemburu dengan layanannya yang mesra semacam kepada kekasihnya itu.
"em..ye la..Ril..Anna pergi dulu ya..terima kasih bawa pergi klinik tadi..nanti malam kita dinner sama ya..ajaklah kak Maria sekali.."ujar Eliya kepada Zafril sebelum Eddie membantunya bangun dari kerusi yang didudukinya.Zafril mengangguk lalu tersenyum manis buat Eliya.Manakala untuk Eddie,dia hanya mengangkat kening sebelum membisikkan sesuatu kepada Eliya.Eddie tidak dapat mendengar sepatah perkataan pun dari mulut Zafril yang pasti Eddie hanya melihat Eliya tersenyum lalu mengangguk perlahan dan tak lama kemudian Zafril pergi meninggalkan mereka berdua di lobby.

Eliya dan Eddie berjalan perlahan menuju ke chalet mereka.Hati Eddie bagai dicucuk-cucuk untuk bertanya kepada Eliya mengenai apa yang dibisikkan oleh Zafril kepada Eliya.Setibanya mereka di dalam bilik mereka di dalam chalet itu,Eddie meletakkan Eliya ke atas katil.Perlahan Eddie meletakkan kaki Eliya keatas katil agar kedudukan kaki Eliya melunjur.Eddie mengambil tempat disebelah Eliya.

"Liya..abang tanya something boleh?"
"apa dia?"
"kenapa Liya macam berubah masa kita kat airport tadi sebelum bertolak?"
"abang rasa?"
"hisy Liya ni..abang tanya dia tanya abang balik.."ujar Eddie sambil tersenyum.
"ok..Liya bagi clue..apa yang abang rasa bila Liya bercakap dan berpegangan tangan dengan Zafril tadi?"tanya Eliya dalam senyuman lalu menganggat keningnya sebelah.Kini Eddie tahu Eliya sudah cemburu melihatnya bersama Maria sebentar tadi.
"maksudnya Liya cemburu?.."tanya Eddie sambil tersenyum lalu mengenggam tangan Eliya lembut.Perlahan dia mengusap tangan isterinya yang disayangi sepenuh hati itu.
"ikut suka abanglah nak rasa macam tu..kalau abang rasa betul maksudnya betullah tu.."balas Eliya sambil tergelak manja.
"gedik la Liya ni..tu la..kenapa nak rahsiakan sangat perkahwinan kita ni..tengok sekarang..Liya juga yang terpaksa memendam rasa pada abang.."usik Eddie.
"eii..perasan je cik abang ni..dia yang dah berasap telinga tengok Zafril tadi..cakap kita pula.."balas Eliya kembali.
"hah..yang Liya kasi Zafril pegang tangan Liya tu kenapa?"Eddie kembali bertanya dengan wajah serius.Tanpa menunggu masa,dia menarik hidung Eliya lalu tergelak.
"abang!!..sakit la.."
"tau pun sakit..Liya tu buat abang cemburu lagi sakit tau.."
"alaa..abang mengaku kak Maria tu girlfriend tak apa..abang tak fikir pun perasaan Liya..kononnya abang nak curi hati Liya la..nak buat Liya jatuh cinta pada abang la..tapi buat orang sakit hati ada la.."balas Eliya dengan suara yang mula mengendur.Dia menundukkan wajahnya.Eddie memandang Eliya lalu mengangkat dagu isterinya agar memandangnya.Terdapat titisan air mata sudah membasahi wajah itu.Eddie serba salah.Tidak dia sangka akhirnya Eliya akan menangis kerananya.Perlahan dia mendakap Eliya.Eliya menangis dalam dakapannya.
"maafkan abang sayang..abang tak sangka Liya marahkan abang..abang buat macam tu sebab abang sakit hati dengan Liya..Liya layan Zafril tu terlebih baik pula.."
"abang..Liya rapat dengan dia sejak form 2 lagi..dia adalah abang angkat Eliya..dia la yang jaga Liya mengantikan abang sewaktu abang tak berada di Malaysia..macam mana Liya nak layan dia dengan teruk..cuba abang bayangkan.."
"tapi Liya..abang sakit hati sangat bila dia terlebih caring pada Liya..abang rasa macam tak diperlukan..abang nak jadi satu-satunya lelaki yang Liya harapkan..abang nak Liya depends on abang je..I don't want anybody else to be by your side..cuz you're for me and I'm for you..nobody else..okay?"
"Liya pun nak abang anggap Liya macam tu..Liya saja je biar abang cemburu ..sebab abang tu bukan main lagi ketawa la,..senyum la dengan kak Maria tu..tau la dia lagi cantik dari Liya tapi tak payah la ketara sangat abang pandang dia..macam nak terkeluar biji mata tengok kak Maria..nak je Liya amik garfu jolok mata abang biar jadi Eddie Selamat..nak?"balas Eliya dalam perasaan geram.Eddie tergelak kuat mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.
"oo..Eddie selamat ya..mari sini kita tengok siapa yang selamat.."tangan Eddie sudah mengeletek Eliya.Eliya ketawa akibat kegelian.
"abang!!..cukup la..kaki Liya ni sakit tau.."ujar Eliya dalam tawanya.
"ok..memandangkan kaki je yang sakit..mari sini..abang dah janji nak denda Eliya sebab buat abang cemburu dan layan abang dengan dingin masa dalam flight tadi.."ujar Eddie lalu merangkul pinggang Eliya.Eliya sudah mengelabah.Dia menjauhkan wajahnya ke belakang.Eddie menjentik dahi Eliya.
"ahh..sakit la..ab.."belum sempat dia menyambung ayatnya Eddie sudah mencium kedua belah pipinya lalu mencium dahinya yang dijentik tadi.Eliya hanya tersenyum malu.
"eleh..mengada-ngada..baru kiss pipi sikit je dah terdiam..aha..sekarang abang tahu kelemahan Eliya..dan macam mana nak buat Liya tak jadi nak membebel.."usik Eddie lalu bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Eliya masih terpegun.Perlahan dia memegang pipinya dan tiba-tiba dia jadi teruja semacam.Terus lupa bahawa kakinya sakit.Dia berguling-guling di atas katil sambil tersenyum gembira.

"amboi excitednya.."tiba-tiba kedengaran suara menegurnya dari belakang.Serta merta Eliya jatuh dari katil.Dia menutup wajahnya yang sudah merah itu.Eddie tergelak lalu berjalan perlahan menuju ke almari mengambil pakaiannya dan kembali masuk ke dalam bilik mandi.Eliya mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya. 'alamak!!!..malunya..hisy..nak terjun bangunan boleh..mana nak sembunyi muka ni..malu!!!...masuk bawah katil je la..eh..buat apa nak sembunyi tempat sempit..hati Eddie kana da..baik aku sembunyi kat situ..hehehe'Eliya bermonolog sambil tersenyum nakal.Kini dia semakin senang dimanjakan oleh Eddie.dan yang peliknya da tidak merasa apa-apa sepanjang bersama Zafril.Walaupun Zafril dulu berada di tangga teratas dalam carta hhatinya tetapi kini..tempat pertama sehingga tempat terakhir di carta hatinya hanyalah nama Eddie seorang.Adakah dia sudah jatuh cinta?..erm..cepatnya..tak sangka betul Eddie ada kuasa yang boleh buat orang jatuh cinta secepat ini..Inilah namanya Instant Love..

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now