18

8.7K 290 2
                                    

Eddie terduduk lemah di sebuah bangku berjauhan dengan Eliya dan Zafril.Hatinya sungguh kecewa , sedih dan cemburu.Semua dalam satu.Dia meraup wajahnya berkali-kali. 'kenapa semua ni jadi?..kenapa mesti saat Liya sudah mula boleh terima aku?..dan kenapa aku mesti jadi penyebab kepada semua masalah ni?..'hati Eddie bermonolog.Maria duduk di sebelah Eddie hanya memerhati setiap pergerakkan lelaki itu dari hujung matanya.
"Eddie..I'm really sorry..I didn't know that you are in serious relationship with Eliya..I didn't know that you love her that much..I thought you treat her just like sister.."ujar Maria perlahan dalam kesayuan.
"no..it's not your fault..it's my fault..I tak jalankan tanggungjawab I sebagai.."Eddie menghentikan ayatnya lalu mengeluh.Dia teringat pesanan Eliya agar merahsiakan perkahwinan mereka berdua.
"sebagai apa?"tanya Maria.
"sebagai orang yang mencintai dia..I sepatutnya jaga perasaan dia kalau I betul cintakan dia..tapi I dah permainkan cinta I dan juga perasaan dia..sebab tu semua ni terjadi..I betul-betul buntu Maria."ujar Eddie kecewa.Maria mengusap lengan Eddie perlahan.
"you should've tell me so I jaga la kelakuan I sedikit masa Eliya ada..maybe dia dah salah faham dengan apa yang terjadi..bagi kita yang dah rapat dan biasa tinggal di Amerika..benda macam ni biasa...tapi Liya lain..dia masih terlalu muda untuk terima semua ni.."
"tapi semua ni dah jadi..dan I think you know..Zafril tu kekasih Liya..pasti dia akan lebih memilih Zafril dari I.."ujar Eddie.Maria terdiam sejenak.
"bab Zafril..I memang tak dapat nak membantu..Zafril tak rapat dengan I sebagaimana you dan Eliya..dia dan I duduk berjauhan sejak kecil..jadi memang susah I nak tegur or cakap dengan dia..ni pun syukur sebab dia sudi nak teman I pergi bercuti..kalau tak..I memang tak bercakap sangat dengan dia..my relationship with him is quite awkward.." balas Maria.
Eddie memandang kearah laut.Dia teringat setiap detik dia bersama Eliya.Setiap sentuhan yang Eliya berikan.Hatinya kembali sakit. 'Liya..maafkan abang..abang harap Liya tak akan tinggalkan abang..abang tak nak kehilangan Liya..Liya cinta pertama dan terakhir abang..Maria cuma seorang wanita yang hadir sekejap dalam hidup abang..namun cinta sejati abang adalah Liya..don't leave me like this,Liya..'hati Eddie merintih sayu.

Eliya termenung kearah laut luas yang terbentang dihadapannya.Zafril juga turut memandang kearah yang sama.Dia serba salah ingin menanyakan mengenai sebab kekasihnya itu menangis.Dia agak terkejut juga apabila melihat Eliya begitu.
"Anna..dah la..jangan la difikirkan lagi masalah Anna..walaupun Ril tak tahu kenapa Anna menangis tapi satu je pesan Ril..jangan terlampau bersedih..nanti Anna yang sakit..dan Ril tak sanggup tengok keadaan Anna macam ni..sebagai kekasih dan abang angkat Anna..Ril tak nak Anna bersedih macam ni..kalau Ril tau Anna menangis sebab siapa..pasti Ril akan belasah dia separuh mati sebab dah buat kekasih Ril menangis macam ni.."ujar Zafril sambil mengenggam penumbuknya.Eliya menelan liurnya.Walau dia geram terhadap Eddie tapi tak sanggup juga dia melihat Eddie dibelasah oleh Zafril.
"eh..tak ada la Ril..Anna nangis sebab teringatkan atuk..atuk Anna baru meninggal..dan sebab tak nak Anna sedih ibubapa Anna hantar Anna pergi bercuti dan suruh Eddie temankan.."balas Eliya sambil tersenyum tawar.
"inalillah wa inailaihirajium..sabarlah Anna..maafkan Ril sebab buat Anna teringatkan arwah atuk Anna.."balas Zafril serba salah.
"erm..tak apa..yang dah pergi tak akan boleh kembali walau kita meratap atau menangisi mereka..semoga roh atuk Anna tu ditempatkan dikalangan orang beriman..amin.."
"amin.."balas Zafril.
"Ril.."
"erm.."
"Anna sebenarnya dah kebulur la..jom kita pergi cari makan.."
"la..kesian awek Ril ni..jom..Ril belanja..Ril tau Anna tak bawa purse kan?"ujar Zafril sambil tersenyum.Eliya menyeluk poketnya ternyata apa yang dikatakan Zafril benar belaka.Eliya memandang kearah Zafril lalu tersenyum gaya Garlfield.Zafril mengeleng lalu menarik tangan Eliya berjalan menuju kearah gerai-gerai yang terdapat disepanjang jalan.Zafril singgah ke kedai ais krim dan membeli dua ais krim berperisa vanilla untuk mereka berdua.Buat seketika Eliya lupa akan masalah rumah tangganya.Zafril menyewa sebuah motosikal dan mereka bersiar-siar di sekitar pulau.

Setelah jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam,mereka pulang ke chalet.Zafril menghantar Eliya sehingga depan pintu chalet kemudian dia beredar menuju ke chaletnya.Eliya masuk ke dalam chaletnya.Sejurus dia menutup pintu,kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya duduk di sofa yang berada di ruang tamu chalet tersebut.Eliya tidak mengendahkan Eddie lalu segera masuk ke bilik mereka berdua,mengambil pakaiannya sebelum masuk ke bilik berasingan dan menutup pintu biliknya itu.Eddie geram melihat Eliya lalu segera menolak pintu bilik Eliya.
"Liya ni kenapa?..balik lewat..abang call beribu kali rupanya tinggalkan handphone kat bilik..tahu tak betapa risaunya abang?"ujar Eddie dengan muka tidak puas hati.
"oh..risau..abang rasa kenapa agaknya dengan Liya ek?.."sinis sekali jawapan Eliya.
"ok..fine..Liya marah dengan apa yang Liya Nampak tadi..tapi tak bermakna Liya boleh buat abang macam ni.."
"habis tu..abang je yang boleh buat?..dah la abang..Liya malas nak gaduh dengan abang..abang buat la apa yang abang suka..tapi jangan halang Liya..sebab kalau abang halang..it's not fair..Liya pun tak akan ganggu hidup abang lagi..kita Cuma suami isteri dalam surat nikah je..menyesal Liya percaya bulat-bulat setiap yang abang katakana sebelum ni..huh..lelaki..suka menanam tebu di tepi bibir.."ujar Eliya sinis menaikkan lagi kemarahan Eddie.Eddie geram lalu menolak Eliya ke atas katil lalu menindih gadis itu.Eliya sudah mengalirkan air mata.Eddie mengenggam kedua tangan Eliya dan mendekatkan wajahnya.Eliya memejam matanya rapat.
"Liya sakit hati dengan abang sebab layan perempuan lain kan?..jadi malam ni Liya kena jadi isteri sebenar untuk abang..dengan cara tu boleh la abang tunjuk tahap cinta abang pada Liya supaya Liya percaya..ini yang Liya nak,kan?.."ujar Eddie kasar bagai dirasuk.Akibat cemburu dan marah,Eddie sudah tidak seperti dirinya lagi.
"lepas la..sakit..abang!..tolong la.."Eliya meronta-ronta mita dilepaskan.Namun cengkaman tangan Eddie makin kuat.Air mata Eliya makin deras.
"kita berpisah!"akhirnya ayat itu yang keluar dari mulut Eliya.Eddie segera melepaskan genggaman tangannya lalu segera duduk tegak.Eliya juga begitu.Dia mengusap pergelangan tangannya yang sudah merah.
"abang kejam..abang sangat kejam..Liya benci abang!..keluar sekarang!.."bentak Eliya sambil teresak-esak.Eddie cuba menghampiri Eliya namun Eliya segera menjauhkan diri.Dia merapatkan badannya ke lutut.Eliya sudah ketakutan dan menggigil.Dia memandang Eddie dengan wajah yang penuh ketakutan bagai memandang binatang buas yang cuba mencederakannya.Eddie dengan wajah sedih keluar dari bilik tersebut.Eliya menangis sepuas-puasnya.Eddie melangkah longlai menuju ke biliknya.Dia menutup pintu bilik lemah lalu terduduk belakang pintu.Dia meraup wajahnya.Perlahan air mata lelakinya mengalir perlahan dan bersandar di belakang pintu. 'ya allah..dugaan apa ini?..dugaan apa yang telah kau berikan untuk aku?..sekarang Eliya sudah membenciku..pandangannya tadi bagai memandang binatang yang cuba mencederakannya..kenapa aku jadi begini?..kenapa aku tak dapat kawal diri aku?..'hati Eddie berkata sayu.Hatinya bagai berkecai apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya sebentar tadi.
"kita berpisah!" " Liya benci abang!.."dua ayat yang terngiang-ngiang ditelinganya.
"arrgghh!.."Eddie menjerit.Eliya yang mendengar jeritan kecewa Eddie turut merasa sedih.Dia amat sedih kerana Eddie yang pernah dikenalinya dari kecil sudah berubah.Eddie tidak pernah berkasar dengannya.Eddie yang dikenalinya dulu lebih bersopan santun dan memahami.Namun kini..Eddie bagai berubah sepenuhnya.Dan kekasaran yang Eddie lakukan padanya tadi amat menakutkannya.Eliya menarik selimut menutup seluruh badannya yang masih menggigil.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now