Sebulan kemudian...Eddie telah menjalani beberapa temu duga di beberapa syarikat namun disebabkan dia baru menamatkan pelajarannya dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman,dia tidak berjaya dalam setiap temu duganya.Akhirnya selepas beberapa minggu menjadi penganggur terhormat Eddie telah mendapat kerja.
Pada suatu pagi Eliya bersiap-siap untuk pergi ke sekolah namun dia pelik kerana selalunya Eddie masih berlingkar di atas katil tetapi berbeza pula hari ini kerana Eddie turut bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
"abang..bila dapat kerja?..tak tahu pun.."
"baru je terima panggilan dari diorang semalam.."jawab Eddie selamba.
"kerja apa tu ,abang?"soal Eliya penuh minat.
"ada la..nanti Liya mesti tau juga.."
"ala..bagi la tau..kat mana?"soal Eliya ingin tahu.
"sayang..sabar la..nanti sayang akan tahu juga..don't worry,okay?..dah siap?..jom abang hantar pergi sekolah..nanti lambat pula.."ujar Eddie ingin menukar topik.Eliya sudah menarik muncung panjang tanda memprotes. Cup... bibir mereka bersatu.Eliya membulatkan matanya kerana Eddie dengan selamba mengucupnya walaupun dia sedang merajuk.
"abang..!!.."Eliya sudah terjerit kecil.
"tu la..muncungkan lagi bibir tu..kan dah kena cium.."ujar Eddie sambil tergelak nakal.Eliya dan Eddie keluar dari bilik mereka sambil bergurau senda.
"amboi..macam pengantin baru ummie tengok kamu berdua ni.."usik Puan Naimah.Encik Harun,Encik Farid dan Puan Marina sudah tersenyum-senyum melihat telatah mereka berdua.Eliya sudah malu-malu kucing manakala Eddie dengan selambanya mencium pipi isterinya yang comel dalam pakaian sekolah.Eliya membulatkan matanya kepada Eddie kerana kelakuannya di hadapan ibubapa mereka.
"mesti la..hari-hari pun honeymoon ummie.."ujar Eddie mengusik.Muka Eliya sudah merah padan akibat apa yang dikatakan oleh Eddie.
"Eddie..ingat sikit..isteri kamu tu masih pelajar..kena tumpukan perhatian pada pelajaran juga..jangan asyik nak berkepit je dengan isteri..nanti tak pasal-pasal ada orang baru sebelum tamat sekolah menengah pula.."ujar Encik Farid kepada anaknya.Eddie memandang Eliya lalu mengenyitkan sebelah matanya.Eliya pula menjengkilkan matanya.
"eh..kamu berdua ni..sampai bila nak berdiri kat situ..cepat la sarapan nanti lambat pula.."celah Puan Marina.Eliya menelek jam tangannya masih ada satu jam sebelum waktu persekolahannya bermula.Mereka sekeluarga bersarapan bersama pada pagi itu.Waktu rehat sudah bermula..Eliya keluar dari kelasnya bersama Rabiatul untuk ke kantin.
"Eli..kau makin berseri-seri la..hari ni punya seri lain macam..tak macam masa kau balik honeymoon hari tu..kali ni lebih sikit.."ujar Abby ketika mereka berdua duduk di bangku kantin.
"banyak la kau punya seri..biasa-biasa je.."balas Eliya.Tiba-tiba seorang murid datang kepada Eliya.Eliya dan Rabiatul menghentikan perbualan mereka sebentar apabila perasan pelajar tersebut sedang berjalan ke tempat mereka.
"Eliya..cikgu Junaida panggil..dia kata ada hal nak jumpa..dia kat bilik guru sekarang.."ujar Bobo,ketua kelas mereka.Eliya pelik kerana dia hanya penolong ketua kelas,kenapa guru kelas mereka memanggilnya.
"eh..Bobo..apa hal cikgu nak jumpa?..selalukan kalau ada kau..aku ni ibarat invisible je.."ujar Eliya pelik.
"erm..lupa pula aku nak beritahu kau..hari ni aku tak masuk kelas sebab kena ikuti kem..jadi,semua tugas aku, aku berikan pada kau secara rasmi ye cik Invisible.."usik Bobo yang agak mesra 'alam' itu.Eliya tergelak lalu mengangguk sebelum Bobo beredar dari situ.
"Abby..sorry ek..aku terpaksa chaw dulu la nampak gaya..nanti jumpa dalam kelas je la.."ujar Eliya.
"by the way,Eli..bukan ke kelas lepas rehat ni tak ada sebab cikgu Hani cuti sebab ikut suaminya ke luar negara..so..maksudnya hari ni tak ada kelas L.K la kan?"ujar Rabiatul ceria.
"hisy..kau ni..cikgu Hani baru je cuti semalam,kau dah happy sangat..mana tau cikgu tak jadi cuti ke..lagi satu..kau ingat sekolah senang-senang ke nak beri kita duduk tak ada guru dalam kelas..no way,girl..pasti ada cikgu ganti punya..percaya la.."balas Eliya.
"ala..kau ni..spoil je..baru nak release stress kau dah tambah.."
"mestilah..aku kan penasihat terbaik kau..a.k.a b.f.f kau..tak ingat ke cik Rabiatul Adawiyyoh Binti Supalio Joko Surman.."ujar Eliya sambil tergelak.
"hisy..diam la..jangan la sebut nama panjang aku..malu la.."bisik Rabiatul sambil mengerutkan wajahnya.
"dah la..malas aku nak layan kau..cikgu Junaida dah panggil au tu..bye Miss Abby.."ujar Eliya sebelum beredar ke bilik guru.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomanceTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡