25 & 26

9.6K 284 2
                                        


Sejurus Eliya dan Eddie tiba di rumah Eliya segera menarik Eddie masuk ke bilik mereka.Mujur tengah hari itu ibubapa mereka bekerja jika tidak pasti mereka akan berasa pelik dengan perangai Eliya yang terburu-buru.Eliya menolak Eddie ke atas katil lalu berdiri sambil bercekak pinggan di hadapan lelaki itu.Eddie duduk sambil tergelak melihat telatah isterinya. 'hai Eddie..ni baru kau mintak kerja kat sekolah dia kalau kau kahwin lagi..bukan bercekak pinggang je..silap-silap pisau juga dia bawa sekali..'hati Eddie sudah berkata-kata sendirian.
"baik abang terangkan kat Liya sekarang..kenapa abang mohon kerja kat sekolah Liya?.."soal Eliya serius.Eddie tersenyum lalu menepuk ruangan di sebelahnya tanda menyuruh Eliya duduk di sebelahnya.Eliya hanya patuh.Perlahan Eddie memeluk bahu isterinya.
"abang mohon kerja kat sana sebab nak pantau isteri abang..sebenarnya dah beberapa tawaran kerja abang tolak sebab nak lepaskan Liya SPM dulu..tapi sayang jangan risau ya..abang part-time je kerja sebagai guru..insyallah lepas ni abang akan ambil alih syarikat arwah atuk..sebab semalam ummie bagitahu kat abang yang wasiat atuk Samad ada menyatakan supaya abang mewarisi syarikat tu..nak tak nak,dah wasiat..abang patuh je la.."ujar Eddie sambil membuka tudung sekolah yang dipakai oleh Eliya satu persatu.Eliya hanya membiarkannya.
"erm..kalau macam tu okay la..sebab kat sekolah tu..Liya perasan ramai yang asyik tersenyum-senyum pada abang je..tak kurang juga cikgu-cikgu yang mengatal..sakit hati Liya tau.."ujar Eliya sambil mengerut-ngerutkan dahinya tanda dia betul-betul geram dengan guru serta murid yang cuba mengorat suaminya.Eddie tergelak besar lalu mencuit hidung Eliya.
"kalau tahu geram..kena la layan abang baik-baik.."
"erm..yo la..hah,abang..pergi mandi dulu nanti kita makan sama-sama ,ya?..rasanya ummie dah siap masakkan untuk kita berdua pagi tadi.."ujar Eliya.Eddie hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Eliya bangun lalu mengambil tuala milik Eddie dan menghulurkan kepada lelaki itu namun Eddie segera bangun dan mencapai tuala Eliya dan menghulurkannya kepada Eliya sambil tersenyum nakal.
"hisy..ngada-ngada betul..tak nak la Liya..buat kalau mommy atau ummie balik makan tengah hari..hisy..malu la nanti.."
"oh..maksudnya kalau ummie dengan mommy tak balik..abang ada peluang la ,ya?.."soal Eddie dengan senyuman yang semakin nakal.
"eh..m..ma.mana ada macam tu..malas la nak layan abang.."ujar Eliya lalu ingin beredar dari bilik mereka namun belum sempat Eliya melangkah keluar Eddie sudah menariknya ke dalam dakapan.
"abang sayang sangat kat Liya..abang janji yang abang tak akan sia-siakan hidup Liya dan abang akan jaga Liya sampai ke akhir hayat abang..insyallah..pasal kat sekolah tu..Liya jangan risau..diorang buat apa sekali pun,hati abang hanya milik Liya je..tak kira secantik dan hebat mana perempuan lain tu dari Liya.."ujar Eddie.Eliya tersenyum lalu membalas pelukan Eddie.
"Liya percaya pada abang..tapi kadang-kadang emosi Liya yang susah nak dikawal menyebabkan kadang-kadang Liya hilang pertimbangan dalam sesuatu tindakan yang Liya buat..tapi Liya nak abang percaya juga pada Liya sebagaimana Liya percayakan abang..dah..dah..jangan nak masuk mood emosional sangat..Liya dah nak pengsan dah ni bau abang...busuk!.."ujar Eliya lalu menutup hidungnya dan menyelinap keluar dari bilik mereka.
"sayang!!!..."Eddie menarik muncung panjang lalu masuk ke dalam bilik mandi.
"merajuk pulak cik abang kita tu..ngada-ngada je..nak mintak orang pujuk la tu.."jerit Eliya dari dapur.Eddie hanya tersenyum di dalam bilik mandi mereka.Memang jiran tetangga mereka sudah masak dengan perangai mereka berdua memang bising ketika berada di rumah.Mujur ibubapa mereka tidak berada dirumah jika tidak,pasti mereka berdua akan dimarahi oleh mommy dan umi mereka.

****************

Setahun kemudian..
Eliya berdiri dihadapan pintu bekas sekolahnya sambil menyandang beg berwarna merah jambu.Kini Eliya sudah berimej baru dengan bertudung.Wajahnya yang sedia kala comel dan ayu kini sudah bertambah-tambah comel.Eliya menarik nafas panjang lalu berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolahnya selepas menekan punat pada kunci kereta Jazz bewarna putih,hadiah ulang tahun perkahwinannya dari suaminya tersayang.
"Eli!!!!..."jerit Abby apabila melihat kelibat Eliya yang berjalan menuju kearahnya.Rabiatul berlari anak kearah sahabatnya itu lalu mereka berpelukan dikhalayak ramai.Beberapa mata memerhati mereka berdua namun mereka sudah tidak ambil peduli lagi dengan mata-mata yang memandang kerana sudah hampir 3 bulan Eliya dan Rabiatul tidak bersua memandangkan Rabiatul tinggal di Sarawak manakala Eliya pula di Selangor.
"Abby..rindu la kat kau..lama tak call aku,kenapa?.."soal Eliya sambil mengesat sedikit air mata kegembiraan di tubir matanya.
"eyh..mana ada dah lama..kan baru minggu lepas aku call kau.."jawab Rabiatul.Eliya anya mencebik namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya iaitu kehadiran seorang jejaka yang sejak tadi memerhati mereka berdua sambil tersenyum disamping Rabiatul.
"eh..Abby..siapa ni?.. tak nak kenalkan ke?.."soal Eliya sambil senyum kepada jejaka tersebut.
"ni bakal tunang aku..Farouq..kenalkan ni BFF I..nama dia Rihanna Eliya..Eli,kenalkan Farouq Hisyam.."ujar Rabiatul kepada mereka berdua.
"actually I dah kenal you dah..you ni isteri Eddie kan?.."soal Farouq kepada Eliya.
"macam mana you tau ni?..mesti Abby yang cakap kan?..kepoh betul kawan baik I sorang ni.."ujar Eliya lalu mencubit perlahan lengan Rabiatul.
"tak adalah..actually I'm one of your guest masa hari persandingan both of you tapi I terpaksa balik awal so tak sempat nak berkenalan dengan you.."ujar Farouq menerangkan perkara sebenar.
"oh..you kawan Eddie ya..wait a minute..don't tell me that you jumpa dan berkenalan dengan Abby masa wedding I.."ujar Eliya dengan wajah yang agak terkejut.
"can't lie but it's the truth.."sampuk Rabiatul.
"my gosh..kau ni sempat lagi mengatal ek..tapi apa-apa pun congratulation.."
"thanks.."balas Rabiatul dan Farouq serentak lalu mereka bertiga tergelak.Tiba-tiba bahu Eliya dicuit.Eliya memandang kearah gerangan yang mencuit bahunya itu.Ternyata ianya Eddie.
"hah..kenapa lambat?..kan tahu Liya amik result hari ni.."ujar Eliya lalu memasamkan wajahnya.
"sayang..sorry la..abang baru habis meeting tadi dengan klien.."jawab Eddie sambil melonggarkan sedikit tali leher yang dipakainya.
Eddie kini sudah menjadi CEO baru di syarikat atuk Samad.Kini sudah masuk 3 bulan Eddie memegang tanggungjawab tersebut dengan bantuan Encik Farid dan Encik Harun sebagai bosnya.Dan dalam tempoh itu jugalah Eddi mempelajari serba sedikit mengenai perniagaan.
"wah..abang Eddie dah makin hensem sejak jadi CEO muda ni.."puji Rabiatul.
"oh..ye ke?..terima kasih banyak atas pujian anda tu ye Abby.."balas Eddie sambil tersengih-sengih kepada Eliya.Eliya hanya mencebik.
"eh,Farouq...buat apa kat sini?..bukan ke kau tak ada adik kecil sebab kau anak bongsu?.."soal Eddie dengan riak kehairanan.
"abang Eddie..FYI..ini bakal tunang Abby,okay?.."ujar Rabiatul.Mata Eddie membulat dengan mulut yang sedikit terlopong menyebabkan Eliya yang pada mulanya ingin meneruskan rajuknya terus tertawa melihat wajah suaminya itu.
"what?!...macam mana?..eh..bila korang berkenalan?.."soal Eddie sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"masa wedding kau la,Ed.."jawab Farouq.
"oh..sempat lagi kau mengorat minah ni ek.."ujar Eddie mengusik Rabiatul.
"eh..Abby..Liya..korang tak nak ambil result ke?.."tanya Farouq .
"eh..ye tak ye juga..jom Abby,kita masuk..hah.abang dengan Farouq tunggu sini dulu ye..biar Abby dengan Liya je yang masuk.."arah Eliya kepada dua jejaka tersebut.Mereka hanya mengangguk dan beberapa minit kemudian Eliya dan Rabiatul sudah masuk ke dalam dewan.
"biasa la Farouq..mak buyung tu memang suka mengarah.."ujar Eddie kepada Farouq.Farouq yang mendengar membulatkan sedikit matanya.
"what?!..Is she pregnant?.."soal Farouq dengan wajah yang ceria.
"yup..tapi baru 2 bulan..tu yang tak nampak sangat..masa first time tau yang dia pregnant..semua orang happy tapi dia seorang menangis sebab katanya nanti takut masa nak ambil result SPM,semua orang tahu..sibuk sangat nak rahsiakan perkahwinan ni..padahal dah habis sekolah dah pun.."beritahu Eddie sambil tersenyum.Farouq turut tergelak mendengar cerita rakannya itu.
"aku gembira untuk kau..nampaknya tak lama lagi aku dengan Abby bakal jadi aunty dan uncle la kan?.."ujar Farouq.Eddie tersenyum sambil mengangguk.

Sebulan yang lalu..
Puan Marina dan Naimah duduk disebelah Eliya sambil mengurut-urut bahu dan lengan gadis tersebut.Eliya kelihatan tidak bermaya dan lemah.Eddie berlari masuk ke dalam rumah sejurus tiba dari pejabat.Mujur dia tidak mempunyai apa-apa mesyuarat hari ini jadi dia boleh 'cabut' dari tempat kerjanya memandangkan dia adalah bos maka tak susahlah untuknya keluar sesuka hati.
"Liya..Liya..jangan tinggalkan abang..Liya jangan buat abang macam ni.."ujar Eddie cemas sambil melutut disebelah Eliya yang sedang berbaring di katil.Eliya yang sakit memegang perut cuba menahan tawanya.Pasti Puan Naimah yang menokok tambah cerita mengenainya yang sakit.Almaklumlah ibu mertuanya itu 'drama queen',segalanya yang diceritakan oleh Puan Naimah pasti dahsyat.
"Liya..kenapa Liya pegang perut?..sayang sakit sangat ke?..abang bawa pergi hospital,ya?.."soal Eddie kedengaran lebih cemas berbanding sebelumnya.Puan Marina yang risau hanya berdiam diri sambil tangannya memicit-micit kepala anak perempuannya itu.
"abang..Liya okay la..cuma pening dengan loya je..tak tahu kenapa..salah makan agaknya.."ujar Eliya sambil tersenyum sedikit bagi menenangkan hati si suami yang kelihatan cemas itu.
"oh..kalau macam tu..biar abang bawa Liya pergi klinik,ya?..macam teruk sangat je abang tengok.."ujar Eddie sambil membantu Eliya bangun dari pembaringannya.Eliya cuba berdiri namun dia tidak berdaya dan akhirnya Eddie mencempung Eliya ke dalam kereta.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba disebuah klinik swasta berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.Eliya dirawat oleh seorang doktor wanita.Selepas melakukan beberapa ujian doktor wanita itu duduk sambil tersenyum.Eddie dan Eliya saling berpandangan kerana perasaan pelik dengan doktor tersebut.
"jadi..macam mana dengan isteri saya,doktor?.."soal Eddie dengan perasaan ingin tahu.
"tahniah..isteri encik disahkan pregnant..dah masuk sebulan dah pun kandungan Puan Eliya.."ujar doktor tersebut dengan perasaan teruja.
"ye ke doktor?!..alhamdulillah..sayang dengar tak?..kita bakal jadi ibu bapa.."ujar Eddie sambil mengoncangkan bahu Eliya perlahan.Eliya hanya tersenyum kelat sambil mengurut-urut sedikit kepalanya.
"ops..sorry..ter-over excited pula.."ujar Eddie kepada Eliya.Doktor wanita itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah ibubapa muda dihadapannya itu.
"jangan lupa ambil ubat didepan ya?..lagi satu..elakkan Puan Eliya dari stress atau buat kerja-kerja berat dalam 3 bulan ni memandangkan kandungannya masih belum kuat.."ujar doktor wanita yang bernama Dian itu.Eddie mengangguk sebelum keluar dari bilik doktor dengan hati yang berbunga-bunga.Eliya hanya menggeleng melihat telatah suaminya yang terlebih excited itu.

Jangan !!! Dia SuamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang