Pintu dewan hotel tersebut yang terhias indah dibuka oleh para petugas hotel tersebut.Buat seketika Eliya merasakan dirinya ibarat Cinderella yang masuk ke istana putera raja buat pertama kalinya.Sejurus mereka berempat masuk semua mata tertumpu kepada Eliya yang kelihatan amat jelita dengan gaun labuh dan selendangnya yang bisa menawan hati sesiapa sahaja yang memandang kearahnya.Tiba-tiba Zafril berjalan kearah Eliya sambil tersenyum.Eliya memandang Eddie dengan pandangan mengharap agar suaminya itu tidak bersangka buruk kepadanya dan dia menghela nafas lega apabila Eddie tersenyum dan mengangguk.
"Anna..you look fabulous tonight..Zack suka tengok Anna pakai baju ni..nampak ayu sangat...rasa macam tengok bakal pengantin untuk Zack je.."ujar Zafril mengusik.Eliya hanya tergelak kecil mendengar dirinya dipuji sebegitu. 'Zack..zack..kan tau yang Anna ni memang pantang dipuji..nanti ada pula yang terbang melambung malam ni sebab pujian Zack tu..'hati Eliya berkata-kata.
"iye la tu..Zack pun apa kurangnya..dah macam pelakon korea dah ni..hihi..Anna rasa macam tengah berlakon dalam cerita Boys Over Flower je tengok gaya Zack ni.."ujar Eliya ikhlas.Sememangnya dia akui bahawa Zafril kelihatan sungguh kacak dan bergaya malam itu tambahan pula dengan wajahnya yang sediakala menawan pasti dapat memikat mana-mana gadis yang melihatnya.
" ada-ada aje Anna ni.."ujar Zafril sambil tersenyum. 'huh..dah kembang la tu..pantang dipuji sedikit terus kembang semangkuk..Zafril..Zafril..tau tak Anna ni dah kahwin..dan Zafril bakal kecewa tak lama lagi..jangan la buat Anna serba salah untuk bongkarkan rahsia perkahwinan Anna ni..Anna takut Zafril kecewa nanti..'hati Anna berkata-kata.
"jom Anna kita duduk sana.."ujar Zack lalu membawa Eliya menuju ke sebuah meja yang terletak berdekatan dengan pentas.
"Zack..erm..Zack kan sekarang ni patutnya dah start sambung belajar kan?..macam mana boleh join prom form 5 ni?.."soal Eliya sedikit pelik.
"hurm..ingatkan Anna dah tak sudi nak ambil tahu pasal Zac lagi..sejak dari kes Langkawi tahun 2 tahun lepas..Anna kan dah mula jauhkan diri dari Zack.."ujar Zafril dalam nada sayu namun dia menutupnya dengan senyuman yang jelas dibuat-buat.Eliya sudah kehilangan kata-kata.Dia hanya mampu tersenyum tawar melihat wajah bekas kekasihnya itu. 'maaf Zack..Anna betul-betul dah susahkan hati Zack..tapi Anna terpaksa sebab Anna dah berstatus isteri orang sekarang..'.
Malam itu pelbagai acara telah disusun atur oleh pihak yang bertanggungjawab terdiri dari bekas pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah mereka.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera para senior sekalian..saya Hani,selaku MC anda hari ini..tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang pagi tadi..erm..jangan tanya saya tentang result okay?.."ujar pengacara majlis yang bernama Hani itu.Para tetamu yang hadir turut tergelak mendengar celoteh Hani.
"okay..saya tahu..anda pasti rindu dengan cikgu hot kita kan?..siapa lagi kalau bukan cikgu Eddie Ryqarl..jadi,hari ini sayya dengan segala hormat menjemput cikgu Eddie untuk memberi sepatah dua kata kepada bekas pelajar-pelajar beliau dan membuat persembahan untuk kami.."ujar Hani dan disambut dengan sorakkan para pelajar.Eddie sedang berbual dengan pengetua sekolah,Encik Fuad ketika namanya disebuat oleh Hani.Eddie memandang sekeliling sebelum membulatkan matanya sambil menunjuk kearah wajahnya sendiri.Apabila semua pelajar bersorak-sorak menyebut nama Eddie,Eddie hanya menggelengkan kepalanya tanda dia menolak namun Eddie terpaksa bangun disebabkan oleh cikgu Junaida yang tergedik-gedik menarik tangannya menuju ke pentas.Eddie memandang Eliya dengan wajah meminta simpati namun Eliya turut tergelak sambil mengangkat bahunya.Sejujurnya Eliya agak cemburu melihat gelagat cikgu Junaida yang agak keterlaluan itu namun dia percaya akan suaminya yang setia kepadanya.
"assalamualaikum semua..apa khabar?.."soal Eddie kepada para pelajarnya.Semua pelajar menjawab serentak.
"baik!!.." dan ada juga para pelajar perempuan yang tergedik-gedik mengambil gambar Eddie yang sedang bercakap diatas pentas.Eliya hanya tersenyum memandang Eddie dan suaminya itu turut membalas senyuman tersebut.Zafril memandang gelagat pasangan tersebut dengan perasaan yang aneh. 'diorang ni macam ada apa-apa aje..aku kena siasat ni..kak Maria pun pernah nasihat aku suruh putus dengan Anna..pasti ada apa-apa ni..'hati Zafril berkata-kata.
YOU ARE READING
Jangan !!! Dia Suamiku
RomansaTareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡