37 & 38

8K 251 4
                                    

Eliya tersedar keesokkan harinya.Cahaya matahari yang memancar dari tingkap membuatkan mata Eliya sukar untuk dibuka namun dia mencuba buat kali kedua akhirnya dia berjaya.Eliya memandang sekeliling kelihatan Zafril sedang tidur dalam keadaan duduk beralaskan lengan disamping katilnya.Perlahan lengan Zafril dicuit.Zafril berpisat-pisat bangun.Terpancar keletihan diwajah kacak itu.Zafril tersenyum kelat.

"dah bangun.."ujar Zafril.

"Anna kat mana ni?..mana orang lain?.."soal Eliya pelik.

"Anna kat hospital..mak ayah Anna balik sekejap..nanti diorang datang sekejap lagi.."ujar Zafril dalam nada ceria yang dibuat-buat namun Eliya terasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan apabila dia memandang Zafril yang cuba melarikan pandangannya.Eliya meraba perutnya.Terasa lain macam sahaja.Dia cuba bangun namun terasa sakit.

"Zafril..baby saya tak apa-apa ,kan?"soal Eliya.Zafril mendiamkan diri.Dia melarikan pandangannya kearah lain bagi mengumpul kekuatan.

"Zafril..saya tanya awak ni..baby saya tak apa-apa ,kan?"soal Eliya sedikit mendesak.Zafril memandang Eliya dengan wajah sayu.

"baby awak dah tak ada lagi..maafkan saya..baby awak tak dapat diselamatkan.."balas Zafril perlahan.Eliya tergelak besar.

"awak jangan berguraulah,Zafril..saya tak suka dengan gurauan awak tu.."ujar Eliya.

"saya tak bergurau Eliya..baby awak memang dah tak ada lagi..awak..awak keguguran sewaktu awak jatuh semalam.."jawab Zafril.Eliya tersandar dikatil dan satu per satu air matanya gugur.

"sabarlah Anna.."pujuk Zafril cuba menenangkan Eliya.Pintu bilik wad terkuak dari luar.Kelihatan wajah Puan Naiman dan Encik Farid dimuka pintu.Zafril bangun dari duduknya lalu beredar dari situ bagi memberi ruang buat ibubapa mertua Eliya untuk berbicara dengan menantunya itu.Sejurus Zafril keluar dari bilik tersebut Puan Naimah memeluk Eliya.Air matanya juga menitis kerana kehilangan cucu sulungnya dan yang lebih membuat hatinya sedih adalah keadaan rumah tangga Eliya dan Eddie.Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku namun dia dapat rasakan rumah tangga mereka sedang bergolak memandangkan Eddie sejak semalam tidak pulang ke rumah mahupun menjawab panggilan telefon.Encik Farid menenangkan Eliya dan Puan Naimah walaupun hatinya juga turut sedih dengan apa yang terjadi namun dia harus kuat agar dia dapat menenangkan dua orang wanita itu.

Eddie tersedar dari tidurnya tepat jam 9 pagi.Dia menolak selimut yang menutupi separuh badannya.Semalam dia telah menginap di hotel bagi menenangkan fikirannya sendirian.Dia memandang telefon bimbitnya buat seketika.Sejurus Eddie menghidupkan telefon bimbitnya terdapat 70 missed call dan 12 mesej.Eddie mencampak telefon bimbitnya ke atas katil sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Dia malas mahu memikirkan masalahnya buat masa ini dan dia ingin lari jauh dari masalahnya.Beberapa minit kemudian Eddie keluar dari bilik mandinya lalu dia mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon setiausahanya bagi memaklumkan bahawa dia tidak akan masuk pejabat hari ini namun hatinya bagai tertarik-tarik untuk membaca mesej yang terakhir dari Farouq.

Eddie baliklah..lawat isteri kau kat hospital..dia keguguran dan dia amat memerlukan sokongan kau sekarang ni..tolak tepi dulu masalah korang..buat masa sekarang ni kau baliklah..apa pun terjadi dia masih isteri kau,Ed..

Telefon bimbit yang berada didalam tangan Eddie jatuh berkecai diatas lantai.Eddie terduduk dibirai katil. 'anak aku..Eliya dah keguguran..anak aku dah tak ada..'hati Eddie berkata-kata.Sekali lagi air matanya menitis.Hatinya berkecai sekali lagi.Kini satu-satunya bukti cinta mereka sudah tiada lagi.Zuriat yang ditunggu-tunggunya sudah tinggal kenangan.Bahu Eddie terhenjut-henjut dalam esakkannya.Segalanya dilepaskan saat itu.Hanya tuhan yag tahu betapa sedih dan kecewanya sekeping hati milik Eddie Ryqarl.

*********************

Eddie berdiri dihadapan bilik wad yang menempatkan Eliya.Nafas ditarik dan dilepaskan. 'Eddie..kau kena kuat..'hatinya berkata-kata sebelum dia menolak perlahan pintu tersebut.Kelihatan Eliya sedang duduk sendirian sambil memandang kearah beberapa pasangan yang sedang mengendong bayi mereka diluar tingkap biliknya.Perlahan air matanya menitis lagi.Hati Eddie juga turut tersentuh melihat keadaan isterinya namun perasaan marahnya berjaya melawan rasa kasihan tersebut.Eddie berdehem beberapa kali membuatkan Eliya memandang kearahnya.Air mata Eliya mengalir laju sejurus melihat wajah yang amat dirinduinya itu.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now