FINAL PART

17 1 0
                                    

Setiap hari... setiap hari aku menemani Hong Gi dihospital. Seakan-akan aku tidak boleh berpisah dengan dirinya. Tetapi mungkin pada hari ini akan menjadi hari terakhir aku melihat dirinya. Aku tidak sanggup meninggalkan dirinya dan aku ingin selalu disampingnya. Pada pagi itu aku berlari dapatkan Hong Gi yang sedang duduk termenung di bawah pokok dan melihat sekumpulan burung merpati sedang asyik mematuk makanan yang diberi oleh pakcik yang menjadi penukang kebun hospital itu.
"Awak"  sergah Shin Hye kepada Hong Gi yang asyik termenung jauh dari tadi.
"Hari ini, hari terakhir awak disini bukan?" Shin Hye tergamam apabila mendengar kata-kata Hong Gi tersebut. Bagaimana lelaki ini boleh tahu. Aku tidak pernah memberi tahu hal cuti musim panas aku berakhirnya bila. Shin Hye hanya mengangguk dan terus menolak kerusi roda Hong Gi.
"Tidak mengapa tahun ada lagi, saya boleh datang lagi menjenguk awak dan teman awak setiap hari seperti sebelum ini". Hong Gi hanya tersenyum kelat mendengar 'teman awak setiap hari sebelum ini'  adakah sempat dia teman aku selepas ini. Aku berharap sempat.
"Betulkah?"
"Betul, awak jangan risau"
"Saya harap bergitu"
"Apa maksud awak"
"Setiap yang datang mesti akan pergi, dan yang pergi pasti akan pergi dan terus pergi" . Shin Hye tertanya-tanya apakah yang di maksudkan olehnya. Sudah aku kata tadi aku akan datang menjenguknya.
"Awak tidak perlu risau, saya pasti akan datang" 
"Adakah awak pasti?"
"Saya... saya pasti"
"Baguslah kalau bergitu, saya gembira mendengarnya"
"Awak nak tidak mahu lihat apa-apakah?"  Shin Hye berhenti menolak lalu menghadap muka Hong Gi. Shin Hye terperanjat apabila melihay rupa Hong Gi bergitu pucat dan tangannya sejuk. Shin Hye mula berasa risau melihat keadaan Hong Gi sedemikian.
"Kenapa dengan awak, awak nak air kah?"
"Tiada apa-apa, saya mahu awak disamping saya. Tolong jangan kemana-mana saya nak awak bersama saya selama-lamanya saya tidak mahu kehilangan awak" . Hong Gi menitiskan air mata seraya memegang erat tangan Shin Hye agar Shin Hye tidak kemana-mana dan tidak mahu hilang dari pandangannya. Shin Hye sebak melihat reaksi Hong Gi sedemikian lalu memeluk tubuh Hong Gi. Mengapa badannya mengigil seolah-olah dalam kedinginan.
"Saya bawak awak ke bilik ya, saya teman awak dan panggilkan doktor untuk awak" . Dengan pantas Shin Hye menolak kerusi roda tersebut lalu menyuruh jururawat membawanya ke wad kecemasan.

                 

Pada pagi itu, Shin Hye membawa bekal untuk Hong Gi sarapan. Hati Shin Hye bergitu gembira apabila dapat meneruskan niatnya untuk bersama Hong Gi kerana kebenaran Appa dan Omma agar Shin Hye dapat menemani Hong Gi di hospital supaya Hong Gi bersemangat untuk beransur pulih. Shin Hye berlari sambil menjinjing bekal yang dibawa untul Hong Gi. Atuk tersenyum melihat cucunya yang bersemangat pergi menemani budak lelaki itu. Tuhan... janganlah kau pisahkan mereka berdua dan kuatkanlah jodoh mereka untuk kekal bersama.

Shin Hye membuka pintu bilik Hong Gi. Shin Hye melihat Hong Gi sedang enak tidur di atas katil. Shin Hye tersenyum apabila melihat badan dan muka Hong Gi mula berisi semenjak Shin Hye menemaninya selama ini. Shin Hye mengejutkan Hong Gi supaya bangun dari tidurnya. Hong Gi masih tidak sedar. Malahan kaku seolah-olah tidak dengar apa-apa. Shin ahye mula panik melihat keadaan Hong Gi itu. Berkali-kali Shin Hye memanggil nama lelaki itu tetapi masih tidak sedarkan diri. Shin Hye mula menangis dan menggoncang-goncang badan Hong Gi supaya bangun dari tidurnya. Tetapi Hong Gi masih diamkan diri dan tidak sedar.
"Yaaa, Hong Gi... bangunlah kenapa dengan kamu. Bangunlah saya perlukan awak dalam hidup saya. Tolong bangun sekarang Hong Gi. Saya cintakan awak saya nak awak hidup dengan saya walaupun awak suruh saya macam-macam dan sakat saya usik saya... saya sanggup kerana saya sayangkan awak". Shin Hye memeluk tubuh Hong Gi seraya menangis teresak-esak melihat keadaan lelaki Hong Gi bergitu. Shin Hye berlari keluar dari bilik memanggil doktor dan jururawat untuk melihat kondisi Hong Gi.

Shin Hye tergamam apabila melihat doktor mencabut wayar-wayar ditubuh badan Hong Gi. Shin Hye terus menghalang perbuatan doktor itu.

"Kenapa cabut jangan cabut. Hong Gi masih hidup Hong Gi baik-baik sahaja bukan?"  Shin Hye mengelap airmatanya dan terus memeluk badan Hong Gi dengan erat.
"Maafkan saya cik, Hong Gi..."
"Kenapa... kenapa dengan dia doktor" . Tangisan Shin Hye membuatkan doktor itu serbasalah untuk memberitahu perkara yabg sebenar.
"Hong Gi... akan dikerluarkan dari hospital ini cik"
"Apa maksud doktor"
"Hong Gi sudah..."
"Doktor tolong jangan beritahu Hong Gi..."
  "Ya, Hong Gi telah sihat dan boleh keluar dari hospital ini dan Hong Gi boleh pulang"  Shin Hye tergamam lalu memandang muka Hong Gi yang tersenyum meleret melihat rupa Shin Hye yang sembab akibat menangis kerana lakonan hebat mereka. Shin Hye menepuk-nepuk badan Hong Gi sehingga Hong Gi mengadu kesakitan kerana dipukul oleh Shin Hye.
"Sampai hati buat saya macam ni."
"Bukan apa, sahaja nak lihat awak sayang saya ke tidak"
"Mestilah saya sayang"
"Yekah?"
"Yaaa... jangan buat macam itu lagi. Macam nak pecah jantung ni tau tak"
"Doktor! Jantung dia nak pecah tolong selamatkan dia sekarang".
"Yaaaaa, janganlah buat lawak bodoh tak kelakar tau"
"Hahahahahahahahaha... kelakar lah awak ni, betulkah awak sanggup kena buli dengan saya?"
"Saya tak cakap sanggup kena buli pun. Saya cakap 'sakat saya usik saya...' bukan buli ya". Hong Gi hanya tetawa kecil melihat gelagat Shin Hye.

"Yaa, chagi! Kajja balik. Oppa tak sabar nak beritahu Omma tentang kita." Bingkas Hong Gi bangun dari katilnya seraya terus menukar pakaian di bilik air. Shin Hye hanya duduk termenung di sofa yang terletak di hujung bilik itu seraya membelek-belek kuku yang baru dikilatnya malam tadi.

Setelah Hong Gi siap menukar pakaiannya. Tanpa sedar Hong Gi telah merapatkan mukanya pada muka Shin Hye yang agak polos itu. Shin Hye terkaku melihat perbuatan Hong Gi sedemikian.

Chupppp!

Shin Hye terus menolak badan Hong Gi lalu mengelap bibirnya dengan belakang tangannya.
"Yaaa, Oppa wae? Aighhkknjjghhh." Rungut Shin Hye lalu menjeling tajam melihat muka Hong Gi. Hong Gi ketawa besar melihat rupa Shin Hye mula merona kemerahan menahan malunya. "Kajja! Oppa nak cakap esok kita kawin!" Shin Hye menepuk-nepuk bahu Hong Gi 'Byuntae' punya perangai... dalam hati tak sabar.






Maaf kalau cerita ini agak pendek. Hehhe takpa julia baru jeee masuk dari dunia wattpad ni. Nanti julia create cerita baru yang panjang! Nae ❤❤❤

Serpihan Bunga Musim PanasWhere stories live. Discover now