47 & 48

10.7K 268 4
                                    

Keesokkan paginya,awal pagi lagi Eddie sudah tercegat dihadapan apartment Eliya.Seperti semalam,Eliya keluar dari tangga kecemasan yang terdapat diluar tingkap biliknya.Gayanya sudah seperti pencuri.Mujurlah kakinya sudah pulih jika tidak pasti susah untuknya bergerak.Sejurus Eliya menjejakkan kakinya ke anak tangga terakhir terdengar satu suara memanggil namanya.

"Anna!.."panggil Zafril dengan wajah pelik. 'alamak!!..kantoi..baik aku pecut sekarang..'hati Eliya berkata-kata lalu dia segera memecut sekuat hati dari situ.Zafril pantas mengejar Eliya.Beberapa mata memandang namun Eliya tidak menghiraukan mereka kerana apa yang penting kini ialah lari dari dua lelaki itu.Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi hon kereta disamping Eliya lalu Eliya pantas menyelinap masuk ke dalam kereta milik Albert sebelum Albert memecut dari situ menyebabkan Zafril terpaksa menghentikan misi mengejar Eliya.Eliya tergelak sambil termengah-mengah apabila dia melihat Zafril yang seperti kalah judi dari cermin sisi kereta itu.Albert turut tergelak.

"wow..you never tell me that you're an execellent runner in Malaysia.."ujar Albert sambil tergelak kecil.

"thank god that both of them didn't catch me..if not..I'll be dead.."ujar Eliya sambil menghela nafas lega.

Eddie keluar dari perut lif lalu menghampiri Zafril yang sedang duduk ditangga.

"Zafril..kau dapat Eliya tak?.."soal Eddie.

"tak..dia dah naik kereta jantan tu..ahh!..bencinya!.."Zafril berkata-kata lalu meraup wajahnya. 'eh..dia ni..bini aku yang lari..dia pula yang frust macam ni..aku bagi penumbuk sebiji kang..pengsan terus..nasib baik aku dah tak salah faham..kalau tak hilang satu gigi dia hari ni..'hati Eddie berkata-kata.

"eh..abang Eddie..Zack..bila sampai?.."soal Rabiatul seakan-akan terkejut ketika melihat dua orang jejaka itu sedang duduk ditangga lobi apartmentnya walhal dia sudah tahu akan kehadiran mereka berdua sebentar tadi kerana Eliya sudah memaklumkan padanya.

"hah!..Abby..kau mesti tahu Anna pergi mana.."ujar Zafril lalu bangun dari duduknya.Eddie juga bangun lalu mereka berdua menutup jalan Rabiatul sebagai langkah berjaga-jaga agar gadis itu tidak melarikan diri seperti Eliya.Rabiatul memandang wajah Zafril dan Eddie silih berganti lalu menelan liurnya. 'alamak!!..Eliya!!..tolong sahabatmu ini..ada dua orang gila dah kepung aku..'hati Rabiatul menjerit.

Eliya masuk ke dalam dewan kuliahnya dengan wajah ceria.Senyumannya melebar ketika dia melihat kelibat Rabiatul yang sudah berada didalam dewan itu.

"hey,beb..macam mana tadi?.."soal Eliya dengan nada ceria.Wajah Rabiatul kelihatan masam mencuka.

"erm..dia..ah..beres dah.."jawab Rabiatul dengan tersenyum kelat.Sepanjang kelas Eliya hanya tersenyum. 'akhirnya Eddie dah terkena dengan aku..hahaha..padan muka hangpa berdua..aik..sejak bila dah jadi orang utara ni..aiseyman..'hati Eliya berkata-kata riang.Selepas tamat kelas Eliya pantas berlari anak menuju kearah perpustakaan untuk berjumpa dengan Albert.Dia harus berkongsi berita gembiranya ini dengan jejaka itu.Sepanjang jalan Eliya menghadiahkan senyuman buat setiap orang yang lalu disebelahnya.Mujurlah dia kini di Australia maka semua yang melihatnya senyum turut membalas senyumannya dan bertegus sapa dengannya.Jika di Malaysia,pasti ramai yang akan mengutuknya seorang yang kurang siuman.Tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik oleh seseorang.

"hey.."ujar Eliya kasar namun dia menikus apabila Eddie mencerlungkan matanya kearah Eliya.Wajah Eddie kelihatan tegang dan jelas tepancar api kemarahan dari sepasang mata milik Eddie.Eliya menelan liurnya beberapa kali apabila Eddie membawanya keluar dari kawasan kolej dan jauh dari orang ramai.

"sekarang ni abang nak tanya dengan Liya..Liya dah puas balas dendam dengan abang?.."soal Eddie dengan nada tegas walaupun perlahan.Eliya membuat muka selamba. 'hisy...jangan-jangan rahsia dah terbongkar..ni mesti si Abby ni tak pandai nak cover aku..masak aku kali ni..'.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now