49 & 50

20.8K 403 39
                                    


"Abang..kenapa dengan abang ni?..tadi pagi okay aje..tiba-tiba buat tak endah aje dengan Liya..ada masalah ke?.."

soal Eliya seakan-akan memujuk Eddie yang sedang menikmati hidangan.Eddie memandang Eliya dengan wajah serius.

"nothing.."jawab Eddie acuh tak acuh sahaja tanpa memandang wajah Eliya walau sedikit pun.Air mata Eliya sudah bertakung ditubir mata namun pantas dia memandang kearah lain untuk mengelakkan air matanya dari menitis.

"Liya dah habis makan ke belum?.."soal Eddie yang masih lagi dingin.Kini perhatian Eddie beralih kepada telefon bimbitnya pula.Hati Eliya semakin sakit dan sedih. 'kenapa dia tiba-tiba berubah semula?..dia baru je berbaik dengan aku tapi kenapa sekarang dia buat perangai lagi ni?..mungkinkah semalam tu hanya lakonan dia aje untuk melembutkan hati aku ..lepas tu dia nak buat hal lagi?..ahh..dasar lelaki..semua sama..'hati Eliya berkata-kata.

"Liya..I'm asking you..dah habis makan ke belum?.."soal Eddie tegas.Pandangan mata Eddie membuatkan Eliya sedikit gerun.Pandangan mata itu mengingatkan Eliya kepada kejadia beberapa bulan lepas dimana Eddie meninggalkan dia terkontang-kanting seorang diri disaat dia amat memerlukan lelaki itu.Sebentar lagi pasti empangan air mata Eliya akan pecah.Dia pantas berdiri.

"Liya nak pergi mana?.."soal Eddie kasar.

"ladies.."jawab Eliya sepatah sebelum dia meninggalkan Eddie.Eddie tersenyum melihat perubahan isterinya itu.Bukan dia tidak perasan bahawa Eliya sedang menahan air matanya dari menitis namun dikuatkan juga hatinya untuk meneruskan rancangannya itu.Sengaja dia tidak memandang wajah keruh isterinya kerana dia takut rancangannya bakal gagal.

Eddie melihat jam dipergelangan tangannya buat kesekian kalinya. 'eh..mana pula dia pergi ni?..'hati Eddie mula tertanya-tany.Sudah hampir setengah jam Eliya pergi ke tandas namun sehingga kini kelibatnya masih tidak kelihatan.Tiba-tiba telefon bimbit Eddie bergetar tanda ada pesanan ringkas masuk.

Maafkan Liya..maaf sebab abang terpaksa datang dari jauh semata-mata sebab nak pujuk Liya..Liya sedar diri..jangan risau..ibubapa kita tak akan salahkan abang lepas ni..Liya akan cakap dengan diorang yang Liya tak nak bersama abang lagi..abang baliklah ke pangkuan dia..mungkin penganti Liya tu dapat membahagiakan abang..selamat tinggal..

Eddie pantas berdiri sejurus membaca pesanan tersebut.Walau banyak mata yang memandang kearah Eddie namun semua itu sudah tidak dihiraukannya lagi.Eddie berlari keluar dari restoran tersebut dan mencari-cari kelibat Eliya dikawasan restoran tersebut namun dia hampa apabila usahanya menemui jalan kegagalan.Eddie mendail nombor Eliya.

"Hello,Liya..abang.."belum sempat Eddie menghabiskan ayatnya,Eliya sudah memotong.

"Liya rasa abang dah jelas dengan apa yang Liya maksudkan itu..Liya tak nak tengok muka abang lagi lepas ni abang..tolonglah jangan mainkan perasaan Liya lagi..cukuplah dua kali abang buat Liya terseksa..abang baliklah ke Malaysia..biarlah Liya hidup dengan tenang kat sini..bye.."ujar Eliya lalu mematikan talian.

"hello..Liya!..Liya!..tunggu biar abang jelaskan.."ujar Eddie namun dia hampa apabila Eliya sudah mematikan talian tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu. 'Ya Allah..kenapa semua jadi macam ni?..aku tak berniat pun nak buat dia sedih..aku cuma..cuma..arrgh..serabut..'hati Eddie berkata-kata sebelum dia meraup wajahnya.Eddie meneruskan pencariannya. 'Ya Allah..tolonglah hambamu ini..aku tak nak kehilangan dia lagi..'sepanjang pencarian Eliya,Eddie tidak putus-putus berdoa.

Eliya masuk ke dalam biliknya lalu menyembamkan wajahnya ke bantal sebelum menangis semahu-mahunya.Diluar bangunan appartmentnya,hujan sudah turun dengan lebat sekali seakan-akan menangis bersamanya.Eliya menumbuk-numbuk bantalnya geram sambil menangis teresak-esak.Tanpa Eliya sedari,dia terlena dalam tangisnya.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now