Haikal Kaizer bin Tengku Rak. Seorang pemuda yg baru sahaja menamatkan zaman universitinya 3 bulan lalu. Hidupnya kini aman, relaks, chillax. Tetapi dia mahukan lagi satu keseronokan iaitu kebebasan.
Haikal bercita cita untuk menempuhi alam kehidupannya secara berdikari. Ya, tanpa pemantauan ibu bapanya. Namun, seperti kebanyakan anak orang kaya dalam drama tempatan, Bapanya bukanlah rela membenarkan keputusan tersebut. Namun, apakan daya kemahuan seorang remaja bukanlah mudah di tepis.
Perjalanan hidupnya di bandar bermula. Dipendekkan cerita, Haikal dapat menyewa sebuah rumah teres yg berada di hujung sekali. Dia gembira urusannya dipermudahkan. Namun dia tidak sedar kejadian yg aneh bakal berlaku.
Sepanjang 2 bulan yg bebas ditempuhi Haikal, dia begitu menikmati kesempatan tersebut. Siangnya bekerja. Malamnya berfoya foya. Begitulah kehidupan yg diinginkannya sejak dulu. Pada suatu ketika dia pulang dari tempat kerjanya, dia ternampak. Ya, di situ. Ada sehelai kertas yg terselit pada pagar rumahnya. Dia mengambil. Dia membaca. Nampaknya kehidupannya tidaklah begitu aman lagi. Surat tersebut jelas menunjukkan notis berbentuk bayaran. Dia tidak mengendahkannya.
30 hari berlalu. Dan di situ. Ya, di situ. Surat yg sama, bentuk yg sama, tarikh yg berbeza.
"Sila bayar, kalau tidak kami terpaksa memotong ...."
Ayat seterusnya tidak kelihatan dek air hujan yg sedikit membasahi sebahagian surat.
Kali ini dia gelisah. Tidak di sangka dirinya akan diperas ugut sebegini. Maka bermulalah episod hitam dalam hidupnya. Dia merasakan siangnya kelam, petangnya suram, dan badannya masam. Keresahannya di laporkan kepada kawannya Yusri.
"Bro. Penyelesaian kepada masalah kita ni jaraknya hanyalah di antara lutut dan bumi. Kita perlu sujud kepada Allah meminta bantuan"
Kata kata tersebut tidak memberi kesan memandangkan haikal 'memang' seorang yg taat akan agamanya.
Dia memikirkan tentang duit dan pembayaran yg terpaksa dilakukan. Ugutan memotong itu juga terngiang ngiang di fikirannya. Sudah terbayang badan dan kepalanya terpisah. Kalau dulunya haikal sering lepak di kedai mamak dan melayan Wifi, kini dia runsing di dalam bilik dan dahinya pula yg berbentuk logo wifi.
Hari berlalu dan tibalah saat tempoh yg termaktub di dalam surat. Tarikh keramat telah tiba.
Pekerja itu memberi salam dan masuk ke rumah haikal serta memutuskan wayar yg menjadi punca bekalan elektrik rumahnya. Barulah dia sedar surat tersebut merupakan
Bil elektrik.
End