Bab 2

78 5 0
                                    


"Kita mahu ke mana?" soal Apai yang sedang membonceng motosikal yang sedang dipandu oleh Eddie. 

"Kita ke syurga!" jerit Eddie sambil memecut laju. 

Terus Apai mengetuk kepala Eddie tanpabelas kasihan. 

"Aduh, sakitlah!" Eddie mengaduh. 

"Itulah kau, tidak pernah serius. Aku tanya betul-betul, kau main-main." Apai mencebik. 

"Aku mahu tunjukkan kepada kau tempat yang indah. Tempat yang sesuai untuk kita berdua!" Eddie menjerit kegirangan sambil membetulkan kedudukan topi keledarnya yang sedikit senget. 

"Tempat apa?" Apai semakin tertanya-tanya. Sepanjang hayatnya bergelar anak tempatan di kawasan ini, dia tidak pernah tahu akan kewujudan tempat indah seperti yang dikatakan oleh Eddie kecuali bilik tidurnya! 

"Nanti kau tengok sendiri," jerit Eddie lagi. Suaranya dikuatkan sedikit supaya dapat menandingi deru angin yang menerjah muka mereka. 

Motosikal Eddie memecah keheningan waktu itu dengan bunyi enjin laksana helikopter yang akan mendarat. 

Cuaca pada hari itu cerah. Awan kumulus bergumpal indah di langit, menambahkan lagi keriangan pada hari itu. Apai segera turun dari motosikal lantas membuka topi keledarnya dengan kadar segera seperti hero animasi TheFlash. 

"Mengapa kau bawa aku datang ke sini?"soal Apai sambil matanya menjamah setiap sudut di kawasan itu. Eddie tersenyum lebar. 

"Inilah 'syurga dunia'aku."

Apai melabuhkan punggungnya di atas dahan pokok tua yang patah. 

"Sepanjang aku hidup disini, inilah kali pertama aku tahu yang Pekan Peranginan ada tempat yang sebegini indah."

Eddie meluaskan pandangannya ke arah utara. Pemandangan dari atas bukit itu sangat indah. Dari sini, mereka dapat melihat keseluruhan Pekan Peranginan. 

Sejak kecil, inilah tempat Eddie mencari ketenangan. Di sini jugalah tempat Eddie menguburkan segala kedukaan yang terpendam dalam jiwanya.Kawasan itu berada di atas puncak bukit. Jalan bagi melaluinya agak landai dan semuanya berturap dengan tar. Tidak sukar bagi para penunggang motosikal datang ke tempat itu. 

Eddie kerap datang ke situ semasa dia masih menuntut di sekolah menengah. Tempat itu juga sunyi sepi. Pernah suatu ketika, Eddie datang waktu matahari masih belum naik. Suasana di kawasan itu dingin dengan hembusan lembut pawana pagi. Udara yang segar dengan embun pagi membuatkan suasana pagi bertambah indah. 

"Siapa yang beritahu kau berkenaan tempat ini?" Apai menggaru dagu. 

"Ayah aku," balas Eddie, pendek. 

"Ayah kau?" 

"Ya, ayah aku. Dia yang membawa aku ke sini semasa umur aku lapan tahun. Waktu itu kami sekeluarga datang berkelah di sini," jelas Eddie dengan panjang lebar. 

"Oh, begitu." Apai berpuas hati dengan jawapan Eddie. Dia cuba menangkap belalang yang melompat di atas rumput. Sesekali Apai terjelepok jatuh kerana ketangkasan dirinya tidak dapat menandingi ketangkasan cik belalang. Eddie ketawa melihat kelakuan Apai. Sahabatnya yang seorang itu memang lucu. Oleh sebab itulah, dia tidak kering gusi apabila bersama Apai. Apai kembali duduk selepas tidak berhasil menangkap walaupun seekor belalang. 

"Kau sudah cari kerja?" Apai bersuara,memecahkan kedinginan pagi. 

"Belum. Itu yang aku runsingkan sekarang." Eddie memeluk tubuh sambil bersandar di bawah pohon ketapang.   



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr CupcakesWhere stories live. Discover now