Bab 1:Berpindah ke Korea
Hari ini hari yang paling sedih bagi Lina.Dia terpaksa berpindah ke Korea kerana ayahnya telah dinaikkan pangkat untuk bekerja ke sana.Lina tidak sanggup untuk meninggalkan rakan-rakannya yg berada di Malaysia.Lagi-lagilah teman rapatnya Farah.Walaupun Farah setiap tahun ke Korea untuk bercuti,tetapi tahun ini Farah tidak dapat lagi ke Korea kerana ayahnya sibuk.Tetapi Lina berjanji dengan Farah,bahawa dia akan ingat Farah tidak kira waktu.
Inilah dipanggil sahabat uang setia...
'Adakah dia akan setia dgn aku tidak kira waktu?' bisik hati Farah.Dia berasa Lina akan mendapat kawan baru di Korea.
Jam sudah menunjukkan pukul dua petang.Lina dan keluarganya bertolak ke KLIA.
Sementara Lina menunggu waktu penerbangan,dia melihat gambarnya bersama rakan-rakan di dalam telefonnya.Sedang dia melihat gambar itu,dia mengingati semula segala memorinya bersama rakan-rakannya.