1

1.1K 61 4
                                    

Jihyo sedang melayan majalah Vogue di ruang tamu.Dia amat bosan dengan kerjanya sebagai seorang model yang terkenal.Sebagai seorang model,dia perlu menjaga berat badannya dan rupanya.

Jihyo baru sahaja berpindah ke Gangnam,kota yang kaya-raya.Selesai sahaja dia menyusun barang-barang dia,dia segera berehat.Jihyo amat letih kerana mengemas barangnya seorang diri.

Dia rasa lagi bosan di Apartment baru dia. Rumahnya berada di tingkat atas sekali iaitu tingkat 15.Pengurus Jihyo yang membayar semua bil-bil Jihyo.Bertuahnya jadi model yang popular...

Bilik Jihyo yang berwarna merah jambu dibuka oleh Jihyo.Jihyo berjalan masuk dan mengambil sebuah kotak berwarna ungu.Ianya hadiah daripada peminatnya dari Hong Kong.

Hadiah Jihyo adalah seutas loket dengan gambar Jihyo di dalam loket yang berbentuk segi empat sama.Senyuman terukir pada bibir pink Jihyo.Amat gembira dia apabila mendapat hadiah daripada peminat.Loket itu dipakai oleh Jihyo secara berhati-hati.

Jihyo berjalan keluar rumah untuk melihat kawasan sekeliling.Dia hanya memakai seluar jeans pendek dengan baju T.Semua baju sesuai dengan Jihyo.Bentuk badannya yang langsing dan kulitnya yang menawan.

Tiada sesiapa di luar.Jihyo baru sahaja hendak masuk tetapi terkejut apabila terdengar ada bunyi kamera menangkap gambar.Jihyo berpaling ke arah bunyi itu dan menjerit apabila ternampak ada 2 orang lelaki sedang menangkap gambarnya.

"Kyah!!!Neo Minchyeosseo?!"jerit Jihyo menimbulkan perasaan ketakutan dalam diri 2 jejaka tampan itu.

Lelaki itu segera berlari dengan kawannya.Jihyo hanya mengeluh lalu masuk ke dalam rumahnya.Dia duduk di atas sofa yang empuk itu lalu membuka televisyen.

"Budak dua orang tu kan...Gila!!!"gumam Jihyo seorang diri sambil menahan perasaan amarahnya.

Saluran asyik bertukar-tukar.Pening kepala orang yang tengok televisyen itu.Jihyo menekan-nekan butang itu tanpa arah tuju.Benci sungguh dia apabila tiada cerita kegemarannya.

Jihyo mengeluh lalu berdiri.Dia berjalan ke arah balkoni untuk menikmati udara luar.Bangunan-bangunan membentuk seperti corak yang cantik.

KLIK!!!

Jihyo memandang ke sebelah.Dia menjerit apabila ternampak lelaki yang sama tadi sedang menangkap gambarnya.Lelaki itu hanya ketawa.

'Gila ke apa dia ni?!Tangkap gambar orang lepas tu ketawa!!!'desis hati Jihyo.

"Nama aku Park Jimin...Jiran baru kau...Aku kerja kat BigHit Entertainment..."Jimin memperkenalkan dirinya dengan ceria.

"Nama aku..."belum sempat Jihyo berkata Jimin mencelah,

"Nama kau Song Jihyo kan?Model yang cantik tu?"teka Jimin dan memandang Jihyo.

Jihyo hanya mengangguk.Jihyo mula anggap Jimin seperti 'idol' yang lain.Dia tidak hairan sebab Apartment ini memang khas untuk pelakon,pelawak dan K-Idol yang lain.

Jihyo masuk ke dalam rumah manakala Jimin hanya memandang rumah Jihyo dan tersenyum. Jimin masuk ke dalam rumahnya dan berlari ke arah seorang lelaki yang sedang membaca majalah.

"Kai!!!Kai!!!Aku jumpa model Jihyo tulah!!!" kata Jimin dengan bangga.

"Dia tinggal kat sebelah ni ke?"soal Kai dan menjongket keningnya.

"Ha'ah...Sebelah rumah kita..."jawab Jimin lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Kai.

"Cantik tak dia?"soal Kai.

"Cantik!!!Takkan hodoh?!"jawab Jimin.

"Kau jangan nak tunjuk perangai byuntae kau pulak..."perli Jihyo seperti tahu sahaja perangai Jimin.

"Kau pun sama je!!!Byuntae!!"marah Jimin dan menjeling pada Kai.

"Apa-apa sahajalah..."

~BERSAMBUNG~

▪Perverts On Nextdoor▪Where stories live. Discover now