JIMIN

1K 37 4
                                    


In This Rain

Park Eun Ah. Seorang gadis yang berdikari dia tinggal bersendirian di Seoul. Ibu bapanya tinggal di Busan menjaga neneknya yang sedang tenat.

Dia bekerja di Seoul untuk mencari duit. Untuk menyara hidup keluarganya yang susah. Dia adalah anak tunggal.

Suatu hari, dia telah dipecat. Dia dipecat kerana dia tidak fokus semasa bertugas. Selalu memecahkan cawan cawan. Dia bekerja sebagai waitress.

Dia tidak fokus kerana dapat tahu bahawa kekasih nya curang. Kekasihnya memutuskan hubungan mereka.

Malam itu, dia berjalan sendirian di dalam hujan. Hari sudah gelap. Sudah pukul 12 tengah malam.

"Kenapa hidup aku susah?" Dia berkata di dalam tangis. Hujan waktu itu seperti mengetahui isi hatinya. Hujan mencurah dengan lebat.

"Kenapa aku kena lalui semua ni? Aku tak kuat. . ." Katanya lemah. Dia menyeka air matanya dari terus mengalir.

Sedang dia menahan esakannya, terdapat sepasang kaki berada di hadapannya. Dia mengangkat mukanya. Seorang lelaki berdiri di hadapannya.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal Eun Ah perlahan. "Saya yang patut tanya awak. Apa awak buat dekat sini?" Kata lelaki itu.

"Saya duduk je kat taman ni."

"Bahaya lah. Cuba awak tengok belakang."

Eun Ah menoleh mukanya. Sungguh dia terkejut. Sekumpulan lelaki beredar dari situ.

"Awak selamatkan saya dari mereka ke?" Soal Eun Ah lagi.

Lelaki itu mengangguk. Dia tersenyum. "Jom saya hantar awak balik? Tak elok lah perempuan duduk dekat luar malam malam."

"Nae..." jawab Eun ah perlahan.

Mereka berjalan menuju ke apartment Eun Ah. "Gomawo. Awak kalau nak datang sini, datang jela eh?"

"Nae. Saya balik dulu tau? Annyeong."

"Annyeong ."

Eun Ah menutup pintu rumahnya. Dia pergi ke biliknya untuk mandi dan menukar pakaian . Takut demam.

Usai mandi, dia pergi ke dapur. Dia mengambil cawan dan mula membuat air. Dia membuat hot chocolate kerana bumi masih lagi dibasahi oleh hujan.

'Awan pun faham perasaan aku .' Desis hati Eun Ah.

-5 hari berlalu-

Eun Ah sedang lena dibuai mimpi. Dia tidur dengan nyenyaknya. Dia masih lagi belum mendapat kerja baru.

Dia terbangun apabila terasa sesuatu berada di pinggangnya. Dia membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila dia tahu sesuatu itu ialah tangan manusia!

"Yahh!!!!" Jerit nya sambil menendang pemilik tangan itu jatuh dari katilnya. "Auchh!! Sakit lah." Rengek pemilik tangan itu.

"Eh. Mian. Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soal Eun Ah. Pemilik tangan itu ialah orang yang menyelamatkan nya tempoh hari .

"Awak kata kalau saya bosan saya boleh datang sini. Saya bosan, saya datang lah." Terangnya.

Pada hari itu, Eun Ah memberikan kunci rumahnya kepada lelaki itu.

"Yelah. Tapi takkan sampai masuk dalam bilik kott!" Jerit Eun Ah. "Mian. Saya tengok awak tidur, saya pulak rasa mengantuk. Hehe"

"Eishh. Dah. Saya nak mandi. Awak keluar." Arah Eun Ah.

"Nae..."

Kemudian, lelaki itu pun keluar. Eun ah mengunci pintu biliknya. Lalu, dia membuka bajunya dan masuk ke dalam bilik air. Dia mandi untuk menyegarkan badannya.

BTS Oneshot [Request OPEN]Where stories live. Discover now