"Ausha..Ausha! Bangunlah!." Suara mak yang masih tak putus-putus memanggil namaku memecahkan suasana hening pagi ini.Mak tak akan habis melaung selagi aku tak bangun.Well,maklumlah anak daranya sorang ni memang terbukti kehebatannya dalam bab-bab bangun tidur ni.Bukan pemalas tapi mata ni hah yang tak mahu celik! "Ausha,bangunlah nak oi! Nanti kalau tertinggal bas tu,hah baru kamu tahu!" Mak masih lagi melaung aku dari dapur." Au..." "Ya mak..Ausha bangunlah ni." Belum sempat mak memanggil nama,aku dah memotong."Hissh..malasnya aku nak pergi sekolah..bukan sebab aku malas belajar tapi mamat kerek plus sewel tu mesti kacau aku..Huh!boleh jadi gila aku!.Rasa macam nak baling je kapak kat atas kepala dia tu! Cepat mampus sikit! Aman dunia"..aku mengomel dalam hati.Lepaskan perasaan benci aku pada Iz Ammar.Mamat kerek plus sewel tu.!
Mataku tertacap pada wajah kaku yang mengukir senyuman iaitu bestfriend aku,Ayunie di dalam frame gambar.Kini dia jauh dariku..Aku di Perak manakala dia di Johor.Fikiran mula teringat pada kenangan-kenangan manis kami.Kenangam yang paling aku tak lupa adalah semasa hari last sekolah.Riak wajah kalutnya jelas terpapar.Mana taknya kasut sekolahnya hilang sebelah.Kalut dia mencari kasutnya itu.Habis satu sekolah ditawafnya gara-gara kasut itu.Ketawa aku terhambur keluar melihat telatahnya itu.Tak kering gusi aku dibuatnya.Sebenarnya aku yang sorok kasutnya.Saja aku menyakatnya.Sebagai moment terindah memandangkan kami akan terpisah tahun hadapan.Akhirnya,nah aku pula yang dikerjakannya selepas aku menceritakan hal sebenar.Jenuh aku berlari keliling satu sekolah.Sampai tak terkira berapa banyak kali aku round sekolah ni.Itulah akibatnya."Kenapalah kau memandai-mandai pergi cerita dekat Ayunie tu!".Aku menyumpah diriku sendiri.Sudahnya,nasib kau la Daria..Habis lengan aku dicubitnya.Aku menyapu lenganku yang sudah bertukar warna kemerah-merahan.Bisanya masih terasa sampai sekarang.Mengingatkan peristiwa itu,aku ketawa.Kelakar.
"Nur Daria Ausha binti Ahmad Hirzi!" Hah sudah! Habis nama aku dilelong pada semua penduduk taman ni.! Punyalah kuat mak aku ni panggil.Terkejut aku dibuatnya.Still in luck! Rumah aku tak roboh.Alhamdulillah."Ya mak..Daria pergi mandi sekarang." Mak ni..orang baru nak berangan sikit pun tak boleh.Itu pun hanya tersekat di anak tekak sahaja.Tidak terluah.Tak baik ingkar kata-kata mak.
Usai sahaja siap berpakaian sekolah,aku terus mara turun ke bawah.Hendak breakfast.Perut dah lapar dah ni."Hai mak.Mak masak apa hari ini?".Mak membiarkan soalanku tidak dijawab.Aku mengambil tempat dudukku di meja makan.Lantas aku membuka penutup saji.Aku tersenyum riang.Wah,mak masak nasi goreng!. My favourite."Mak masak nasi goreng eh?" Saja aku tanya,padahal aku dah tahu jawapannya."Tak lah..Mak masak batu la hari ini!"Cepatnya mak aku ni jawab.Jawapanku meleset ke arah lain."Alaa..mak ni,Ausha saja je.Nak gurau dengan mak." Aku menjawab manja."Mak tahu lah.Tak payah la buat muka bagai.Cepat makan!".Aku lantas bangun mengambil pinggan dan cup."Hai ayah." Sapa aku ceria melihat ayah yang baru turun.Lagaknya seperti baru lepas solat.Ayah membalas sapaanku dengan senyumannya.Segera aku menuangkan air favourite nya.Kopi O sebelum memjamah nasi goreng 'batu'.
"Anak ayah ni bila nak pergi sekolah?". Soal ayah ketika sedang melihat aku larik makan nasi goreng.Memikirkan soalan ayah tadi,aku terus melihat jarum jam tanganku yang sedang berdetik."Alamak! Ausha dah lambat.".Trkejut tahap overdose dah aku di saat ini.Terlintas lagu Kpop Overdose EXO.Boleh pulak time-time macam ni ingat lagu Kpop.Terkocoh-kocoh aku menghabiskan baki nasi goreng yang masih ada di atas pinggan dek kerana jam sudah menunjukkan pukul 6:40 a.m.Sepatutnya aku dah bergerak lebih awal 5 minit lalu."Mak,ayah..Ausha pergi dulu ye.".Aku terus mencium tangan mereka setelah selesai pakai kasut sekolah sebelum bergerak dari sekolah."Thank you..ayah.".Aku mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ayah tadi sambil berlari mendapatkan bas.Aku tak putus-putus doa agar aku tak terlepas bas.Nasib baik aku sempat! Aku menjerit di dalam hati.Lega akhirnya.
♡♡♡♡
"Woi cik kak 'pemalas'! Lambat ke hari ini?" .Tawanya jelas kedengaran.Memerli aku pula ya..Hissh nanti tak pasal-pasal kaki aku ni hinggap kat kepala mamat keret plus bajet ni..Sabar Daria..Sabar! Aku cuba menenangkan diri aku."Woi pekak!".Pekak dia panggil aku?!."Dah la pemalas! Pekak pula tu!"..Woi dia ni dah melebih.Tudungku kebelakang."Hei budak sewel! Asal ko tarik-tarik tudung aku hah?!".Marah aku sambil menjegilkan mata ke mukanya."Lantak aku la nak...! Belum sempat ayatnya dihabiskan,aku terus memijak kakinya."Adui!!Woi sakit lah mereng".Ayatnya sudah berubah.Padan muka kau! Siapa suruh kau kacau aku?! Aku berkata-kata di dalam hati.Tawa aku terhambur keluar.Mukanya lucu ketika ini.Rasakan!
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomansaCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...