Hari ini merupakan hari ke 5 untuk peperiksaan percubaan SPM di sekolah ini. Hari ini merupakan peperiksaan subjek Kimia.
Pelajar 5A1 dan 5A2 di tempatkan di dewan sekolah sepanjang peperiksaan. Hal ini kerana atas permintaan pelajar kelas itu sendiri dan guru - guru. Dengan kelulusan pengetua sekolah, mereka di letakkan di dewan sekolah. Berita penempatan mereka ke dalam dewan membuat pelajar - pelajar lain tidak berani mendekati kawasan dewan sekolah. Ia seperti kawasan larangan yang amat menggerunkan.
"Pelajar - pelajar boleh mula sekarang." Cikgu Suffian memulakan peperiksaan itu.
Sebanyak 5 orang guru yang berada di dalam dewan ini untuk mengawasi mereka. Jadual guru pengawas di susun sendiri oleh pengetua. Ada di antara guru - guru yang merungut kerana terpaksa menjaga peperiksaan ini pada waktu yang sepatutnya waktu rehat mereka. Ada juga guru - guru yang teruja untuk melihat cara mereka menjawab.
15 minit masa berlalu. Perut Zuhair tiba - tiba buat hal. Sebenarnya sebelum dia masuk ke dewan, perutnya sudah pun sakit. Dia sempat ke tandas sebelum masuk ke dewan, tapi tidak sangka perutnya sakit semula.
Dia segera mengangkat tangan untuk ke tandas. Mujur ada tandas yang berdekatan dengan dewan sekolah. Dia kembali ke tempat duduknya setelah selesai. Tangannya kembali aktif menulis. Dia tidak mahu mensia - sia kan masa.
10 minit kemudian, Zuhair kembali merasa perutnya sakit. Sekali lagi dia minta untuk ke tandas. Setelah selesai dia kembali ke tempat duduknya. Dia benar - benar berharap perutnya tidak kembali sakit.
10 minit kemudia kembali sakit. Tetapi di sebabkan masa yang tinggal hanya 5 minit, dia terpaksa menahan. Dia mahu jawab peperiksaan ini bersungguh - sungguh.
"letakkan pen anda sekarang." kata - kata Cikgu Suffian menunjukkan sekarang masa peperiksaan sudah pun tamat.
Zuhair yang sedang gelisah di tempatnya. Dia berharap supaya cikgu cepatlah ambil kertas jawapannya.
Cikgu Wirda mendekati meja Zuhair. Setelah kertas jawapan Zuhair di ambil, dia segera ke bilik air. Semua pelajar tertumpu ke arahnya.
"kamu boleh rehat sekarang. dan masuk ke dewan dalam masa 25 minit untuk jawab kertas 2." arahan Cikgu Suffian.
Pelajar 5 A2 mula berkumpul di hadapan dewan.
"kenapa dengan Zuhair?" soal Nurul Akira.
"entah. dari tadi dia ke tandas. Aku perhatikan kerap juga dia ke tandas." Jawab Lia.
Zuhair mendekati rakan - rakannya.
"kau okey?" soal Nurul Akira sebaik saja melihat Zuhair tiba.
"aku okey. tapi perut aku tak. Penat woo ulang alik ke tandas." Zuhair terus duduk di bangku yang ada di situ.
"hey, you makan apa tadi pagi?" Soal Kai Xian pula.
"i don't know lah." Zuhair tak dapat nak fikir dengan baik.
"Tak apa sekarang kita fokus pada peperiksaan. Kita pelu buat yang terbaik. Ganbatte! (buat yang terbaik!)" Nurul Akira cuba menaikkan semangat rakan - rakannya.
"ganbatte!" serentak pelajar kelas itu.
Meskipun Nurul Akira cuba mempositifkan rakan - rakannya waktu ini, tetapi otaknya ligat berfikir. Seperti ada yang tak kena. Nurul Akira rasa ada sesuatu yang terjadi. Tetapi dia hanya mendiamkan diri saat ini. Dia taknak menjejaskan prestasinya di dalam peperiksaan.
******
Nurul Akira membuka tudung sekolahnya. Dia memang hanya akan memakai tudung di sekolah dan buka tudung itu bila di luar sekolah. Pakai hannya semata kerana peraturan sekolah. Hipokrit!
Mamanya sudah banyak kali cuba memujuk Nurul Akira memakai tudung tetapi tidak di endahkannya.
Badannya di rehatkan di sofa. Penat rasanya. Tertekan pun ada. Siang tadi ketika jawab kertas dua, Nurul Akira di beritahu yang Zuhair berulang alik ke tandas sekali lagi. Dia mahu siasat apa sebenarnya terjadi tetapi bagaimana?
"you are home?" Kata puan Yamada sebaik saja keluar dari dapur.
"Hai." Nurul Akira senyum ke arah Puan Yamada.
"Do you want to have your lunch?" soal Puan Yamada.
"ranci? (makan tengahhari?) hai. (ye)" jawab Nurul Akira.
"good! i'll serve for you. eh, where is Akira?" Soal Puan Yamada sebaik saja melihat anak terunanya tidak di situ.
"maybe he is in bedroom." jawab Nurul Akira.
"ohh." Ringkas saja jawapan Puan Yamada.
Sudah dua minggu keluarga Yamada tinggal di rumah ini. Septautnya hanya seminggu. Tetapi kerana rumah mereka perlu perbaharuan dan banyak baik pulih di lakukan, mereka terpaksa tinggal di rumah itu sehingga hujung bulan ini.
YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teen Fiction"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...