Makrifat Rokok

44 0 0
                                    

Kraut memandang rokoknya sedalam mata helang yang lapar. Sumpah, dia adalah seekor manusia. Dia mahu terbalikkan dunia dengan rokok. Atau rokok yang sedang menterbalikkan dunianya kini? In any case, dia sedang memandang rokok. Dan rokok terbakar dari setiap urat yang wujud. Dia hanya memandang. Tak hisap. Cuma memandang. Perutnya berkata sesuatu kepada kepalanya yang penuh serat dan serabut. Apa maksud kematian ketika hidup tu tanpa abadi? Adakah kewujudan satu perkara yang sia-sia?

Tanpa tujuan yang tetap, dia terus memandang kepada ketandusan, kekeringan dalam kepala. Kemudian mengurutnya perlahan seperti ada Hiroshima yang meletus di kepala. Perlahan, lahan, lahan, lahan...

Dia kembali membaca dengan perlahan. Membaca niat dengan pengamatan yang teliti. Ada seekor semut sedang bergolek dengan bola seakan bumi di atas rokok. Bergolek, golek, golek, golek...

Seperti dia memikul satu berat yang tak ada maksud nyata.

Dengan dengusan kecil, Kraut menyebut perlahan.

"Mungkin ini nikmat termenung dan buang masa."

Prosa, Scalpel dan Anjing-Anjing MenyalakWhere stories live. Discover now