"Sofea? Bangun Sofea, mari kita balik dulu. Mandi-mandi lepas tu datang sini balik kalau Sofea nak datang sini," kejut Datin Alia perlahan sambil matanya memandang suaminya yang sedang duduk di tepi anaknya yang sedang terbaring lena.
Sofea membuka matanya perlahan-lahan dan dia mendapati dia masih atas sofa dimana tempatnya berbaring semalaman.
"Abang Aiman macam mana umi? Dia dah sedar?", tanya Sofea dalam keadaan separuh mamai.
"Aiman masih macam tu lagi, tidur. Tadi abah kamu ada jumpa doktor kejap, doktor bagi tahu dekat abah sesuatu tapi abah rasa tak sanggup nak Sofea tahu benda ni. Tapi disebabkan Sofea isteri Aiman, Sofea wajib tahu benda ni. Umi harap Sofea banyakkan berdoa, minta pada Allah semoga Aiman sembuh cepat," panjang lebar Datin Alia berkata-kata membuatkan Sofea berasa ada sesuatu yang tidak kena.
"Baik umi, apa dia yang Sofea patut tahu tu umi?" tanya Sofea.
"Aiman berkemungkinan koma kerana hentakan yang kuat dekat bahagian kepalanya", jawab Datin Alia tanpa menyembunyikan satu pun.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, Sofea tidak menangis atau pun tidak marah. Dia tenang saja seperti menerima takdir itu dengan redha.
"Kamu tak apa-apa Sofea? Umi tengok rilex aja?", tanya Umi yang pelik dengan Sofea.
"Tak ada apa-apa umi, Sofea redha semua ni berlaku.", jawab ringkas Sofea walau pun dia berasa sedikit sedih.
**********
Selepas seminggu kejadian berlaku
"Abang, Sofea datang ni. Bangunlah bang, Sofea ada benda nak cerita kat abang ni. Selagi abang tak bangun, selagi tu lah abang takkan tahu cerita dia. Abang~ bangunlah, janganlah buat Sofea macam ni", rengek Sofea sambil menggoncangkan lengan Aiman.
Aiman seperti biasa, hanya kaku di atas katil dan dibantu dengan beberapa alat canggih untuk membantunya bernafas.
"Kesian kak Sofea kau wei, hari-hari dia datang sini semata-mata nak kejutkan abang kau yang takkan bangun dah tu", kata seseorang dari luar bilik dimana Aiman ditempatkan dan nama orang itu ialah Halisya kawan kepada Aisyah. Mereka berkerja bersama-sama di bangunan itu.
"Kau siapa nak cakap abang aku takkan bangun dah?! Dia akan bangunlah!!", jerit Aisyah kepada temannya.
"Eh Aisyah, sorry lah beb. Aku tak sengaja nak buat kau marah", Halisya meminta maaf kepada kawan karibnya.
"Emm, tak apa. Sorry aku emosional sikit tadi, k lah aku cau dulu. Nak continue kerja aku", kata Aisyah lalu pergi dari situ untuk menyambung tugasnya semula.
Sofea yang berada di dalam bilik itu seperti terdengar seseorang menjerit dari luar bilik tapi dia menghiraukannya. Dia bercadang mahu melakukan perkara hariannya seperti selalu iaitu membaca yassin dan membaca beberapa surah al-Quran.
Sedang Sofea membaca dengan penuh khusyuk dan memahami maksudnya, Sofea merasakan sesuatu sedang bergerak-gerak. Sofea pantas melihat benda itu, alangkah gembiranya saat itu dimana perkara yang ditunggu-tunggunya berlaku di depan matanya. Tanpa membuang masa, Sofea terus menekan loceng yang terdapat di tepi katil Aiman.
Dalam beberapa saat, seorang doktor dan seorang jururawat datang ke bilik Aiman dengan tergesa-gesa. Doktor itu pantas memeriksa keadaan Aiman yang jarinya sudah bergerak-gerak.
Aiman membuka matanya perlahan-lahan dan orang pertama yang dilihatnya ialah Sofea. Aiman melihat Sofea tanpa berkelip dan ini membuatkan Sofea tersipu malu.
Sofea yang baru tersedar akan sesuatu terus menelefon keluarganya untuk mengkhabarkan berita ini. Dalam setengah jam, akhirnya keluarga besar Aiman sampai di bilik Aiman.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
SonstigesMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...