01 : Kekasih Palsu ?

8.3K 302 7
                                    

Di HOT University Canteen

"Hoi budak ! Kau sini kau !" *Khai selaku senior menunding jari kepada sekumpulan pelajar perempuan junior darinya*

Mereka mula memandang antara satu sama lain .

"Abang Khai panggil siapa do ?"

Mereka semua serentak mengerut dahi

"Entah !" Ain menjawab pertanyaan rakannya . Dia malas mahu layan . Fikirnya lebih baik dia beli makanan daripada menjadi budak suruhan para senior . Dia pun mengatur langkah menuju kaunter kantin .

" Hei ! Cepat datang sini ! Yang tengah nak bayar makanan tu ! " Jerit Afiq pada Ain dan Aisya

"Eh aku ke ?" Pergerakan Ain terhenti sekejap

"Weh Ain ! Kau pergi je lah dekat Afiq tu ! Bising betullah mulut dia tu kalah burung murai" ujar Aisya yang berdiri di sebelah Ain.

Ain akur dengan kata kawannya itu . Dia mengorak langkah menuju ke arah sekumpulan para senior acah acah kacak 🤢

"Ya . Kenapa ya panggil saya ? " Ain membuka bicara dahulu

"Kau sapa ?" Afiq pula menanya pada Ain .

"Hek eleh ! Setakat tanya nama baik tak payah panggil aku ! " Ain bermonolog sendiriran.

"Kau cakap apa?" Afiq mula membesarkan matanya untuk menakutkan Ain. #AcahAcahGarang

"Mata dah besar macam burung hantu, lagi nak besarkan pulak !" Bisik Ain di dalam hati .

"Aku ni tanya kau ! Siapa nama kau ?" Afiq mengulang pertanyaannya lagi .

"Oh maaf maaf . Saya Ain" balas Ain endah tak endah . Dia mengukir senyuman palsu .

Afiq memandang tag nama pada baju Ain .

"A.I.N. Oh Ain" sengaja dia mengeja nama Ain sambil tersenyum sinis

Adam bangun dari bangku . Sorotan matanya mengikut bentuk badan Ain . Memang sah jantan Pervert .

" Dah kenapa pulak mamat ni pandang aku semacam nii ! Aku hempuk jugak dia ni kang"
Bisik Ain di dalam hati . Matanya bergetar . Risau juga dia direnung seperti itu . Ikutkan hati memang nak saja dia lempang wajah si Adam .

"Eh Baby !!" jerit Najia pada Adam . Dia masih jauh dengan Adam tapi suara dia satu universiti boleh dengar .

"Eh sayang !" terkejut Adam mendengar suara kekasih ke berapa pun tak terkira . Risau lah tu perbuatannya tadi kantoi busuk

Najia menarik telinga si Adam . Memang dia dah masak sangat dengan perangai kekasihnya itu . Gatal

"Sakit lah sakit telinga baby ! Ya b janji tak buat lagi. Lepaskan telinga b please sayang." rayu Adam pada Najia . Dia punya tarik tu bukan biasa biasa . Memang auto segar mata

"B teman sayang beli makanan bole ?" Kalini Si Najia pula merayu pada Adam siap buat Puppy Eyes pulaktu

"Ya jomlah sama sama" balas Adam . Kalau ajakan Najia ditolak pasti 100 hari pun takkan habis rajuknya itu .

"Nama kau Ain kan ? Mulai sekarang aku nak kau jadi kekasih palsu aku . No excuses . Tak nak kena nak jugak . Faham !" Ujar Afiq yang menginginkan kata sepakat Ain

"Tapi..." Ain ingin menolak tapi ajakan Afiq membuatnya belah bahagi . Mana tak nya . Sosok fizikal Afiq tak kurang hebatnya . Badannya tegap . Kulitnya putih gebu . Rambutnya ikal . Memang citarasa Ain

"Kau nak tak ?" Afiq menyoal Ain semula

"Saya tak pasti . Tengok lah macam mana"
Ain cuba menjaga harga dirinya . Kalau terus onz nanti kang dikata murah pula .

Ain mengorak langkah meninggalkan Afiq . Hatinya berbunga . Bibirnya mengukir senyuman .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagiamu DeritakuWhere stories live. Discover now