*selepas graduate..Aku dan Ica menunggu kerja.
Aku nak ajak Ica hang out la.Dah lama tak hang out.Whatsapp lah.
Aku: Ica..jom hang out.Aku boring la..
Ica: Jom! Nak pergi mana?
Aku: Cuci mata kat Parkson la.Sambil tu boleh makan kat restoran ayah aku.Dapat diskaun.
Ica: Aku kalau makan free memang aku on je..Jumpa kat Parkson pukul 3 petang?
Aku:Ok..!
♡♡♡♡
Aku cuma memilih untuk memakai blaus hijau epal dan skirt putih.Tudung pula,aku hanya memilih tudung shawl warna peach.Aku meminta izin mak untuk keluar.Kereta Honda Accord silver metalic memecut laju ke Parkson.Selepas parking,aku ke pintu utama.Ica menunggu aku.Aku tengok Ica mengenakan pakaian yang ayu tapi matang.Seluar jeans hitam,blouse putih dan tudung bawal warna ungu lembut.
♡♡♡♡
Banyak kami shopping hari ni.Paling banyak tudung.Aku dengan Ica memang kaki tudung.Kat rumah tu berlambak-lambak warna jenis kain tudung.Kami keluar dari Parkson di pintu utama.
"Buuk!" Siapa pula yang langgar aku ni?! Marah mula mengambil alih diriku."Sorry miss.I tengah rush." Lembutnya mamat yang langgar aku ni minta maaf.Dia membantu aku dan Ica mengangkat barang yang terjatuh.Budiman betul.Dia bangun dan memandang aku."Kau!" Itulah ayat yang terkeluar dari mulut mamat tu.Riak mukanya menunjukkan rasa tak puas hati.Hilang kebudimannya tadi.Aku dan Ica pun turut terkejut."Hoi! Mata kau ke mana hah!Tu la..telinga tu asyik melekat je dengan telefon! Sampai jalan pun tak nampak!Mata ada kau tak nak guna!" Ayat kasar aku mengaum keluar.Mana tak nya.Mamat yang langgar aku tadi tu Iz.Kenapalah malang sangat hari ni? "Aku memang tak sengaja langgar kau lah!Entah-entah kau yang saja nak langgar dengan aku kan?Betul kan?!" Amboi..main lawan-lawan menengking nampak!Please la..aku sanggup langgar tiang daripada aku suka-suka nak langgar kau. "Kau jangan nak perasan.." Belum lagi ayat yang aku ingin keluarkan lengkap,Ica menyuruhku senyap.Jari telunjuk diletakkan di bibir merahnya.Bererti dia memang maksudkannya."Shuut! Kau ni..agak-agak lah.Tempat ramai orang ni kau nak gaduh-gaduh!" Aku akur.Betul juga cakap Ica.Jatuh standard aku nanti.Iz bergerak masuk ke dalam.Aku dan Ica bergerak ke tempat parking kereta kami.Lepas ni,kami nak ke restoran ayah aku.
♡♡♡♡
Aku merebahkan diri di katil selepas menunaikan solat Isyak.Penat keluar tadi.Aku teringat peristiwa Iz terlanggar aku petang tadi.Kenapalah aku mesti kena jumpa dia balik? Aku baru nak enjoy hidup tak ada dia.Selama bertahun-tahun ni aku bebas dari dia.Harap muka je ada harga.Tapi perangai mengalahkan mak ayam kejar orang.Ahhh!kenapa?kenapa? Malangnya hidup aku jumpa dengan mamat kerek tu!
♡♡♡♡
Sarapan pagi ni aku yang sediakan.Simple je.Kuew tiow dengan air milo pekat panas.Selepas siap hidang sarapan,aku memanggil mak dan ayah.Ajak sarapan.Ayah di luar.Baca surat khabar kat taman bunga tu.Mak pula mesti la tak lekang daripada pokok bunga orkid kesayangannya.Dari pokok tu kecik,sampailah besar.Ini baru tepat dengan peribahasa 'bagai menatang minyak yang penuh'.
Sepi di meja makan.Semua cuma menghadap sarapan."Ausha." Ayah bersuara mematikan ruang sepi ketika ini.Aku memandang pemilik suara itu."Ya ayah.Kenapa?" "Ayah rasa ini masanya untuk kamu fikir masa depan kamu." Aku masih tak faham apa yang diperkatakan oleh ayah."Masa depan?Maksud ayah?" "Ayah rasa dah tiba masanya untuk kamu bina rumah tangga kamu sendiri." Benda ni tak payah fikir.Aku tak minat.Buat pening kepala je. "Tapi ayah..I have just graduate.Still waiting for my applying from the hospital.Biarlah jodoh tu datang sendiri." Itu je alasan yang mampu aku bagi. "Ausha..umur kamu tu bukannya makin lama makin kurang.You are 28 now." Alaa..ayah ni.Malasnya aku nak cakap pasal benda alah ni semua."Mak pun setuju dengan ayah.Jodoh tu tak akan datang kalau kamu tak cari.Kamu nak jadi anak dara tua?Your brother have married.You?" Selepas ayah mak pula."Please..hormat keputusan Ausha.Ausha malas lah nak fikir semua ni.Buang masa Ausha je."Kalau ayah carikan..Ausha nak tak?" Tersedak aku minum air milo."Ayah.." aku mencebik."Ye la..ye la..Ayah saja nak bergurau." "Ayah!" Aku terus mencubit lengan ayah.Geram aku dengan lawaknya.Benda ni bukan lawak la.
"Ayah." Aku bersuara setelah suasana kembali sepi."Ermm.." Pendek ayat reaksi ayah."Boleh tak kalau Ausha nak balik kampung ayah.Ausha rindu la kat atok dengan opah." Aku membuat nada manja."Kerja ayah banyak la kat restoran tu." "Abang..jomlah kita balik.Saya pun rindu kat abah dengan umi." Yes! Ni yang aku suka ni.Bila mak masuk campur..mesti ayah tunaikan punyalah.Mak memihak aku."Ok..Kita balik hari Sabtu ni.Ayah ajak kawan baik ayah ikut sekali.Dia tu dah kira adik angkat ayah." Aku dah agak dah..mesti ayah akan setuju."Yey..yey! Balik kampung.Tiada bantahan ayah.Semua on je!" Aku bersorak gembira persis budak kecil dapat hadiah.Mak pun aku tengok senyum sampai ke telinga.
♡♡♡♡
Selepas solat Isyak,aku packing baju.Saja aku cepat-cepatkan."Khamis,Jumaat..Sabtu aku balik!" Aku mengira hari dalam hati."Atok,opah..tunggulah kedatangan cucumu yang comel ini !
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomanceCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...