*kringgggggg*
Bunyi lonceng kedengaran. Tetapi lonceng kali ini pelik. Seperti lonceng latihan kebakaran. Bukan aku sahaja pelik. Tetapi rakan-rakan sekelas aku dan juga cikgu yang mengajar juga pelik, nak dikata latihan kebakaran, dekat luar terlihat dengan jelas yang hujan ribut dan angin kencang melanda.*Dingdongding*
"KECEMASAN....."jeritan kedengaran suara dari pembesar suara, tetapi mereka semua pelik, sebab suara itu kedengaran panik, membuatkan yang berada dikelas menjadi kalut.
"Terdapat 'benda' yang telah menyerang sekolah..." *zassss* belum sempat suara itu iaitu merupakan pengetua sekolah, habiskan pembicaraan dia telah diserang dengan cahaya tidak pasti dengan cahaya apa. Tetapi dengan sekali pintas sahaja cahaya itu telah membuatkan pengetua hancur dan banyak darah yang memercik ke seluruh bilik itu."ARRRGGHHHHH" kedengaran suara jeritan di pembesar suara. Membuatkan Ain bersama rakan sekelas menjadi panik. Mereka semua menjadi lari tidak keruan. Cikgu yang takut tetapi mencuba untuk bertenang supaya dapat mengawal keadaan kelasnya yang semakin tidak terkawal. Mereka semua tidak tahu apa yang terjadi tetapi mereka mendengar jeritan. Jeritan yang tidak pasti apa uang dilihat oleh si penjerit telah membuat satu sekolah S.M.K. Dato Jaafar menjadi tidak keruan disana sini kedengaran jeritan.
Tiba-tiba muncul satu kanak-kanak di kaki lima kelas Ain. Kanak-kanak tersebut dalam lingkungan 5 tahun sedang memegang tongkat yang berpermatakan berwarna merah.
#Ain Pov#
"Satu...." kedengaran suara kecilnya mengira dan terlihat satu cahaya putih keluar dengan perlahan dari permata tongkatnya itu ke arah liyana, tapi tiada apa-apa.
"Dua..." begitu juga yang kali ini tapi kearah Badrul. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Mereka lain pelik dengan kelakuan kanak-kanak itu. Mereka masih memandang apa yang kanak lelaki itu ingin mahu lakukan.
"Tiga...."
*zassss*
Kedengaran bunyi yang dikeluarkan daripada tongkat itu, tapi cahaya kali ini bewarna merah dan dalam kelajuan yang tinggi. Dalam sekelip mata, berkecai satu badan dan mengeluarkan darah memercik ke arah pelajar berdekatan."ARGHHHHH" mereka sekelas menjerit serentak. Kerana cahaya merah yang membunuh itu adalah diarahkan kepada guru kami, guru kesayangan kami. Mereka ketakutan, mereka semua terus turun dari tangga. Kelihatan juga dari kelas-kelas lain yang keluar. Ketika aku sampai ke tangga yang terakhir.
*gerrrer*
Terdapat sesuatu yang berplastik dan mempunyai isi melintas di depan aku akibat ditiup angin yang kuat, dia seperti bergolek-golek didalam plastik itu. Aku berhenti sekejap dan menoleh begitu juga dengan mereka yang dibelakang menoleh ke arah beg plastik itu.Dari plastik itu, seperti ada benda yang cuba untuk bangun. Bangun sahaja dia, dapat dilihat dengan jelas yang tidak jauh dari pemandangan kami, itu seperti benda yang menyerang kami. Bukan..benda yang menyerang kami tadi bukan kanak-kanak tapi patung yang menunjukkan muka bengisnye sedang memegang tongkat. Kami pasti itu adalah patung sebab, ini adalah patung yang kami nampak dalam cerita 'Toys Play' iaitu chucky, watak patung yang membunuh. Tapi yang depan mata kami bukan memegang pisau tetapi tongkat. Tongkat itu dihalakan kepada kami. Aku terus berlari untuk mengelak dari cahaya yang mungkin akan membuatkan aku mangsa seterusnya. Aku menuju ke pagar untuk keluar dari sekolah ini begitu juga orang-orang lain dibelakang aku.
Kami berlari mengikut laluan gajah menyusur, dengan keadaan ribut membuatkan kami terdorong sikit mengikut arah angin. Tapi aku tetap juga berlari.
*hahahahahahaahaha*
Kedengaran suara kecil chucky ketawa di setiap ruangan sekolah melalui pembesar suara.
"Korang tidak akan dapat lari dari aku. Aku sudah memagari sekolah ini dengan sihir aku." chucky ketawa dengan bangga."Korang perlu berkumpul di dewan korang yang besar itu jika mahu selamat!" Amarah Chucky.
Kami yang ketakutan dan percaya terus mengubah haluan kami dengan berpatah balik ke arah belakang sekolah yang terdapat dewan yang besar kerana takut akan menjadi mangsa.
Apabila dekat pada dewan, kami berhenti berlari dan mengambil nafas kerana penat berlari di dalam ribut.
Di dewan
Ramai pelajar dan guru sudah berkumpul. Aku terus menuju ke satu sudut, sambil mulut terkumat kamit membaca ayat kursi, aku memohon kepada Allah supaya dilindungi.Cikgu Faridah yang berbadan agak besar tinggi, iaitu cikgu yang amat anti dengan aku kerana selalu ponteng sekolah sedang berbual dengan rakan seangkatan dengannya.
Kedengaran dengan jelas di telinga aku dia berkata
"Eleyh, hafal ke ayat kursi, sedangkan mengaji pon tidak lepas. Da la selalu ponteng, Allah nak ke Tolong" kedengaran dia mengutuk aku yang berjalan tidak jauh darinya.Aku yang mendengar kutukan itu, hanya memandangnya dengan membalas senyuman tapi hatiku masih tidak lekang membaca ayat kursi. Dia mencebik. Walaupun sekarang aku terasa macam nak lawan mulut dia. Tapi aku tahan je. Sebab lebih baik aku berbuat baik daripada berbuat dosa. Dahlah sekolah di serang mana tahu beberapa minit nanti mungkin aku menjadi mangsa yang seterusnya. Tak ke naiya, mati dalam keadaan dosa melawan guru. Baik aku mendiamkan diri di sudut dinding dewan.
Di satu sudut aku memandang sekeliling dewan yang penuh dengan pelajar dan guru yang masih trauma dengan apa yang mereka lalui tadi. Aku mencari kelibat sahabat-sahabat aku. Yang tidak aku lihat dari tadi. Aku hampa, sebab aku tidak nampak pon batang hidung mereka.
"Jia, Aisyah,Diana, Rozi semoga korang selamat dan bukan mangsa dari salah satu patung jahat itu." doa ku, aku tidak mahu kehilangan mereka.
*tuktuk*
Kedengran mikrofon diketuk. Semua mata terus memandang ke arah pentas. Terlihat ketua pengawas ingin memberi arahan."Semua beratur dikelas masing-masing." dia memberi arahan.
Mereka semua termasuk aku bangun dari kedudukan dan menuju ke arah barisan pelajar mengikut susunan kelas.
Aku menuju ke arah tempat yang selalu aku dan rakan-rakan beratur. Aku terlihat Syikin mengambil tempat aku.
" wei ni bukan tempat aku ke." aky berkata.
" ekh xla..ko sebelah Mariam, aku depan mariam." katanya yang beratur didepan (sebenarnya belakang lelaki)" tapi bukan ni tempat aku, betul la ni.. Kan selalu pendek di depan." kataku sambil mengukur ketingian dengannya.
"Aah la ni tempat ko.. Aku lupa. Yelarlan ko selalu tak datang. Aku da lupa tempat ko" katanya dengan bongkak.
"Lantak aku la nak selalu ponteng ke apa, yang pasti tu tempat aku" aku berkata sambil kami bertukar tempat.
*kih~kih~*
Kedengara suara chucky bergema di dalam dewan. Mereka semua ketakutan. Termasuk aku. Tiba-tiba dewan yang berbumbung terlihat seperti tidak berbumbung dan terlihat chucky sedang memandang mereka semua dengan muka menyeringai."Satu..." chucky mula mengira. Dan tongkat di arahkan satu tempat. Arghhh! Kedengaran suara mereka menjerit. Semua memandangkan ka atas tapi merendahkan badan.
Aku berdoa supaya bukan aku mangsanya. Ayat kursi yang tadinye hafal, bacaanye menjadi tidak tentu hala.
"Dua.." dia mengira yang kedua. Debaran masih menjadi-jadi.
"Tiga..." *zasss* cahaya merah keluar. *blurp* kedengaran darah membuak dan temercik, aku yang jauh sedikit terkena mercikkan itu ke tudung sekolah aku. Mereka yang dekat jangan kata lah dah penuh baju mereka yang berdarah.
Tiba-tiba chucky seperti nak melompat ke arah mereka. Semua bertempiaran lari. Ada yang masuk ke satu bilik terus kunci dan beberapa yang lain berlindung dan menghimpit ke dinding.
*kedegangg*
Bunyi benda jatuh. Rupanya chucky yang berada di tingkat 4 bangunan jatuh di atas bumbung dewan itu."Dah-dah! Kamu semua selamat, sebab kite berbumbung.." kata salah satu cikgu. Mereka semua menarik nafas lega kerana terlupa yang dewan itu ada bumbung. Tapi mereka tidak pasti kenapa tadi dia boleh menyerang dan mereka boleh melihat chucky yang ada di atas bumbung.
TBC
YOU ARE READING
Chucky Menyerang Sekolah?!
FanfictionDia datang tanpa diduga, kedatangannye membawa huru hara. apa semua ni? kenapa dia datang ke sekolah aku?..kawan-kawanku..rakan sekelasku..korang bertahanlah..janganlah mati ditangan mahluk yang tidak berhati perut itu.. 'kite akan berusaha mencari...