Tahun 2011
"Nurul? Bangun nak. Siap cepat.Kita hendak ke rumah majikan ibu ni.Ibu tidak mahu lambat ke sana.Bangun." kata ibu lembut sambil mengetuk pintu bilikku.
"Sabar sebentar ibu." Sahutku tidak mahu ibu telat.
Usai bersiap,aku memanggil ibu untuk tolong memakaikan tudung.Biasalah aku anak tunggal tentulah manja.Ibu hanya tersenyum sambil memakaikan tudung labuh berwarna terang.
Ibu kata aku kalau pakai tudung berwarna cerah cantik sekali.Ah sudah tentulah aku cantik sama seperti ibu.
Ibu mempunyai senyuman yang amat manis.Matanya bulat.Kulitnya kuning langsat.Arwah ayahku tentu gembira dapat isteri seperti ibu.Ah ibu sangat cantik! Cemburu aku!
Sesampainya aku di rumah majikan ibuku.Aku terus mencari seseorang yang tersangat aku ingin temui.
Aku kenal susuk tubuh ini! Mengapa aku berada dia atasnya? Aku menoleh kembali ke arah susuk tubuh yang menangkap aku sebentar tadi.
"Engkau? Lepaskan aku!" jeritku kepada Faris.Bencinya! Aku terus berlari anak menuju ke arah Amin lalu memberitahunya bahawa Faris membuliku.
"Haa! Padan muka!"bisik ku dalam hati.
Aku hanya tersenyum apabila Amin merenung Faris tajam.Faris hanya menayangkan giginya yang tersusun rapi.
Kacak juga si Faris ni.Apa yang aku fikirkan ni?
"Kenapa kau buli dia?Tak baik tau kau ni!" marah Amin.
"Mana ada aku buli dia! Ah malas aku nak layan korang berdua.Baik aku sambung belajar dalam bilik".
"Mari kita ke ruang tamu. Saya ada permainan video yang terbaru."
Sememangnya Faris rajin belajar dan Amin pula hanya tahu bermain sahaja tetapi aku lagi suka Amin kerana dia baik hati.
Kejadian masa dulu masih segar lagi dalam ingatanku.
***
Ibu diterima bekerja sebagai orang gaji di dalam rumah itu kerana arwah ayahku dahulu berkawan baik dengan Tuan Aman iaitu ayah Amin.
Amin ialah anak tunggal keluarga Tuan Aman dan Puan Aisyah.Dia satu tahun lebih tua dari aku.Dia baik hati tetapi kebudak-budakan sedikit.
Aku hairan kerana Amin anak tunggal tetapi ada lagi seorang anak lelaki.Ibu kata dia tu anak angkat.
Namanya Faris.Ibu kata Tuan Aman mengambil dia sebagai anak angkat kerana Faris tu pandai.Nombor satu dalam negeri la katakan...
Dia memang kacak dan pandai tetapi sombong.Menyampah aku! Sikit-sikit jeling.Aku cucuk dengan pisau baru tau!
Hampir setiap minggu aku mengikut ibu ke sana.Seronok kerana aku dapat bermain dengan Amin.
Suatu hari aku terlupa untuk menyiapkan homework yang diberi guru.
"Kenapa kamu lupa? Kan ibu sudah pesan untuk siapkan kerja sekolah kamu sebelum ke sini? marah ibu."Nasib baik rumah kita dekat sahaja".
"Maafkan saya ibu.Saya bukan lupa tapi ada beberapa soalan yang saya tak tahu.Jadi saya bawa sekali ke sini sebab nak berbincang dengan abang Amin.Boleh tak ibu?"
"Iyalah,ibu izinkan."
Aku terus berlari ke arah Amin yang sedang syok bermain Pspnya itu.Hah itu pun dia! bisikku dalam hati.
"Abang Amin? Boleh tolong ajar saya selesaikan soalan Maths ini tak?"
"Abang tak tau lah Nurul.Cuba kamu pergi tanya Abang Faris.Abang tengah sibuk ni."
Aku pun pergi ke bilik Faris.Kelihatan dia sedang membaca buku.Lalu aku pun mengetuk pintu biliknya.
"Abang Faris? Saya ada soalan Maths yang saya tak faham.Boleh tolong ajarkan tak?"
"Masuk."
Itu je yang dia jawab? Punyalah banyak aku cakap.Dia jawab sepatah je! Sabar Nurul sabar bisik hati ku.
"Soalan mana yang kau tak faham tu?"
Kau??? Dia ni memang nak uji kesabaran aku ke apa?
"Yang ini abang." jawabku dengan sabar.Nak aje aku cungkil mulut dia ni.
"Kau ni belajar apa kat sekolah? Soalan senang macam ni pun kau tak boleh jawab.Bodoh ke?"
"Suka hati kau je cakap aku bodoh ye.Kalau tak nak tolong cakap."balas ku kasar.
Aku terus keluar lalu menutup pintu biliknya dengan kasar.
Semenjak kejadian iti aku benci dia.Aku tak nak lihat wajahnya.Bencinya!!!
YOU ARE READING
You complete me
RomanceWalaupun keputusan dibuat secara terburu-buru tetapi Nurul tidak mahu ibunya risau. Nurul sanggup menipu ibunya dengan mengatakan dia sudah dapat kerja tetap dan dia bersetuju untuk berkerja sambilan di syarikat milik cinta pertamanya dahulu,Amin ya...