7 Jalan Zina

197 1 0
                                    

Kes zina, makin hari makin berleluasa. Orang semakin hari semakin tak malu melakukan zina sampai boleh sebarkan kat internet video2 lucah hasil perzinaan mereka yang mereka rakam sendiri. Dan akhirnya terhasillah banyak blog2 yang berbaur lucah.

Kes buang bayi semakin hari semakin meningkat. Ada yang dalam longkang, jamban, semak, hutan, campak dari atas bangunan, tong sampah.

Kes rogol pula? Berapa banyak yang kita dengar? Dirogol beramai-ramai, rogol budak tadika, nenek, adik-beradik sendiri. Ada jugak yang sanggup rogol mak kandung sendiri. Astagfirullah. Dan yang paling teruk pulak kes perempuan rogol lelaki.

Perkara ini dah berleluasa sampaikan budak sekolah rendah jugak terpengaruh. Ada jugak cerita yang budak2 sekolah berbincang macam mana nak raba cikgu perempuan mereka, dan akhirnya, cikgu perempuan itu diraba beramai-ramai. Itu baru sekolah rendah. Sekolah menengah dan universiti tak payah cerita la.

Yang paling memalukan, perkara ini berlaku dalam kalangan UMAT ISLAM sendiri. Apakah punca berlakunya perkara sebegini? Kita akan bincangkan kemudian.

Surah Al israa' ayat 32 yang bermaksud "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk". Cuba baca balik maksud ayat tu. Allah tak kata janganlah kamu berzina tapi Allah kata janganlah kamu MENDEKATI zina. Ini bermakna bukan sahaja zina yang Allah haramkan, malah perkara yang MENDEKATI zina juga diHARAMkan.

So back to the point. 7 jalan zina? Zina ni ada jenis2 dia ke? Bukan macam tu. Maksudnya ada 7 jalan yang mendekati zina dan kita wajib elak dan jauhi jalan2 ini. Apakah 7 jalan itu? Mari kita kupas satu persatu.

1) Pandang-pandang
Ini adalah jalan zina yang pertama kerana dari pandangan inilah akan timbul rasa tertarik, terpikat, mula nak crush bagai. Kalau tak mampu elak pon sekurang-kurangnya rasalah bersalah dan rasalah benda tu berdosa.

Tapi malangnya, hari ini, kita dengan selambanya tidak menjaga pandangan kita. Rileks je kita tengok perempuan tak pakai tudung, lelaki tak pakai baju. Lagi tak malu siap boleh like dan share lagi gambar2 tu.

Kita bukan kena tundukkan pandangan dari orang yang tak menutup aurat malah lelaki tetap kena tundukkan pandangan bila nampak perempuan yang sempurna auratnya. Bahkan kalau perempuan berpurdah yang buat simbol peace tu pon lelaki kena tundukkan pandangan

2) Senyum
Bila dah start usha2, apa lagi. Senyum2 la jawabnya pastu mulalah jatuh hati. Tak pun saje2 senyum bajet macho, bajet cantik. Mulalah letak smiley gn emoticon pelik2. Malu nak start conversation konon. Sebenarnya emoticon ini lah yang menghancurkan hati seseorang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tarbiah Untuk Kita...Umat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now