Abang is going back to Malaysia in two weeks time. Katanya nak tolong aku, umi dan walid prepare apa yang patut untuk majlis aku yang bakal dilangsungkan pada bulan hadapan. Ya, bulan hadapan, aku bakal mendirikan rumahtangga. Dengan orang yang tak pernah aku tahu siapa gerangannya. Itu keputusan aku bila aku sampaikan jawapan pada umi dan walid. Aku tak mahu tahu dan berjumpa dengan si bakal suami sebelum hari pernikahan. Nak jadikan suprise dan pada masa yang sama, aku nak belajar terima dia walau macam mana pun keadaannya nanti. Umi dan walid angguk je. Okay lah tu. Tapi aku selalu mendapat update tentang persiapan dibelah sana dari umi. Tahulah mereka sedang mengusahakan apa, membuat persiapan untuk apa dibelah mereka.
Hantaran pun aku gigih beli sendiri. Senaskah Al-Quran, jam tangan, tasbih kristal dan sejadah untuknya. Ringkas. Suka tak suka, belakang kira. Orang dah bagi, sepatutnya dia terima dengan sebaik mungkin.
Kalau nak cakap berdebar, aku lebih kepada teruja. Teruja untuk mengetahui, siapa yang datang melamarku bulan lepas. Teruju mengapa umi dan walid senang menerimanya. Dan pelik dengan istikharahku. Dalam mimpi, aku nampak seorang lelaki berjubah putih, menghulurkan tangannya kepadaku. Dan aku menyambutnya. Tapi aku tak nampak mukanya langsung. Mimpi itu berlarutan selama 3 hari. Misterilah juga mimpi tu sampai bila aku bangun tidur, aku tercengang atas katil selama 5 minit untuk fikir, siapa dia? Nak je aku tanya umi, tapi aku rasa belum bersedia untuk tahu. Tunggu bulan depan ya, Wani. Nanti kau dapat jumpa suami kau. Eh?
*******
"Abang! This is not funny okay? Peh apa ni mainkan perasaan orang?" Muncung dah sedepa dah bila tengok abang jerit suprise depan pintu. Kata balik 2 minggu lagi!"Dah tak payah nak merajuk sangat. Dah nak jadi isteri orang pun perangai budak budak lagi." Kak Dena disebelah hanya tergelak memerhati telatah kami berdua. Mana taknya, bila berjumpa, mulalah nak bercakar. Pantang ada depan mata, semua benda nak dijadikan hal. Tapi nanti bila cari tempat luah perasaan, masing masing juga yang dituju. Air yang dicincang takkan pernah putus, kan?
Aku menjeling abang sambil tangan ligat membantu Kak Dena yang sedang mendukung Iqram ditangan sebelah kanan dan menjinjit beg plastik ditangan kiri. Abang juga, mendukung Izwan dilengan kanannya dan menjinjit lebih dua beg plastik dilengan kiri. Sempat aku cubit pipi kedua dua anak buahku sebelum mengambil beg plastik dari tangan tangan mereka. Lepas ni, memang maksu gentellah hangpa berdua. No compromy!
Barang dah siap letak di kaunter dapur. Tiba tiba, pinggangku dicuit. Aku yang memang dah sensitif dekat pinggang, apa lagi, melatahlah sambil buka kuda kuda. Bila nampak Kak Dena tergelak, aku termalu sendiri.
"Apalah akak ni. Terkejut Wani. Lain kali bagilah salam."
"Haha sorry sorry. Ni macam mana ni kalau suami yang cuit pinggang? Mau tak ke patah riuk badan dia tu Wani karate?" Kak Dena bercakap bersama tawa yang masih bersisa. Kepalanya digeleng gelengkan.
"Alah akak ni. Spoil mood Wanilah. Janganlah cakap pasal kahwin kahwin ni. Hm." Mulut dah muncung sambil mata pandang Kak Dena. Kerusi meja makan yang boleh memuatkan 10 orang itu ditarik. Boleh berbual sekejap sambil tunggu umi dan walid balik dari pasar. Kak Dena duduk dihadapanku.
"Kena cakap, Wani. Ni akak nak tanya, dah ready belum nak jadi isteri orang?" Kak Dena memecah kesunyian 2 saat itu.
"Entahlah kak. Susah Wani nak cakap. Akak pun tahu, benda ni terlalu mendadak. Tiba tiba Wani kena kahwin. Lagipun Wani tak kenal dia."
"Wani, akak dulu pun bukannya kenal dengan abang Iq awak sangat. Tup tup dia masuk meminang je. Samalah macam situasi Wani. Wani kena ingat, cara macam ni lebih baik dari Wani duk couple sebelum nikah tak tentu arah. Lepas nikah nanti, Wani kenallah hati budi masing masing. Bercinta selepas nikah lagi syok tau kalau Wani nak tahu. Setiap apa yang kita buat, dapat pahala lagi. Percaya cakap akak. Lepas Wani nikah, syurga dah ada dibawah tapak kaki suami. Wani jangan ambil mudah pernikahan. Cuba belajar selok belok rumahtangga. Jadikan rumahtangga Rasulullah S.A.W sebagai contoh dan suri teladan. Bila ada masalah, selesaikan elok elok. Jangan ikut hati sangat, Wani. Belajar cintakan suami Wani sepenuh hati. Insha Allah, Wani boleh."
"Insha Allah kak. Doakan Wani ya." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Otak ligat berfikir. Ya, kalau aku bahagia, dalam masa yang sama, aku bahagiakan orang sekelilingku. Aku bahagiakan umi dan walid. Hati tersenyum. Tiba tiba hon kereta berbunyi dihalaman rumah.
"Yeayy umi dah balik bawa ikan!" Aku melompat girang sambil menerpa kearah halaman rumah. Kak Dena dan abang Iq hanya tersenyum memerhati telatahku. Kalah perangai Iqram dan Izwan!
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...