Najmi bagaikan cacing kepanasan Duduk tak kena berdiri salah. Akhirnya dia mundar-mandir di ruang tamu rumah ibunya.
" Kamu ni kenapa najmie gelisah semacam je cuba bawa bertenang sikit mari duduk sini minum dulu " ujar Datin Zawiyah yang menatang dulang berisi air.
Najmi teragak-agak samada nak berterus terang atau tidak. Najmi meneguk sedikit air. Hatinya cukup gelisah takut ibunya tak dapat terima apa yang bakal dia suara kan sebentar lagi.
" Takde ape lah ma, saja mie rindu dengan mama tu yang balik jenguk mama tu " ujar najmie cuba menyembunyikan hal sebenar.
" ish-ish dah tu yang kamu gelisah sangat tu kenapa ? Mama okey je la kat sini " Soal Datin zawiyah.
" Takde la ada masalah kat tempat kerja lah ma. Ada barang rosak " najmie bohong sunat sebab tak ingin ibunya mengetahui bahawa dia d'sahkan menghadapi penyakit berbahaya.
" Tak pe lah ma, jimie balik dulu sebab esok nak kena pergi tengok tapak projek " Najmi meminta diri untuk pulang kerana tak sanggup melihat ibunya yang mulai curiga terhadapnya.
" Aik cepat nau kamu nak balik. Ha yelaa hati-hati bawak kereta tu, makan minum tu jaga sebab anak mama ni makin lama makin kurus macam orang sakit je " Datin zawiyah menasihati anaknya.
" okey boss, balik dulu ye assalamualaikum " ujar najmie yang dah berada di keretanya.
Haish budak ni orang nasihat taknak dengar laju je pecutnya.
Sebuah kereta mewah memasuki ke halaman rumah. Dato Anuar wilson keluar dari kereta.
" Eh tadi abang rasa macam terserempak dengan kereta jimie kat simpang depan tadi. Dia ada datang ke " Soal Dato' Anuar Wilson.
" Aah, dia balik kejap je saja nak lepas rindu " ujar Puan Zawiyah.
Dato' Anuar wilson masuk ke dalam rumah penat seharian di pejabat.
YOU ARE READING
Maafkan Aku
RandomNajmi seorang pemuda yang kacak paras rupanya dan digilai ramai wanita di zaman sekolah menengah lagi disebabkan kekacakkannya itu dia selalu mempermainkan hati wanita yang tulus menyintainya namun kehidupannya yang indah kini telah suram kerana naj...