PART 1

46 2 0
                                    

Bulat mata lelaki itu memandang jam yang tergantung di dinding kelas . Lagi beberapa minit sahaja lagi loceng akan berbunyi

V: 'Cepatlah loceng!'

Kring! Kring!

Tersenyum lebar lelaki itu tatkala mendengar loceng yang menandakan sesi persekolahan telah tamat . Dengan laju dia mengemas barangnya

V: Yeay balik balik! Balik!!!!!

Jeritannya yang kuat itu membuatkan dirinya menjadi tumpuan . Tetapi V,seorang yang bermuka tebal tidak mempedulikan pandangan mereka

Jimin: Setiap Jumaat mesti dia akan happy bagai nak rak bila waktu balik

Yoongi: Aku pun duk perhati je perangai dia tu ._. setiap Jumaat pasti hormon gembira dia akan meningkat secara mendadak

V: Aku balik dulu ya? Bye korangg!! Annyeong ~~~

Yoongi bersama Jimin menggeleng kepala melihat kerenah rakan mereka itu .

Yoongi: Mengikut kajian,seseorang yang terlalu gembira sewaktu hari Jumaat mempunyai masalah dalaman yang serius

Jimin: Argh banyak ah kau! Kajian tu sangat merepek tak masuk akal! Ada ke V tu ada masalah dalaman?

Yoongi: Tak ah aku cuma rasa begitu . Kalau dia ada masalah dalaman pun...

Jimin dan Yoongi mula membayangkan perkara yang bukan bukan di dala kepala . Mereka berdua menggeleng kepala sambil menggoyangkan bahu tanda geli

-Skip-

< GS 25 >

Pintu kedai ditolak dan sebaik sahaja langkah kaki diatur masuk, mata melilau mencari kelibat seseorang

Ha! Tu dia!

Kelihatan Yeong sedang menyusun barang barang . V tersenyum lebar dan bergerak menghampirinya

Ehem! Ehem!

V: Annyeong Ahn Yeong noona ~

Terhenti pergerakan tangan Yeong . Keluhan dilepaskan . Budak sekolah ni lagi ~ kenapa harus dia datang lagi? Sudahlah Jumaat yang lalu teruk dikacaunya

Yeong: 'Aku kena buat sesuatu untuk buatkan dia tak kenal aku'

Yeong menutup sebahagian mukanya dengan topi .

Yeong: Orang yang kamu cari tak ada . Sila datang lain kali . Terima kasih

Yeong cuba membuat suara orang lain berharap V akan percaya lalu meninggalkannya dengan aman damai

V: Alala noona ~ comelnya suara tu ~ lakonan noona tak menjadi lah ~ I can recognise you okay ~

Yeong menelan air liur . Erk rancangan gagal . Dengan malas dia menghadap V yang tersengih sengih bagai kerang busuk

V: Kwiyeowo ~ comel lah topi rilakkuma yang noona pakai tu rasa nak cubit cubit pipi noona

Yeong: Tak payah mengada . Haihh apa yang kamu buat dekat sini lagi? Nak kacau saya lagi?

V: Eh eh macam tak tahu pula noona ni . Mestilah saya datang sini nak tengok, usha, kacau noona yang kecik comel ni

Yeong menjulingkan mata . Tak pada dengan budak sekolah sudah pandai mengatur ayat mengorat . Jangan harap aku nak cair dengan ayat manis dia tu

V: So..noona apa khabar? Dah 4 hari kita tak berjumpa,miss me?

Yeong: Tak ada masa nak rindukan kamu . Rindukan kucing saya lagi bagus

V: Ala kucing dekat rumah noona tu hari hari noona jumpa tak payah rindu pun tak apa .

Ergh! Nasib baiklah budak musang ni datang hanya pada Jumaat saja . Kalau hari hari mahu Yeong dimasukkan ke dalam hospital bahagia

Shoogi yang juga bekerja pada hari itu hanya tersenyum melihat gelagat Yeong melayan V

Shoogi: 'Yeong Yeong ~ nasib kau lah jadi mangsa'

-Skip-

V meletakkan mukanya ke atas meja sambil mata tidak habis habis merenung Yeong . Yeong nyata tidak selesa dengan renungan itu

Pakk!

V: Adoi! Noona sakitlah ㅠㅠ kenapa noona campak plastik bungkusan roti tu dekat muka saya? Nanti kena mata saya buta tak boleh nak tengok noona dah

V memuncungkan bibirnya . Nak buat muka comel minta simpati dan pada yang sama berharap Yeong akan mencubit pipinya sambil mengatakan "Aaargh comelnya!"

Yeong: Ergh tolonglah jangan buat muka macam tu . Kamu tak akan dapat cairkan saya dengan muka musang tu

V: Tak apa . Noona tak cair sekarang nanti lambat laun mesti noona akan cair seperti ais yang melebur di tengah hari yang panas

Yeong: Tcch banyaklah kamu ni .

Dahi V ditolak sebelum Yeong kembali menyambung kerja .

Shoogi: Yeong tu jual mahal sangatlah . Jangan menyerah kalah V! Teruskan usaha! Hwaiting!

V: I will! Saya tak akan putus asa! Demi Yeong noona!

-Skip-

Perlahan lahan langkah diatur ke dalam rumah itu . Perlahan sampai pijak semut pun tak mati sebab takut ommanya bangkit

"HAA!"

Terlompat V mendengar sergahan kuat itu . Oemgeee janganlah Puan Kim tahu tentang hal ini . Kejap? Sejak bila omma aku suara jantan?

V: Yah! Baek hyung!

Baekhyun sudah terkekek kekek di situ . Memang suka dia mengacau sepupunya itu

Baekhyun: Omma kau dah bising sangat tu! Sejak siang tadi dia asyik tanya kau pergi mana . Haaa dia cakap lagi kan "V balik nanti imo nak libas dia!"

V: Mwo?! Takutnya aku ~ hyung nak tipu aku pun agak lah . Last omma libas aku waktu aku umur 7 tahun sebab tumpahkan kopi panas dekat seluar ahjusshi yang aku benci

Semakin galak lelaki itu ketawa . Sampai tertunduk tunduk dia ketawa . Cerita V itu sungguh kelakar mampu membuat usus perut tercabut

V: Yah shh nanti macam mana omma bangun? Sekali dengan kau kena bebel

Baekhyun: Imo tak ada . Dia dah berangkat ke Gwangju atas hal kerja . So dia amanahkan aku untuk menjaga kau dan juga rumah ni

V: Pfft . Patutlah

Baekhyun: Kau ni,setiap Jumaat pasti balik malam . Wae?

V: Kelas malam lah hyung

Baekhyun: Tcch yelah tu . Kelas malam ke kelas mengusha anak orang?

V terlopong . Bagaimana dia boleh tahu pula ni . Eh dia teka je ni

V: Dah ngantuk ah . Nak tidur bye!

Sshuup! Dengan larian yang laju V masuk ke dalam biliknya . Mengelakkan dari ditanya pelbagai soalan lagi

-Skip-

Shoogi: Yah . Kau ni,janganlah duk dingin je dengan V tu . Berlembutlah sikit

Yeong: Tak ada topik lain ke? Aku taknak serabutkan otak aku dengan nama tu . Dah lah tadi aku hampir gila tau

Shoogi: Haaa eloklah tu gila . Baru lah sweet! Kekekeke

Yeong membaling bantal mengena muka Shoogi . Kurang asam kawan ni .

Yeong: Yang penting aku ni laku juga . Dari kau, langsung tak laku

Shoogi: Melebih kau kan!

Shoogi mula mengejar Yeong dari dalam rumah hinggalah luar rumah . Kurang asam jawa pompuan ni!

Umur dua dua dah lebih 20 tahun tapi perangai haihh

FRIDAYWhere stories live. Discover now