Aku Tunggu Kau

141 5 4
                                    

"Asalamualaikum Ayu, weh bila nak datang? Aku tunggu kau nie. Sampai hati kau. Hahahaha. Pasrah tak ayat aku? " Kedengaran suara Rohayu yang ceria apabila mendengar suara Ayu di corong telefon. "Wah kau, hahahaha. Sabarlah. Ayah aku kerja lagi. Nanti aku datanglah. " . " Alah lambatnya, hahhaha. Takapa aku tunggu. Sampai mati aku tunggu kau kahkahkah " Loyar buruk Rohayu dengan senang hati. " Yeyeye, kau tunggulah aku ye? Nanti aku datang kubur kau kalau kau dah mati . Hahahahah " Balas Ayu berjenaka. " Eh kejam kau. Hahaha. Okylah aku letak dulu. Petang nanti aku ada kelas prep. Bye . Asalamualikum " Rohayu segera menamatkan panggilan apabila Ayu selesai menjawab salamnya. "Alamak , dah nak dekat waktu prep " Desus hati Rohayu apabila menyedari jam hampir melewati pukul 5 petang. Dia terkocoh-kocoh berlari anak ke dewan belajar kerana takut didenda akibat kelewatannya.

Hari Jumaat adalah hari untuk waris melawat anak-anak mereka di hostel. Tetapi tidak bagi Rohayu. Rohayu sentiasa bertemankan air mata apabila kawan-kawannya menceritakan perihal tentang ibubapa mereka. Rohayu adalah merupakan anak yatim piatu . Dia telah kehilangan ibu dan ayah nya sewaktu dia berumur 13 tahun. Ibu dan ayahnya meninggal kerana ditimpa kemalangan . Bermula daripada itu, Rohayu mula hidup berdikari . Dia tinggal bersama ibu saudaranya . Ibu saudaranya hanya datang sekali sekala sahaja kerana rutin harian kerjayanya membataskan dia untuk sentiasa melawat Rohayu . Tetapi dengan kehadiran Ayu iaitu sahabat baiknya sejak dari bangku sekolah lagi , ianya telah mengisi kesunyian hati Rohayu. Malangnya Ayu tidak bersekolah di satu sekolah yang sama dengan Rohayu. Jadi, itu menyebabkan Rohayu sentiasa menantikan Ayu untuk datang melawatnya. Ibu bapa Ayu pula sangat baik terhadap Rohayu . Malah mereka mengganggap Rohayu seperti anak mereka sendiri . Ayah Rohayu, Encik Rahman selalu memberikan Rohayu wang perbelanjaan hariannya di asrama .

"Hei budak. Kau sini jap " Lantang suara Senior Jasmin memanggil Rohayu . Rohayu yang ketakutan segera datang. "Emm emm yaa kak, kenapa kak? " Terketar - ketar Rohayu menyahut . " Huh, lambat betol kau datang. Kau pergi mana tadi ? Penat aku terpekik-pekik , terlolong-lolong panggil kau, kau pergi mana hah? Terjegil biji mata Senior Jasmin . Macam dah nak tersembur keluar " Saya, ke pondok tadi. Tunggu Ayu " Jujur Rohayu menjawab pertanyaan Senior Jasmin. "Huh alasan, kau ni bodoh. Sampai kau mati pun dia takkan datang nak melawat kau . Dah sekarang ni aku nak kau pergi basuh tandas. Ganti tugas aku harini! Aku malas. Pastikan tandas berkilat. Jangan sampai warden Rosmah membebel nanti " Pesan senior Jasmin dengan rakus. "Iya kak " Tanpa membuang masa Rohayu segera pergi mengambil mop dan peralatan yang lain di stor untuk membersihkan tandas.

Selesai membersihkan tandas , Rohayu pun berehat di dormnya . " Pergh boleh patah tulang pinggul aku macamni . Hmm. Apalah nasib aku.Selalu saja bernasib buruk " Rintihnya sendirian.Baru sahaja hendak melelapkan mata , seniornya yang garang itu datang lagi. Kali ini mukanya begitu bengis persis singa yang kelaparan. " Weh Rohayu aku ada perhitungan dengan kau. Kau naik block atas pukul 10 malam. Aku tunggu kau . Berani kau ya cari masalah dengan aku ! Kau memang nak mati budak " Jerkahnya . Rohayu yang ketakutan menangis teresak-esak. Apa salahnya diperlakukan demikian. "Kenapa kak? Apa salah saya? Saya dah cuci tandas . Semua kerja yang kak suruh yang sebelumnya semua saya sudah siapkan " Balasnya untuk membela dirinya. "Oh, dah pandai melawan ya? Kau nak tau tunggu malam ni . Ingat pukul 10 malam. Kalau kau tak datang teruk kau aku kerjakan"
Ugut seniornya itu yang perangai serupa hantu langsuir itu. Fatimah , teman sedorm Rohayu segera datang untuk menenangkan Rohayu setelah Senior Jasmin berlalu pergi. "Rohayu, kau okey ke? Kau tkpyhlah pergi malam ni. Nanti terok kau kena dengan mak singa tuh. " Pujuk Fatimah.
"

Tak boleh Fat, aku kena jugak pergi. Nanti teruk lagi. Kau teman aku ya. " Pinta Rohayu sambil tersedu - sedu menangis . "Haah yaya. Aku teman " Balas Fatimah sambil mengusap kepala Rohayu untuk menenangkannya .

Aku Tunggu KauWhere stories live. Discover now