Kheairil mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Memang tiada adab-adab memandu kereta si Kheairil ni. Baik lah tu, dengan isteri sendiri pun hura-hura tambahan bila di atas jalan raya. Mujur lah Aifa tak muntah hijau. Gaya Kheairil memandu macam lah Melati Holdings tu dah nak cabut lari. Haih la Encik Suami.
"Awak. Saya nak tanya sikit boleh tak? Sikit je tak banyak pun." Aifa meminta izin dahulu sebelum bertanya. Takut nanti makan leteran suami terbenci tu.
"Tanya apa? Dah sampai kan. Baik kau buka pintu tu pastu angkat bagasi kau naik atas. Aku nak cepat ni." Banyak mulut tau minah ni. Hidup dia memang penuh dengan tanda tanya agaknya.
"Yelah. Awak hati-hati memandu tu. Ingat orang yang sayang awak sikit." Ayat Aifa ini mendalam maksud dia. Kheairil ni nak dengar pun tak, apa lagi nak faham.
"Dah cepat la ambik bagasi kau tu kat belakang. Aku balik nanti kau masak sedap-sedap tau. Around 8 o'clock." Sempat lagi pesan ayat-ayat perintah. Wait for a minute, Kheairil ni rasanya rindu masakan Aifa sebab dekat Pahang dah jadi rutin harian mak mertua dia yang masak. Hahahahaha. We knew it Khe.
"Tengok la kalau saya rajin. Kalau saya tak rajin awak balik goreng telur ja tau. Bye. Muah muah." Aifa bikin panas pulak. Sengaja cari sarang tebuan. Sempat lagi bagi kenyitan maut kat Kheairil. Nasib Kheairil hati batu punya orang. Kalau tak dah berterabur iman.
Kheairil segera menutup tingkap kereta kesayangannya. Dalam fikirannya, buang masa sahaja melayan idea busuk Aifa untuk mengenakannya. "Ergh. Ingat aku cair apa. Puih!" Kheairil membuat mimik muka seakan meludah. Eleh, kalau ludah betul pun kena hidung sendiri balik agaknya. Bukan setakat hidung. Mata, telinga, dahi dan dagu sekali dia sapu nanti.
Aifa memerhati kereta Kheairil sehingga hilang dari anak matanya. "Ouh. Nak makan rupanya, dia nak makan kita bagi dia makan. Jangan awak meleleh dah lah ya sayang." Aifa segera menutup pagar dan mengusung bagasinya masuk ke dalam rumah.
__________________________
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Kheairil masih lagi bermesyuarat dengan seorang pegawai dari syarikat ternama. Sedang tekun berbincang, Kirana Zirane Si Ulat Beluncas itu tidak tahu datang dari celah mana terjah masuk ke dalam pejabat Kheairil.
"Hai sayang! You pergi mana? Dah lama I ulang alik office you tak ada." Dengan gaya menggeletisnya itu datang hempap lengan sasa Kheairil.
Pegawai disebelah Kheairil tu muka dah berkerut lain macam. Haih la perempuan jangan kau buat hal di sini. Bikin malu orang sahaja. Kheairil dengan tegas tegur Kirana.
"You tak nampak ke I tengah buat kerja ni? Kalau you nak bincang hal penting sila tunggu kat luar. Kalau takda apa-apa yang penting sila balik rumah you. I pun tak ada apa-apa hal penting nak cakap. Encik Zaf, saya mintak maaf atas kekecohan ni. Mari kita sambung discuss." Dengan lantangnya Kheairil bercakap. Memang patut pun lah, Si Kirana tu boleh datang hendap orang tengah buat kerja ni.
Kirana dengan muka cemberut dengan makeup tebalnya itu segera meninggalkan tempat itu. Mujurlah dia keluar tapi sempat pulak dia hentak hentak kaki kat situ. Memang tak tahu malu.
__________________________
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aifa sudah selesai memasak makanan kegemaran Kheairil. Memang dah standby nak tarik Kheairil makan dah ni. Padahal lagi dua jam Kheairil cakap dia nak balik. Sementara tu Aifa berjalan ke ruang tamu untuk melayan sinetron.
________________________
"Khe! Kenapa you berubah since you kahwin dengan perempuan tu? You dah janji takkan tinggalkan I kan?" Kirana menyentap tangan Kheairil dan Kheairil berpaling ke arah Kirana.
"I penat lah. Nanti kita bincang pasal hal ni okay?" Kheairil menjawab dengan suara yang lesu. Kheairil pun keliru semenjak Aifa masuk ke dalam ruang hidupnya, nama Kirana semakin pudar. Kheairil segera meninggalkan Kirana dan beredar keluar pejabat.
"Tak guna kau Kheairil. Sekarang kau boleh buat macam ni kat aku. Tengoklah, Ni Kirana Zirane lah!" Desis hati Kirana. Memang terselit niat jahat agaknya.
________________________
Keadaan di jalan raya agak sesak kerana sekarang merupakan waktu orang keluar kerja. Kheairil apa lagi, meroyan seorang diri dalam kereta lah.
"Tolonglah. Aku nak balik cepat ni. Aduhai esok-esok jelah nak jammed ke apa." Kheairil seakan-akan menangis meratapi steering kereta. Hahahaha. Rindu bini ke bang? Ego, ego.
_________________________
Around 9.30 o'clock Kheairil sampai rumah. Sampai sahaja di depan rumah Kheairil segera masuk ke dalam. Rumah gelap gelita. Pintu pun tak berkunci. Kheairil segera naik ke tingkat atas mencari Aifa.
"Aifa! Aifa! Kau kat mana ni?" Dalam rumah tu, dengar suara Kheairil bergema sampai ke bawah.
Aifa dengan selambanya keluar dengan pakai bedak sejuk bertempek di muka. Kheairil terkejut seakan mahu luruh jantung. Bukan luruh dan ni. Gugur dan berterabur dah pun.
"Ya Allah! Lailahailallah! Subhanalah! Ampunkan lah dosa-dosa hamba mu ini." Bila nampak hantu je dia buat macam ni. Kalau tak nampak hantu tak tahulah nak.
"Awak! Awak! Awak ni kenapa? Dah macam nampak zombi? Ni saya kot, Aifa." Aifa membuat muka lesu.
Kheairil terduduk teperosok di celah pintu sambil menutup muka dengan beg kerjanya. Aip, ni terkejut ke takut? Dengan pantas dia bangun berlakon seakan tiada apa-apa yang berlaku.
"Ish. Kau ni kalau dah tak betul tu simpan sikit kat kampung kau boleh tak? Yang rumah gelap gelita macam ni. Dengan muka kau bertempek sana sini macam tu dah apahal. Kalau berterabur jantung aku jatuh tangga tadi, kau nak kutip? Takkan." Dengan panjang lebarnya dia berleter. Aifa dah agak mesti dia makan leteran Encik Suami ni.
"Eh jap. Awak kalau nak leter check asal usul dia dulu boleh tak? Tadi rumah blackout. Awak apa tau? Cakap balik rumah pukul 8. Ni dah pukul 9 lebih dah pun. Makanan tu pun dah sejuk dah. Saya pun dah nak masuk tidur sebab tu lah bertempek ni. Saya punya gugur jantung blackout tadi awak taknak tanya? Saya pun tak kutip jantung saya lagi ni. Tak nampak." Aifa berpaling arah ingin turun ke tingkat bawah ingin memeriksa eletrik. Kheairil ada sikit ternganga dengar jawapan Aifa. Aifa sekarang memang dah pandai menjawab. Nak cakap sakit hati pun tak. Tapi nak tergelak pun ada. Baru sahaja Aifa melangkah selangkah menuruni tangga.
"Jap lah. Kau ni turun laju je. Gelap ni kan. Kalau jatuh lagi sekali siapa pulak nak tanggung? Aku pun penat nak ulang alik hospital. Pastu nak dengar mama leter lagi." Kheairil menarik lengan Aifa ke sisinya. Dalam gelap mampu lah dia buat macam tu. Tak nampak. Kalau nampak, haih taubatan nasuha lah.
"Ni nak pergi mana ni?" Kheairil bertanya. Aifa dah diam mungkin dek kerana perbuatan terdesak Kheairil itu.
"Nak pergi check eletrik lah. Takkan nak pergi berenang pulak." Jawab Aifa selamba.
"Hekeleh. Kau tahu apa-apa pasal eletrik ke? Hahahaha. Pergilah balik berenang." Laju sahaja dia gelakkan Aifa. Tak berprinsip punya suami. Aifa terhenti dan pusing lalu berlari ke tingkat atas. Boleh dia lari dalam gelap macam ni.
"Woi nak pergi mana tu?" Pertanyaan Kheairil dibiarkan ditiup angin.
________________________
Author: Mintak maaf sangat sangat sangat sebab ambik masa yang cukup lama nak update chap ni. Hope enjoy semua. Mintak maaf kalau chap ni kurang memuaskan 😷🙏
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...