Bab 1

30 4 0
                                    

10 tahun kemudian.

"Zara!!Bangun,dah subuh ni.Tak elok tidur waktu subuh"lembut sahaja lenggok bahasa ibuku.Biasalah anak bongsu lah katakan.Aku ada dua adik beradik,seorang abang aku umurnya 27 tahun,sudah berkhawin dengan bidadari dari kayangannya iaitu Puteri Maisarah.

Abang aku bernama Syed Zikri Danial.Dia seorang yang penyayang,baik hati tetapi aku tidak suka apabila bersama aku je dia naik gila.Hilang semua sifat baik dia tu.Aku pula Syarifah Zara Hanna.Berumur 24tahun.Anak bongsu.Seorang yang baik,comel,baik hati,rendah diri,sopan santun,lemah lembut.Ceh!puji diri sendiri pulak.

Aku baru lepas habis degree dekat UiTM.Selepas tamat sahaja belajar,aku secara tiba-tiba dilantik sebagai CEO di Diamond Art Holding,iaitu syarikat kepunyaan ibu aku.

Ibu aku Maria Sofea,empunya syarikat.Ibu aku seorang yang penyayang,lemah lembut dan baik hati.Ibu menyerahkan syarikat itu pada aku kerana abang aku sudah pun membina syarikat sendiri bersama kak Mai.

Ayah aku pula Syed Zhafar mempunyai sebuah restoran yang agak terkenal di Malaysia.Ayah aku juga mempunyai beberapa cawangan restoran yang sama.Dan juga ramai francais yang sangat membantu perniagaan ayah untuk bertambah maju.

"Zara oii!Bangun!!!"jerit Zikri.
"Abang buat apa dalam bilik adik ni!"marahku.Jangan terkejut pula,dari kecil sampai sekarang aku sentiasa guna abang dan adik bila bersama,walaupun umur kami beza 2 tahun je,kami memang biasa dengan panggilan itu,kecuali bila aku marah benar dengan dia atau dia marah dengan aku,kami akan menggunakan kau dan aku tanpa sedar.

Don't worry!kami gaduh sekejap sahaja.Bila satu hari berfikir siapa salah siapa betul.Yang salah selalu minta maaf.Kadang-kadang kami tidak mengaku salah.hahaha.

"Ibu suruh abang kejut adik!Tadi ibu kejut adik taknak bangun.Meh bangun,kalau tak abang angkut adik masuk bilik air mandi sama-sama.Abang pun tak mandi lagi ni."mula dah. perangai gila-gila dia.

"Apa abang melalut ni!!!Tak senonoh..Pergi lah mandi dengan kak Mai!"secara spontan aku bangun dari pembaringan.

"Ala,kak Mai dah mandi!Dia tak tunggu abang..Kesian abang!"dia berkata sambil membuat muka sedih dia.Oh!Hodoh!!

"Apa abang ni!Tak senonoh.Dah pergi keluar sana orang nak mandi!"
"Jom!!mandi sekali!"
"Eh tak de-tak de!Abang kena keluar.shuh!shuh!"Aku menghalau Abang sambil menolak badan dia dari belakang ke arah pintu bilik.Terus aku kunci pintu apabila setelah menolak bapak gajah seberat 1245 paun.

"Menyusahkan je,perangai tak tahu malu dia tu memang menyusahkan!"

----

"Ibu,Zara pergi dulu ye.Dah lambat ni."
"Tak nak breakfast dulu ke?"
"Tak apa lah ibu,nanti Zara suruh kak ayu yg belikan.bye,Assalamualaikum."
"Hah yelah,Wa'alaikumusalam,jaga diri tu elok-elok!"
"ok."

---
toktok!
"masuk!"
"nah Zara,Kak Ayu belikan Karipap dgn Kuih..makan lah."
"thanks kak,btw hari ni ada appoinment ke meeting ke?"
"Ada jap akak ambik organize akak!"
"ok!"
Dia berjalan ke pintu dan menyelongkar laci meja nya.Setelah jumpa apa yg dia perlukan,dia masuk semula dgn buku dn pen di tangan.

"ini dia,petang ni ada appoinment dengan Art Gallery pukul 4 petang dan waktu yg sama ada meeting dgn suplier kita dari China yg kita deal minggu lepas. Itu saja untuk harini."
"kalau saya handal salah satu,lagi satu siapa nak handal?"Susah juga,kalau nk suruh kak ayu handal dia kena sentiasa dengan aku.
"oh,yg tu jgn risau.Harry handal dengan suplier kita tu,Zara cuma perlu handal dgn Art Gallery Holding"
"kenapa pula,Harry handal dgn suplier?"
"Sebab Harry yg selalu uruskan bahan-bahan untuk pertunjukkan seni kita,takkan Zara dah lupa?"

"oh,sorry lah kak.Loading pulak.Hehehe."jawabku sambil menggaru kepala.
"hahaha,tak apa lah Zara oi,Dah cepat breakfast nanti nak siap kan proposal pulak.!"
"oh ok."
"Zara nak Akak buatkan air ke?"
"oh tak apa,Zara boleh buat sendiri kalau Zara nak."Hah!inilah contoh boss syarikat.Ni tak,buat air pun tak reti.Bukan susah pon.

----
"Adoiii,penatnya!lenguh badan nihah!"
Aku mengeluarkan telefon bimbit.Subhanallah pukul 1:30 dah.Lama betul aku menghadap fail dan laptop.Ada 3 proposal kena siapkan.

Sekarang aku nak pergi makan.Lapar dah ni.Segera aku bangun mengemas apa yang patut.Meja aku dah macam tongkang pecah dah.Lalu aku mengambil handbag aku dan berdiri di depan cermin.Biasa lah anak dara,mesti nak belek muka.Hari ni aku pakai baju kurung moden warna hijau cair.Rambutku diikat satu.Kasutku padankan dengan handbag berwarna hitam.Handbag ku jenama MK yg sedang direbutkan para wanita sekarang.

Setelah lama membelek diri,aku bergegas ke pintu lif dan menekan butang turun.Apabila pintu lif terbuka aku masuk dan menyapa beberapa pekerja di dalam lif tersebut.

"Hai Zara,sihat?"
"Hai,sihat,alhamdulillah.Dian?"
"Oh,Dian sihat je"orang di pejabat semua mesra dengan aku.Aku tak suka orang panggil aku'Cik' or' Puan'. Sebab rasa macam dah hebat sangat.Aku ni murni orang nya.Bangga jap.

Aku turun ke parking lot dan membuka kereta.Aku memandu ke Mc Donald.Hari ni aku terasa nak makan burger.Lama juga aku pusing di kawasan yang sama untuk mendapatkan parking.Banyak betul kereta.Akhirnya,setelah berejam cari parking dapat juga.Aku masuk kedalam restoran dan mencari tempat duduk.

"Ramainya!"
Lama juga aku berdiri di depan pintu masuk,sementara untuk melihat orang yg sudah mahu pulang.Aku memandang sekitar dan ternampak sekumpulan gadis remaja yg bangun.Cepat-cepat aku pergi memdapatkan tempat itu.

bukk!
"Adoi,sorry!"jawabku sambil memandang muka tun empunya badan.Handsome gila.Sempat pulak nak love at first sight.Aku sedar semula dan bergegas ke tempat duduk.Dapat jugak akhirnya.Sekarang macam mana nak beratur ambil order?Dah lah seorang aje.

"Er,sorry.Miss can us join u here?It's full here."kata seorang lelaki.Aku pandang mereka yang ingin duduk bersamaku.Muka baik-baik aje.ok lah.

"berapa ramai?"tanya ku.
"3 orang saja."
"oh ok lah,saya nak beli makanan alang-alang tu jaga tempat saya sekali lah ye?"
"ok boleh thanks"

Katanya 3 orang tapi dua orang aje?mungkin sorang lagi ambil order kat depan agaknya.Lama aku beratur akhirnya giliran aku.
"Yes,order?"
"Erm,give me Oreo McFlurry"
"one only miss?"
"yup"
"wait a minute miss"

siap aje aiskrim ku terus aku pergi ke tempat duduk ku semula.Betul cakap aku,seorang lagi baru aje duduk.Aku terus duduk di tempat ku semula.Aku pandang muka lelaki yg baru sampai tadi.Alamak!dia ni yg aku langgar tadi kan?si kacak?

"Aiskrim aje?"tanya si peramah.
"Ah ye!Tak de mood nak makan burger pulak.!"macam mana nak ada mood.Karang aku makan burger lelaki ni tengok aku makan.Mulut ternganga besar,lubang hidung kembang-kempis.Malu lah aku,mana nak letak muka?Tak tercapai hajat aku dtg ke sini.

"Diet ke?"tanya si peramah.Aduh peramah sangat lah pulak.
"Takut gemuk lah tu,biasa lah perempuan mesti nak jaga badan.Dah sebesar lidi pon nak kurus lagi.!"kata seorang lagi yg selera sangat makan burger.

"Untuk pengetahuan cik abang ni,tak pernah saya terbaca artikel ke surat khabar or majalah yang orang makan aiskrim dikira diet?!"kan kena sebiji.

"Hahaha,padan muka kau Azmi oi,mulut lazer lagi."Si peramah ni pun satu.Gelak tak reti cover.

"Okaylah,saya pergi dulu ya?Ada banyak kerja lagi.Assalamualaikum."
"Wa'alaikummusalam"serentak mereka menjawab salamku,tapi tidak lelaki di hadapanku tadi.Setelah aku memberi salam,aku terus keluar dan masuk ke dalam kereta.

"ei,harap je handsome tapi bisu rupanya!"mana tak marah kalau orang bagi salam tak di jawab semula?Bukan Islam kot.Iyalahkan,muka macam mix aje.

Tapikan,kalau bukan islam tu senyumlah sikit jangan sombong sangat.Memang mat saleh begini ke?Selalu aku ade appoinment dengan org sana takde pon macm dia ni!.

-bersambung-

thanks for voting.I'll do my best

Perfecto Love'sWhere stories live. Discover now