ESOKNYA, aku dan Dila tersedar apabila Kak Cho mengejut kami. Beto, Umar dan Sai masih nyenyak tidur.
"Tolong akak kejutkan yang lain.." kata Kak Cho. Aku melihat jam. Hurm, sudah jam enam pagi. Satu jam je kami tidur? Ngantuknya! Kami pun solat Subuh dan segera mengemas barang-barang kami. Kami akan ke puncak pada hari ini. Barang-barang yang tidak begitu penting, kami sembunyikan di balik pokok.
Kami pun berjalan seperti biasa, tak perlu begitu laju kerana fasi kata akan sampai di puncak dalam anggaran 20 minit je.. Kami hanya memerhatikan kawasan hutan yang hijau dan mendengar deruan angin yang lembut dan burung berkicauan. Udara nyaman awal pagi sangat segar. Aku sentiasa dengan kameraku mengambil gambar-gambar panaroma yang menarik minatku.
Seperti yang dikatakan, kami tak banyak berjalan dan kami sudah pun sampai di puncak gunung. Kami dapat melihat kawasan sekeliling dari atas. Cantik. Aku melihat abang P-Joe mendepakan tangannya dan menutup mata. Aku mengambil gambarnya. Yeah, gambarku smart..
"Ha, curi-curi ambil gambar orang." Umar menegurku dari belakang. Aku menarik nafas menahan terkejut.
"Terima kasih. Kalau aku jatuh tadi, ajal aku datang. Aku akan hantui kau sampai ke tua." aku memandangnya marah.
"Ok.. Ok.. Maaf.. Mohon ampun, mohon maaf.. Sembah patik harap diampun." Umar merapatkan tangannya dan menggoncangkannya. Aku hanya menahan gelak.
"Aku ambil gambar candit la. Aksi yang membuatkan aku suka, aku snap la." jelasku sambil menunjukkan sedikit gambar yang aku tangkap secara candit.
"Yang ni smart.." puji Umar.
"Aku lagi suka yang ni.." aku menunjukkan sebuah lagi gambar yang aku suka.
"Ok, yang ni pun..." kata Umar bersetuju dengan gambar yang aku tunjuk. Aku terus tergelak.
"Weh, dah sunrise!" jerit Beto. Aku dan Umar pun terus bangun dan melihat matahari terbit. Aku segera mencari pemandangan yang sesuai dan snap gambar tersebut. Aku melihat hasil gambar yang aku tangkap tadi. Aku tersenyum puas.
"Senyum seorang-seorang." tegur seseorang dari belakangku. Aku melihat si dia yang berjalan melintasiku. Aku membuat muka. Suka hati orang la...
AKHIRNYA kami pun kembali ke kem, malam itu malam bebas untuk kami lakukan apa-apa sahaja. So aku bercadang untuk membasuh bajuku di dobi. Aku membawa sebuah bakul penuh dengan pakaianku. Aku membawa sekali buku dan latihan aeronautik engineering bersama. Kelihatan seperti aku seorang sahaja yang berada di dobi, aku pun memasukkan baju-baju kotorku dalam mesin dan membiarkan bajuku dicuci.
"Assalam.." aku memandang pemilik suara. Aku dapat melihat Syafie sedang mengangkat sebakul penuh pakaiannya. Aku menyambung pembacaanku dan menjawab salamnya di dalam hati.
"Wow, semua betul." kata Syaf, aku memandangnya. Dia sedang membelek latihanku. Aku membiarkannya sahaja, ye la.. Soalan quiz pengenalan, mestilah aku hebat. Pengenalan je. Cuba kalau bab-bab enjin uh.. Pergh, sah-sah la ada gak salah.
"Bila habis study?" tanya Syafie.
"Sebulan sebelum Syaf kahwin.." kataku. Aku dapat melihat dari anak mataku, Syaf mengangguk.
"Lepas kem ni, alang nak duduk dengan Syaf ke?" tanya Syaf. Aku terus memandangnya. Er.. Duduk serumah dengannya?
"Tak kot.. Lepas alang habis U nanti baru duduk dengan Syaf." kataku.
"Bagi nombor alang." kata Syaf sambil mengeluarkan phonenya.
"01*-********" kataku tenang. Aku memberi nomborku untuk kenalan rapat iaitu nombor lamaku.
YOU ARE READING
Suka.. Sayang.. atau Cinta..
RomanceAzliana atau lebih dikenali dengan Az bertemu semula dengan Syafie Muhammad Zuhair atau Syaf, apabila papa Azliana, En. Arsyad mengadakan percutian bersama-sama teman-teman rapatnya di Genting Highland. Dalam masa hanya lima hari, kenangan manis te...