BAB 20

446 27 0
                                    

Nurul Akira menuruni anak tangga dengan riang. Pagi ini dia benar - benar semangat untuk memulakan harinya. Sebaik saja tiba di meja makan terus kerusinya di tarik lalu punggungnya di labuhkan.

Kelihatan Akira Yamada sudah terlebih dahulu di meja makan. Puan Yamada tiba di meja makan sambil membawa seteko teh. Sofia juga turut bersama Puan Yamada.

"Cerianya adik hari ni." Sofia menegur puterinya itu.

"malam tadi mimpi Yuki." jawab Nurul Akira keriangan.

Akira Yamada memandang Nurul Akira dengan seribu tanda tanya.

"nande?" soal Nurul Akira sebaik saja menyedari Akira Yamada.

"Yuki?"

"hai. Yuki Furukawa. Don't say that you don't know who is he." mata Nurul Akira membulat.

Mustahil untuk orang Jepun tak kenal Pelakon yang sedang meningkat naik namanya itu.

"oh." ringkas jawapan Akira Yamada.

Sebenarnya dia amat lega apabila tahu Yuki yang di maksudkan Nurul Akira itu Yuki Furukawa.

Tapi sebenarnya Nurul Akira berhelah. Bukan Yuki Furukawa yang membuat dia ceria pagi ni tetapi Fuyuki Sato. Kehadiran Fuyuki Sato malam tadi mengembirakannya. Fuyuki hanya perlu berkata 'hello' saja sudah membuat hari Nurul Akira ceria.

Tiada sesiapa di antara keluarga Nurul Akira mengetahui siapa sebenarnya 'Yuki' yang selalu di sebutkan oleh Nurul Akira.

******

Fuyuki Sato memakai kemeja T berwarna hitam bersama seluar slack berwarna coklat. Rambutnya di rapikan. Gambar Nurul Akira di skrin telefon bimbitnya ditatapnya. Berat sungguh hatinya pagi ini.

Jika boleh dia tidak mahu ke kelas hari ini. Tetapi bila mengenang wajah Prof Suzumi yang bengis itu, dia terpaksa merelakan hatinya. Petang ini dia ada latihan tenis lagi. Dia gembira berlatih tenis tetapi dia tidak gemar beberapa pelajar perempuan yang suka mendekati dia.

Ramai pelajar perempuan yang cuba merapat dengannya. Ada di antara mereka tergedik gedik minta diajar. Ikutkan hatinya dia mahu saja tukar kelab.

Begnya di capai. Kakinya mengatur langkah. Dia tidak mahu bersarapan pagi ni. Seleranya bagai terputus melihat kotak kek untuk Natsumi. Tangannya mencapai kotak kek itu, lalu mengatur langkahnya.

Naoki pelik dengan abangnya yang tidak mahu bersarapan terlebih dahulu. Puan Suzanne pula seperti sudah mengetahui. Dia hanya mendiamkan diri saja. Tidak mahu dia menegur Fuyuki saat ini. Takut Fuyuki akan berubah fikiran.


******

Nurul Akira menuju ke dewan sekolah. Kelihatan rakan - rakannya sedang sibuk mengulang kaji saat akhir. Dia lihat Zuhair ada bersama mereka. Zuhair kelihatan ketakutan melihat Nurul Akira.

"Zuhair.." tegur Nurul Akira dengan suara yang lembut.

Tetapi Zuhair masih dalam ketakutan. Rakan kelas mereka yang lain juga agak takut saat ini.

"tak perlu takut. Aku minta maaf sebab belasah kau semalam. Aku ni cepat sangat menghukum. Aku patut percayakan kau. Aku percaya kau, Zuhair. Selagi tak ada bukti yang kukuh, selagi tu aku percaya kau tak buat. Aku percaya." Nurul Akira menepuk - nepuk lembut bahu Zuhair.

Zuhair kelihatan lega. Bukan sahaja Zuhair, malah satu kelas turut lega.

"terima kasih, Kiki." Zuhair senyum.

"okay, class. Jom uat yang terbaik. Ganbatte!!"Teriak Nurul Akira.

Kata - katanya disambut sorakkan satu kelas.

Eh mamat Jepun! (Hold On)Where stories live. Discover now