Aku Bukan Untukmu

1.6K 21 0
                                    

Hakimi terpana memandang wanita yang berdiri di hadapannya. Anggun. Menjinjit tas tangan Birkin bersama celana jeans panjang dan berkemeja potongan boyfriend. Ringkas walaupun nampak mewah. Wajah yang sememangnya cantik bertambah cantik kini di tambah dengan gaya matang sesuai dengan pertambahan usia. Mana sangka hari ini membosankan lalu Hakimi membawa kakinya melangkah ke Pavillion sekaligus membawanya pada pertemuan yang langsung tidak di duga.

"Nadia! Wow, you look totally different now"

Wanita yang bernama Nadia itu hanya tersenyum hambar. Dia yang baru keluar dari butik Chanel hampir saja menjerit melihat lelaki yang berdiri tegak memandangnya atas bawah. Hampir sembilan tahun dan akhirnya pada hari ini dia bertemu kembali dengan pemuda ini. Pertemuan yang langsung tidak di harapkan walaupun hanya sekadar kebetulan. Dia memandang si kacak di hadapannya dengan wajah tanpa riak walaupun realiti  jantungnya berdegup laju.

Kaku. Kelu. Sudahnya hanya senyum hambar di lemparkan. Walaupun langsung tidak ikhlas senyumannya ianya masih membuatkan si lelaki nanar sekejap.

Walaupun wajah itu mencuka tapi kenapa hati aku macam nak melompat, keluh si pemuda keresahan.

Rileks Kimi. Jangan nampak bodoh. Ingat balik apa yang kau dah pernah kena dengan perempuan ni.

Entah dari mana datang bisikan tiba tiba itu. Menyedarkan Hakimi ke alam realiti. Cukup sekali. Perempuan plastik.

Sekarang Hakimi. Bila lagi. Luahkan. Peluang yang memang entah bila lagi.

"Awesome. Birkin. Shopping kat Chanel. Louboutin. Semua kemewahan. Tahniah Nadia"

"Apa yang patut i panggil you. Datin, Datin Seri atau....

"Puan Seri.."

Satu suara memanggil dari belakang. Mematikan terus mulut lancang si pemuda.

Kelihatan seorang wanita memegang tangan seorang kanak kanak lelaki dan seorang lelaki berbadan sasa sedang mendokong seorang kanak kanak perempuan. Demi melihat mata Nadia yang bercahaya memandang ke arah datangnya suara tadi Hakimi terus menoleh ke belakang.

"Mommy, Auntie Jiha belikan Rayqal aiskrim tadi. Sedap sangat" petah si kanak-kanak comel itu berkata.

Kanak kanak lelaki itu lari mendapatkan Nadia. Segera di peluk kakinya. Nadia mengusap lembut ubun-ubun si anak.

"Qal cakap kat mommy nak pergi toilet je tadi nak pee pee. You not supposed to eat aiskrim right. Qal tak baik demam lagi. Nanti kalau daddy tahu habis Qal kena marah"

Nadia lantak menarik anaknya dan segera berlalu dari situ. Malas berlama takut segala kisah hidupnya dapat di hidu lelaki tadi. Biarlah ini pertemuan pertama dan terakhir mereka setelah hampir sembilan tahun.

"Puan Seri"
Masih jelas di pendengarannya wanita yang mungkin dalam lingkungan awal 30 an itu memanggil Nadia dengan gelaran itu. Mungkin perempuan itu pembantu peribadinya. Mustahil pembantu rumah kerana penampilannya agak bergaya. Pemuda yang berbadan sado itu siapa pula. Mustahil suaminya kerana terlalu muda untuk mendapat gelaran itu. Lagipun seingat Hakimi Nadia dahulu meninggalkannya kerana mengejar lelaki yang agak berusia.

Nadia Elliza...

Namanya secantik orangnya. Dia berkenalan dengan Nadia sewaktu sedang belajar di Uitm. Mengambil diploma. Sama jurusan tapi mereka mula rapat pada tahun akhir. Dia memang cintakan Nadia tapi Nadia tegar meninggalkannya untuk lelaki yang lagak di panggil ayah.

"Please, you jangan kahwin dengan pakcik tu. Apa kurangnya i. Kalau you nak kita kahwin. Lepas tu you ikut i pergi UK"

Hakimi cuba memujuk si kekasih hati. Hampir menjerit dia apabila Nadia memberi kad undangan. Gadis itu akan berkahwin pada tarikh Hakimi berangkat ke luar negara. Menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Nadia pula memang tidak mahu menyambung kerana masalah kewangan. Katanya ada diploma pun sudah cukup. Memang Hakimi cukup maklum bahawa keluarga Nadia bukannya senang. Belajar dahulu pun mengharapkan bantuan PTPTN. Malah itu pun masih tidak mencukupi kerana wangnya banyak di habiskan untuk membantu ibunya di kampung.

Nadia menolak pelawaannya malahan gadis itu dengan tegas berkata,

"Sorry Kimi. Baik you lupakan i. I minta maaf. I tak cintakan you. I tipu. You terlalu baik untuk i tapi hati i langsung tak ada untuk you. You carilah perempuan lain yang selayaknya untuk you"

Itu kata-kata akhir dari Nadia sebelum berlalu meninggalkannya. Hakimi hampir melupakan tawaran belajar ke UK kerana mahu menagih kembali cinta Nadia tapi oleh kerana ketegasan ayahnya dia kuat kembali.

"Jangan bodoh pasal perempuan!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Bukan Untukmu....Where stories live. Discover now