apa sebenarnya

15 2 0
                                    

Benda ni jadi masa umur aku dalam 11 tahun . malam tu , aku tidur dengan kakak . Pada mulanya , aku tidur nyenyak tanpa ada gangguan. Selepas tu pukul berapa aku tak pasti , tapi aku tiba tiba terjaga dan terus terduduk . aku ternampak seorang perempuan yang memakai telekung sedang bersolat sebelah lampu tidur dkt dalam bilik . aku terfikir ," akak ke tu ? " tapi aku pelik , kenapa akak bersolat melawan arah kiblat ? Sedangkan kiblat ke arah tingkap tapi dia solat arah pintu . Aku masih memerhatikan dia . waktu memberi salam terakhir , dia memalingkan wajah ke kiri dan aku tengok wajah dia , kosong . Tidak bermuka . baru terlintas di fikiran aku nak tengok sebelah aku . ada kakak tengah tidur . aku tak fikir ape aku terus baring dan tekup bantal dkt muka dan terus tidur . sampai sekarang aku masih tertanya tanya , itu jin ke apa ? - end

Siapa ?Where stories live. Discover now