L O V E

7.6K 634 86
                                    

Love (Baekhyun)

Mina melihat kelibat Baekhyun yang meluru laju menuruni anak2 tangga rumah mereka. Dia yang baru selesai menghidangkan sarapan agak terkejut kerana jam baru menayangkan angka 7. Masih awal untuk ke tempat kerja.

     "Oppa... nak ke mana tu?" Tanya Mina lalu membawa langkah ke pintu rumah.

     "Oppa?"

     "Ya ada ni... kat luar." Baekhyun menyahut sahutan Mina. Mina mengoyakkan senyuman manisnya ke arah Baekhyun apabila lelaki itu sedang memeluk anak anjing kesayangannya, Baekkie.

     "Kenapa dengan dia? Kelam-kabut Mina tengok oppa keluar tadi." Mina mengusap lembut tubuh Baekkie yang berbulu lebat itu.

     "Tak adalah. Saja nak tengok awal-awal pagi ni, takut tak sempat."

     Mina mengerutkan dahinya.

     "Tak sempat? Apa pula tak sempat?"

     Baekhyun tidak menjawab sebaliknya membawa diri ke rumah Baekkie. Baekkie sempat dipeluk erat. Naik hairan Mina dibuatnya.

     "Khaja, chagiya. Kita masuk dalam. Laparlah..." tangannya dilingkarkan ke bahu si isteri, mesra. Mina senyum dan mengekori sahaja rentak Baekhyun. Mereka ke meja makan dan makan seperti biasa. Cumanya...

     "Oppa? Banyaknya makan? Biasa sikit je pagi-pagi ni. Ni dah 3 pinggan dah makan. Lapar sangat ke?" Mina tergelak kecil. Baekhyun senyum. Mulutnya masih penuh dengan nasi goreng kimchi kesukaannya.

     "Yelah. Takut tak sempat." Jawapan yang sama seperti tadi. Kerutan kembali hadir di dahi Mina.

     "Apa yang tak sempatnya ni, oppa? Hahahaha. Oppa nak ke mana?" Mina langsung tidak mengesyaki apa-apa. Baekhyun mengukir senyuman nipis. Dia tidak menjawab, sebaliknya teruskan makan.

     "Mina, lepas ni oppa ingat malas nak kerja. Spend time dengan oppa boleh?" Pinta Baekhyun yang sedikit pelik hari ini. Mina tidak pula syak apa-apa. Hanya angguk sahaja.

     Setelah mereka selesai makan tadi, mereka berdua naik ke bilik. Baekhyun mengajak menonton filem.

     "Oppa nak tengok cerita apa?" Soal Mina lalu melabuhkan punggungnya di atas katil. Hanya memerhati Baekhyun yang sedang menyucuk pendrive ke televisyen.

     "Itu hari, oppa ada download satu sad movie ni. Oppa tertarik dengan description dia." Kata Baekhyun lalu berlari anak smbil memeluk anak patung Smuf yang sederhana besar itu menuju ke katil mereka.

     "Movie ni pasal apa?" Mina menarik selimut menutupi tubuh lalu menyandar manja di bahu suaminya.

     "Pasal sepasang suami isteri. Tapi suami dia meninggal sebab kemalangan. Hari-hari yang terakhir tu, suami dia pelik. Macam-macamlah yang jadi. Sebab tu oppa tertarik." Cerita Baekhyun serba-sedikit. Matanya fokus sementara tangan mengusap lembut rambut Mina.

     "Nanti Mina tak tahan sedih..."

     "Haihh.. tahanlah sedih tu. Mana tahu... nanti... kita yang kena."

     Mina mengangkat kepalanya. Dia menepuk dada Baekhyun lembut.

     "What do you means..."

[COMPLETED] Love 사랑. (Baekhyun Oneshot)Where stories live. Discover now