-Bismillahirahmanhirahim-
Rasulullah SAW bersabda ;
"Dan tinggalkanlah manusia-manusia yang buruk yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang" (Hadis Riwayat Muslim)
Aku telah melihat apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW
Seolah-olah ianya merujuk kepada zaman kita ini
Apabila tiada lagi hijab diantara kita.
Kaum adam dan hawa bebas saling mendekati. Tanpa mengenal erti batasan pergaulan, kononnya ingin memenuhi fitrah cinta dihati. Mereka menyangka hubungan mereka diredhai. Langsung mereka tidak mempedulikan pandangan alim ulama'. Seolah-olah hubungan mereka adalah 'cinta suci'. Mencari mereka seribu alasan untuk menghalalkan hubungan mereka. Tanpa segan silu mereka menayangkan dosa mereka kepada masyarakat. Berharap mendapat tumpuan, agar diberi pujian dan restu ramai. Nikmat 'kebahagiaan' yang dicari-cari telah tercapai. Mereka mengecapinya dan tidak lagi menghiraukan sekeliling. Seolah-olah hidupnya mereka di dunia yang berasingan. Apa yang penting kasih sayang sesama mereka dapat dizahirkan.
DISINI BERMULA SEGALA-GALANYA
-maksiat sana sini
-maruah diragut
-anak dara dirogol
-pergaulan bebas
-minum arak dan berzina
-anak luar nikah
-bayi dibunuh
-bayi dibuang
-ibubapa menjadi gila
-masa depan yang gelap
-dan banyak lagi
Sampai bila harus ini berlaku?
Tidak cukupkah dgn amaran Allah?
____
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
____
Dan janganlah kalian mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Israa': 32)
Semoga kalian mengerti bahawa isu ini bukanlah suatu fantasi tapi ianya adalah realiti yang berlaku kepada muda mudi harapan bangsa ini
Semoga Allah تعالى meredhai segala perbuatan kita dan dijadikan kita sebagai orang² yang bertaqwa
InshaAllah
YOU ARE READING
Dakwah Jalanan
RandomAku manusia yang serba tidak sempurna, kerana itu aku sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang aku tahu dan aku pelajari. Pesanan yang aku tulis bukan sebab aku orang alim. Ianya hanya sekadar usaha supaya diri aku dikasihiNya. Aku sendiri pun sedang p...