-Bismillahirahmanhirahim-
Saya tahu. Saya memang seorang stalker yang hebat.Tetapi, yang ironinya, saya benci di stalk oleh orang lain. Kenapa erk ? Kerana ianya menakutkan. Pelik bukan? Suka stalk kehidupan orang, tapi benci di stalk. Hurm. Itulah manusia
Jadi, nasihat saya kepada sahabat semua, dalam zaman di mana anda boleh melihat kehidupan peribadi orang lain pada bila-bila masa sahaja. Janganlah suka stalk pasal orang lain jika anda tidak mahu distalk. Respeklah privacy orang lain. Tolong. Dalam Islam ada menyebut tentang perkara ini
Stalk yang dimaksudkan di sini bukan bermaksud mengambil tahu untuk caring atau apa.Tetapi, anda "stalk". Haha. If you know what I mean
Ianya sangat menakutkan apabila ada orang yang anda tidak kenali di luar sana, sibuk hendak mengetahui tentang hidup anda. Menggoogle nickname anda, tempat belajar anda berserta nama penuh anda and so on. Come on guys. Get a life. Pfffft
Dan kepada Para muslimah dan gadis di luar sana, ada satu nasihat juga kepada anda.Jangan terlalu mudah untuk menjadi mesra dengan lelaki-lelaki yang bertebaran di laman sosial
Jangan mudah percaya dengan lelaki yang anda kenali di Internet. Jangan meletakkan sebarang maklumat peribadi di instagram facebook twitter ,gambar-gambar comel anda and so on
Sounds creepy, but trust me, lelaki-lelaki di luar sana sememangnya creep-creep belaka
Saya lihat ramai perempuan yang tidak sedar akan perkara ini. Tetapi, percayalah cakap saya ini. Adakah anda mahu gambar anda ditonton oleh lelaki secara beramai-ramai di Instagram? Sedangkan dalam dunia realiti anda hendak cakap dengan lelaki pun anda segan
Jadi, dalam dunia yang penuh dengan fitnah ini, pandai-pandailah anda menjaga diri sendiri. Jangan mudah meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda tidak kenali
Okay, that's it.
YOU ARE READING
Dakwah Jalanan
RandomAku manusia yang serba tidak sempurna, kerana itu aku sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang aku tahu dan aku pelajari. Pesanan yang aku tulis bukan sebab aku orang alim. Ianya hanya sekadar usaha supaya diri aku dikasihiNya. Aku sendiri pun sedang p...