Kertas-kertas pelbagai warna
Punca keinginan merantau satu dunia
Menjadi anganku yang punah
Masih tidak cukup untuk aku mengorak langkah ke sanaKertas-kertas pelbagai warna
Mengaburi mata si fakir
Walau sebaldi keringat dicurah
Belum pasti dia dapat mencium baunyaKertas-kertas pelbagai warna
Terlerai kasih bertabur amarah
Perut saudara terburai sudah
Tembelang kaca berkecai ke tanah
Tuhan kertas galak disembah

YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
PoetryMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis