-

8 0 0
                                    

          Manusia atau nama saintifiknya homosapiens. Dr Zakir Naik pernah cakap yang manusia ini ialah ciptaan terhebat. Kenapa ? Kerana manusia diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Tidak seperti Malaikat ataupun Iblis yang sudah terikat untuk mematuhi penciptanya. Tapi oleh kerana manusia ini diberikan kebebasan begini, mereka makin cuba mengejar sesuatu yang diluar gapaiannya. 

Mereka cuba untuk menjadi tuhan dan menggantikan tuhan. Ada juga yang kelihatan seperti pengikut setia penciptanya tapi menggunakan agama untuk bersifat seperti tuhan di dunia. Agama yang jauh dari agama ortodoks, agama yang di tokok tambah mungkin ? Mereka juga menjadi golongan fundamentalis, menganggap hanya mereka sahaja yang benar, mereka saja yang suci. Bukankah apa yang kita mahukan di dunia ini ialah keamanan sejagat ? Ataupun kita ini semua hanya boneka bagi mereka yang duduk di tangga hieraki yang lebih tinggi dari kita ? Apa yang kita boleh lakukan untuk mengubah apa yang telah menjadi seperti salah satu sifat manusia ini ? Tidak mustahil terdapat manusia yang inginkan keamanan untuk semua, keamanan walaupun berbeza sifat, agama mahupun bangsa. Bukan 1Malaysia atau apa lancau tu semua yang ini di ketengahkan tetapi kesatuan yang sebenar-benarnya. 

Malaysia. Sebuah negara yang masih bertungkus lumus untuk menyatukan semua penduduknya, masih mencuba dari awal penubuhan Malaysia hingga Malaysia sudah hampir binasa dek kerana keangkuhan dan ketamakan manusia. Indonesia. Negara yang bagi penduduk Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya menjadi pendatang haram di Malaysia dan bekerja sebagai pencuci, buruh binaan dan menggantikan kerja kerja menjadi ibu dan bapa untuk anak-anak Malaysia. Sungguh tipikal. Tetapi tahukah bahawa Indonesia telah mencapai penyatuan penduduknya dari awal pemerintahan perdana menteri pertamanya lagi. Dimanakah salah Malaysia sehingga tidak dapat mengikut jejak langkah Indonesia ? Mungkin rakyat Indonesia lebih bersikap rebellious ? Ataupun mereka tidak makan nasi lemak pagi-pagi seperti rakyat Malaysia ? 

Penulis bukan mahu menjatuhkan mahupun memburukkan, tetapi semakin lama sifat-sifat si manusia yang bertakhta di tangga hieraki yang tinggi ini menular ke tangga-tangga di bawah. Penulis hanya mahukan keamanan. Bukan juga penulis cuba untuk mencipta keindahan seperti syurga di dunia tetapi penulis percaya akan manusia yang mampu mengubah dunia. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ManusiaWhere stories live. Discover now