Bab 6

2.3K 75 5
                                    

"Hi princess, good morning!" kejut Aisyah.

"Eh, kenapa kakak ada kat sini? Nisa ingatkan malam nanti baru kakak ada,"

"Lah, kan malam tadi kakak ada. Nisa tak suka kakak ada sini ke?" Aisyah buat muka sedih.

"Eh, Nisa suka lah!" Aisyah tersenyum melihat keletah Hanisah yang terkial-kial mahu bangun dari pembaringan nya untuk mendekati Aisyah yang sedang mengikat langsir ditingkap biliknya.

"Nisa mandi dulu, nanti turun bawah ok? Nisa nak cereal atau nasi lemak?"

"Nisa makan je apa-apa pun." Sebaris gigi putih ditayangkan.

"Turun cepat sikit tau. Atuk dengan nenek Nisa dah tunggu tu kat bawah,"

"Oh.. Ibu ada sekali ke kakak?"

Aisyah menghentikan perbuatannya yang sedang mengutip barang mainan Hanisah. Dia tidak memandang wajah Hanisah. Dia mati kata. Ayat apa yang harus dilontarkan untuk mengatakan 'tiada'? Dia mengeluh.

"Hm.." panjang.

"Tak apa. Nisa tau lah ayah tu. Mesti dia tak bagi ibu datang," kata si cilik itu sebelum menggapai kain tuala dan masuk ke bilik mandi.

Aisyah hanya dapat mengeluh. Dia meneruskan aktiviti mengemas dan menyediakan pakaian untuk dipakai oleh Hanisah sebentar lagi.

**

"Atuk!" jerit Hanisah sambil berlari terkedek-kedek. Dato' Borhan melipat surat khabar yang sedang dia baca dan memeluk Hanisah erat. Dia menciumi pipi Hanisah beberapa kali.

"Do you miss me?"

"Of kos,"

"Of COURse" ajar datuknya. Sebutan Hanisah masih terumbang-ambing. Mungkin kerana lebih banyak menggunakan bahasa melayu dirumah berbanding bahasa inggeris.

Aisyah ketawa melihat telatah Hanisah yang menekan-nekan pipi Dato' Borhan dengan kedua-dua telapak tangannya. Muka Dato' Borhan sekarang tidak ubah seperti seorang rakyat marhaen ditepi jalan yang mukanya persis ikan. Aisyah pantas menekup mulutnya apabila menyedari tawanya kian panjang.

"Kamu ni, namanya apa?"

"Aisyah,"

"Berapa lama sudah kamu disini?"

"Baru dua minggu, Dato'"

"Danial ni memang tak habis-habis bertukar aje yang menjaga Hanisah. Suruh menikah lain tak mahu," bebel Dato' Borhan.

"Bang, Biah dengar si Iskandar yang menghalau perempuan tu. Menggatal katanya," Datin Sarbiah yang datang dari entah mana mencelah.

"Lah, yeke? Elok lah kalau begitu,"

"Ha, Aisyah! Kamu ni gatal tak?" tanya Datin Sarbiah tiba-tiba. Aisyah terpinga sebentar.

'Apakah?' tanya hatinya.

Datin Sarbiah ketawa kuat. "Astaga kamu ni Aisyah. Berangan ke? Saya bergurau lah," Dato' Borhan ikut mengetawakan Aisyah. Mimik muka Aisyah waktu itu memang kelakar. Dia memandang kearah lain sambil mengurut dahinya.

"Saya terkejut lah, Dato', Datin. Tiba-tiba aje,"

"Kakak, jom main dolls?" sampuk Hanisah.

"Alah kamu ni Nisa. Mari sini main dengan atuk lah. Buat apa ganggu kakak tu? Dia nak balik kampung kejap lagi," kata Dato' Borhan.

"Eh," belum sempat hujahnya diutarakan, Dato' Borhan memotong, "Izwan beritahu saya tadi. Nak menemankan kamu sekejap. Nenek tak sihat ya?" tanya nya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now